photo home.png  photo home.png

23 December 2015

Pilih

Assalamualaikum, salam sejahtera

Hidup dan pilihan, sinonim dan tak dapat dipisahkan. Kita semua berhadapan dengan risiko dalam kehidupan.

*background lagu Yuna, ‘Penakut’






Siapa je yang jalannya lurus tak bercabang, siapa je yang tak pernah membuat keputusan, siapa je yang hidupnya tidak pernah berdepan dengan pilihan. Kita semua punya pilihan, kiri atau kanan, semuanya bergantung kepada situasi yang kita bakal lalui. Kita mengambil kira segala aspek pemikiran untuk menentukan pilihan yang terbaik. Dan itu tandanya, kita telah matang.






Jangan salah anggap, idea aku tercetus bukan sebab aku layan lagu Yuna (no offense) tapi sebab aku nampak banyak manusia membuat pilihan yang salah, sedang ternyata ada yang lebih baik di depan mata (mungkin dia rasa itu yang terbaik bagi dia, aku cuma melihat dari kacamata tradisi Melayu Islam)

*lagu ‘Penakut’ terus beralun






Korang pernah tengok orang tengah tengok bola tak, macam mana dia komen orang kat dalam tv tu. Bersungguh diorang komen sebab diorang nampak apa yang berlaku. Apa orang putih kata tu, helicopter view? You will never see the whole things unless you’re out of the arena (ayat sendiri je ni) Sebab orang yang melihat dari luar selalunya perasan apa yang orang kat dalam tak nampak. Misalnya, seorang player ni asyik bawa solo je tak perasan member kat sana tengah tunggu bola sampai, kosong kot..pass la! (aku yang tak layan bola pun turut jerit sekali) Situasi lain, ada orang cakap,
“Kau takkan faham masalah aku selagi kau duduk kat tempat aku, faham?” aku serba salah nak kata faham ke tak







Korang yang single, pernah jadi kaunselor kepada kawan-kawan yang ber-couple tak? Mengaku je lah, member-member ­surau pun ada yang ber-couple­, inikan pula yang bukan kaki surau. Tak, bukan nak kata kau jahat, cuma amalan kau tak terjaga. Mana aku tahu? Dah kalau terang-terangan ni pun kau tak malu nak buat benda pelik-pelik..inikan pula kalau bersendirian~dah dah, aku tak nak gaduh pasal benda tu. Kalau kau rasa amalan kau baik, alhamdulillah, teruskan. Tapi kalau kurang baik tu..usaha perbaiki lah hendaknya.

Aku sembang pasal apa tadi, lupa dah








Mesti pernah kan. Aku bukan nak bangga diri ke apa, aku sendiri pun selalu je bagi tips-tips membina rumah tangga bahagia kat kawan-kawan aku. How to treat your woman nicely. Bagaimana mengatasi masalah perhubungan dan cara menangani keadaan yang kritikal, mahupun separa kritikal. Walau hakikatnya, aku sendiri single dan of course tak kahwin lagi.
Nak gelak, gelak puas-puas. Aku pun nak gelak jap
Ini realitinya, bukan kerana kita lebih berpengalaman dalam hal-hal bercinta (kita? pfft) apatah lagi hal rumah tangga. Tapi kerana kita nampak jalan yang lebih baik dalam menyelesaikan sesuatu masalah..sebab apa? Orang yang tertekan selalunya gagal membuat keputusan yang bijak, dan seterusnya membawa kepada keputusan yang..yang lah, faham sendiri lah








Baguslah kalau korang boleh buat keputusan sendiri secara waras walau dalam situasi yang macam mana pun. Aku tumpang lega. Tapi satu perkara yang perlu korang ingat, keputusan yang kita buat bukan untuk diri kita sendiri. Ia melibatkan kesemua pihak. Even korang rasa kucing kat tepi jalan tu tak bersalah, jangan terkejut kalau tiba-tiba dia terlibat dalam kes pembunuhan jiran korang
Yes, punchline tak sampai

