Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sedikit peringatan buat kita semua, especially those who are Muslim :)
Gagah Setia (Angkatan Tentera Malaysia) |
setiap kita punya bangsa keturunan, yang menyamakan kita dalah agama yang dianuti
terpulang kepada individu untuk percaya kepada mana-mana agama yang dikehendakinya, dan semestinya, agama itu sendiri punya garis panduannya yang tersendiri
tugas utama kita sebagai seorang tentera, sudah semestinya mempertahankan negara daripada ancaman penjajah, pembelot, dari luar mahupun dari dalam negara kita sendiri
dan disamping tugas yang kita cuba laksanakan itu, kadang kala kita terlupa yang kita punya tugas sedia ada, sebagai seorang Muslim
Islam itu sendiri punya cara dan kaedahnya yang membenarkan kita melakukan apa sahaja, asalkan tidak bercanggah dengan syarak
Rasulullah sendiri, merupakan seorang pejuang yang mempertahankan negaranya sendiri, juga agamanya iaitu agama kita semua, agama Islam
pernahkan kita terdengar atau terbaca yang Rasulullah tewas di medan perang?
setiap tindak-tanduk baginda, berlandaskan panduan yang telah diberikan oleh Allah, tidak satu pun arahanNya yang dingkari, namun masih, Rasulullah berjaya menamatkan misinya tanpa kegagalan
fokusnya disini ialah, Islam itu tidak pernah menghalang kita daripada melakukan apa-apa pekerjaan yang baik, cuma batasannya yang ditetapkan itu mungkin agak sukar untuk kita patuhi, tapi sedarlah saudara-saudaraku sekalian yang ianya ditetapkan, bukan niat untuk menyusahkan, bahkan memberi manfaat untuk diri kita sendiri juga
wallahualam
wassalam..