Bukan kita sendiri je yang terkesan dengan pilihan yang kita buat, orang lain akan turut merasai tempiasnya. Tapi bagi yang terkena tempiasnya, cuba hadapi situasi dalam keadaan yang baik. Cuba fahamkan keputusan yang telah dibuat, cuba bincangkan sekiranya tidak faham. Jangan terus menghukum, mungkin dia sendiri lebih tersiksa dari apa yang kita rasa

ha, suspense lettew









Perbezaan antara kanak-kanak dengan orang dewasa, kita banyak sangat pertimbangan sampai satu tahap kita rasa macam.. “Tak payah lah kot..” ha, pernah kan kan kan. Dari pengalaman dan ilmu yang kita peroleh, kita tahu kesan daripada perbuatan kita tadi tu, risiko yang kita ambil, mungkin akan memudaratkan diri kita sendiri. Berbanding kanak-kanak, bukan dia tahu apa. Dah kena nanti dia tahu lah sakit tak sakit. Ini lah pengalaman yang mendewasakan, menjadikan manusia matang, untuk berfikir lebih lama dan panjang sebelum membuat apa-apa keputusan.









Satu keputusan yang aku buat, yang aku rasakan cukup lama untuk aku fikirkan. Aku rasa, aku buat keputusan yang betul dan terserah untuk orang lain fikir apa. Setelah diteliti satu persatu perkara secara serius, maka aku melafazkan kata putus. Aku pilih untuk menjadi kanak-kanak yang berani mencuba.

Rumit bukan















*Takpe lah, saya pun bukannya buat keputusan terburu-buru. Dah lama saya fikirkan dan saya rasa dah tiba masanya..saya tunggu.





"Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jikaku mencintaimu juga
Kau bukan milikku.."


Penakut - Yuna



wallahualam

Wassalam

15 December 2015

Kegagalan Komunikasi

Assalamualaikum
Sejahtera ke atas kamu

nampak, aku terjemahkan maksud 'Assalamualaikum' tu sendiri..bukan apa, kat bumi ni bukan ada Melayu Islam je. Kat Malaysia ni sendiri ada lebih daripada satu bahasa. Mungkin kita yang Melayu (sinonim dengan Islam) atau Muslim sudah biasa dengan perkataan salam itu, dan mungkin ada sebilangan daripada nonMuslim juga faham kerana ianya biasa dilafazkan oleh orang-orang disekeliling kita. Hakikatnya, masih banyak yang belum kenal Islam dan tidak memahami istilah-istilah yang digunakan Islam. Akibatnya? Mereka tidak memahami kita dan menyalah anggap perbuatan kita






Dalam dunia yang moden ni, banyak daripada manusia kini 'berhujah' dengan menggunakan jari. Ya, kita lebih banyak menaip di laman-laman sosial berbanding berdialog secara bersemuka. Dan perkataan-perkataan bisu ini disalah ertikan kerana tiada intonasi daripada manusia. Istilah typo menjadi kebiasaan, namun, kurang pendedahan dengan ilmu menulis juga membuatkan kita 'Buta Bicara'






Aku tak nak sembang pasal typo, benda ni memang dah lazim dengan kehidupan kita. Mustahil lah, sepanjang kita menggunakan media bertaip, tak pernah sekali pun kita typo. Jangan perfect sangat, nampok benor nipunya~

Ianya berkenaan manusia yang waras fikirannya, sihat akalnya, tapi terencat pada 'jari'nya
atau untuk bahasa yang lebih mudah, ianya banyak digunakan oleh golongan BBNU..terutama semasa mereka sedang giat 'berjimak'

haha, seronok aku gelak






Permasalahan utama, bila gurauan diambil serius. Bila waktunya bergurau, korang gelaklah puas-puas. Nak sentap, duduk tepi. Nak sensitif bagai, pandai-pandailah bawa diri. Kalau orang tak nak bagi perhatian kat kau, just move on, banyak lagi manusia lain. Tapi bila waktunya serius, pada pendapat aku, kau perlu professional, berhujah dengan hemah. Seperti biasa, kalau kau ada heart feeling bagai, sila alihkan diri anda. Anda mungkin belum cukup professional untuk berbincang secara serius. MUNGKIN.






Dan seperti yang aku telah jelaslan di awal bebelan aku tadi, ayat-ayat yang di taip di laman sesawang, tidak berintonasi. Maka, orang yang membacanya boleh membayangkan pelbagai jenis maksud yang ingin kita sampaikan..sehinggalah kita jelaskannya sendiri.
disini, bermulanya peranan emoticon ataupun smiley.





Ya aku akui, penggunaan emoticon sangatlah membantu dalam menjelaskan maksud ayat seseorang itu tentang perasaannya. Cuba baca ayat-ayat di bawah:

"Jumpa kat office esok, ada benda yang saya nak bincangkan." serius bukan?
"Jumpa kat office esok, ada benda yang saya nak bincangkan :)" sepertinya berita gembira
"Jumpa kat office esok, ada benda yang saya nak bincangkan >.<" nampak macam tak sabar nak bagitahu kan? (aku cuba buat emoticon yang terlebih excited, tapi gagal)
"Jumpa kat office esok, ada benda yang saya nak bincangkan.." ok, aku cuba buat emoticon marah. ermm


Melainkan, korang pandai mempelbagaikan penggunaan ayat korang.

"Jumpa kat office esok, ada benda yang saya nak bincangkan." again, serious isn't it
"Jumpa kat ofis esok eh, ada benda nak story.." kelihatan sesuatu..ya, sesuatu
"Kita jumpa kat ofis je esok, nanti aku cerita" sentap
"Jumpew at opis ecok..adew bende nak cite..ermm" aku terpaksa Italic-kan semua perkataan tu..sebab tak pernah jumpa dalam kamus lagi

yeah, BBNU!








ya, gelak sekejap









Aku mengaku, memang aku pernah jadi salah seorang daripada mereka. Boleh buka balik post aku yang lepas-lepas, semasa aku mula menggunakan Blog ni. Aku sendiri baca pun tak berapa nak faham, well, acah-acah cute kata kau. Tapi, kita semua semakin membesar dan matang untuk berbahasa dalam bahasa yang mudah difahami umum. Tambah-tambah lagi bagi mereka yang berurusan secara serius dengan pihak-pihak tertentu dalam menyampaikan mesej yang penting, supaya tidak berlakunya kecelaruan informasi dan seterusnya mengakibatkan kerugian ke atas beberapa faktor (amboi panjang ayat)



In shorts here, pastikan kita tahu situasi dan dengan siapa kita sedang berkomunikasi. Adakah perlu perhubungan yang serius atau santai. Elakkan daripada menggunakan bahasa Melayu yang rosak sepertimana BBNU gunakan (pfft) atau pengubahsuaian bahasa yang sangat mengarut seperti mengrekemenkan (baca: mengusulkan) (aku bagi contoh je) Puncanya? Buta bahasa. Sebab kita rasa, bahasa dan sastera ini sesuatu yang remeh. Tapi kalau kita tahu cara untuk menggunakan bahasa kita sendiri secara sepenuhnya, seperti menguasai perkataan-perkataanya tanpa mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, pasti ianya dipandang tinggi oleh masyarakat lain.

Indahnya sastera Melayu, hanya kita yang mampu mengangkatnya.









daripada cara manusia itu menaip juga, kita boleh tahu personalitinya~

hehe

wallahualam
wassalam..

16 August 2015

Siapa Tuhan?

Assalamualaikum

siapa Tuhan? jangan tanya aku, jawapan itu ada dalam diri kamu sendiri..siapa Tuhan bagi kamu?







topik aku agak bersahaja dan rawak. Tidak bertujuan menyinggung hati mana-mana saudara..cuma mahukan kita semua berhenti dan berfikir, untuk apa, untuk apa kita lakukan ini semua?








Tuhan pada manusia cuma lambang penanda makhluk bumiputera untuk mendapatkan subsisidi atau bantuan kerajaan..aku tak tahu, tanya diri sendiri. Siapa Tuhan?







mungkin zat Yang Maha Agung, yang memakbulkan doa setiap makhluknya..doa ketika mereka susah dan ditimpa musibah bencana. Siapa Tuhan, bukan lagi persoalan semasa mereka kaya-raya bermewahan dengan rezeki yang dipinjamkan







faktor penjualan yang paling popular bagi penganut agamaNya. Bukan susah untuk memikat hati manusia, cuma perlu lafazkan perkataan-perkataan Arab, drngan sedikit 'pakaian' yang warak, RM1000 sebulan bukan lagi angan-angan..cuma perlu pandai menggunakan, siapa Tuhan









katanya, "Tuhan itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani. Dosa-dosa yang pernah aku lakukan, bukan lah perkara yang besar bagi Tuhan. Asal bertaubat, segalanya selesai. Dan dosa, bukan lagi masalah untuk aku takutkan neraka. Aku buat dosa, aku taubat, Tuhan ampunkan. Kalau terlebih taubat, Tuhan hantar aku ke syurga. Mudah."

Dia seperti diarahkan untuk menerima taubat manusia..sebenarnya, siapa Tuhan?









siapa Tuhan? Jangan tanya aku, tanya diri sendiri. Siapa Tuhan pada kamu?

wallahualam
wassalam..

19 July 2015

Maaf, aku alergik.

Assalamualaikum

"Maaf..aku alergik lah.."
"Aku tak ajak kau makan pun"
"Tak, bukan dengan makanan..dengan orang"
"Hah?"
"Aku..alergik dengan orang kaya"




Aku minta maaf awal-awal, aku tak berniat untuk menuduh semua orang kaya sombong dan perangainya tidak baik..tapi banyak yang aku lihat, mereka lupa diri, manja dan tak boleh nak hidup susah, kurang pertimbangan kerana selalunya segalanya disuap. Banyak berprasangka dengan manusia..aku tak berniat nak ganggu hidup mereka pun, cuma bila wujudnya ikatan PERDAUDARAAN, maka aku TERPAKSA wujud dalam hidup korang. Sekali lagi aku tegaskan, aku tidak menuduh kesemua orang kaya berperangai sedemikian, tapi banyak daripada mereka, majoriti, tidak baik. Yang baiknya ada, cuma minoriti, sedikit sangat.







aku sedar..aku tak mampu macam korang..nak itu ini, semua boleh dapat. Aku faham kalau rezeki korang atas usaha korang, terpulanglah kalau korang nak kata aku ni pemalas, tak nak berusaha sendiri..alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan rezeki korang. Aku bahagia tengok saudara-saudara aku, kawan-kawan aku senang. Sumpah aku tak kan meminta-minta dengan korang, aku tak kan ganggu hidup korang.








Aku cuma mahukan keredhoan Tuhan, mahukan jalinan yang halal yang baik. Aku tak minta rezeki kau, cuma mahukan persahabatan dari kau. Bukannya mengharap daripada kau bila aku susah, tak mengapa kalau kau tak boleh bantu aku. Cuma aku sayangkan kau sahabat, bukannya rezeki harta benda kau..







Aku takut, macam alergik, bila orang tengok aku rapat dengan orang yang senang macam kau, orang kata aku nak kikis harta kau..aku juga takut, kau timggalkan aku kerana persepsi yang sebegitu.. Tapi kalau kau rasa aku memang suka meminta-minta dengan kau, atau bakal mengikis harta kau..aku minta maaf, tinggalkan aku





Sekali lagi aku minta maaf, aku tak berniat pun nak singgung perasaan kau, cuba meminta-minta atau ingin bergantung hidup dengan, aku sedar taraf aku, aku tak layak pun berdiri megah kerana bersaudara atau bersahabat dengan kau. Aku minta maaf, aku alergik dengan orang kaya.

wallahualam
wassalam

16 July 2015

Setia 2

Assalamualaikum

dan cerita tentang setia pada kali ini berbeza dengan post Setia aku yang sebelum ini, sebab tu aku letak tajuknya setia 2. Kali ini, ianya adalah berkenaan kesetiaan manusia kepada kekasih ajnabi. Kekasih yang halal dinikahi, bukan haram sementara mahupun kekal. Ya, setia kepada perempuan/lelaki yang kau suka

dan kau berniat ingin menjadikan dia teman hidup kau, pendamping dikala senang dan susah, teman berhibur juga bersama tatkala rebah ke tanah

ok, cukup dengan metafora








sekali lagi aku terangkan, definisi setia. Setia disini bermaksud, kegigihan hati seorang manusia untuk terus berada disamping sesuatu yang dia sayang atau suka. Dalam konteks percintaan, ianya menceritakan selama mana seseorang itu akan berdampingan dengan org yang dia sayang

hati ada bunga juga ka? haha








seorang teman aku pernah berkata
"Buat apa bercinta, semua benda ni sia-sia je, takde faedah"

well..no doubt, aku dulu pun berfikiran sebegitu juga. Tapi sebenarnya, kalau difikirkan semula, bukankah cinta itu anugerah dari Pencipta? Maka, apa kurnianNya itu suatu perkara yang sia-sia?

senyum senyum senyum









bercinta, jika kena dengan caranya, insyaAllah, Allah suka. Bila cinta yang dijalinkan itu membuatkan kita semakin dekat dengan Dia. Bila bercinta, rasa hati menjadi lebih mulia. Bila merasakan cinta, lafaz syukur tidak berhenti memuji yang Maha Penyayang.

ha..cinta beginilah yang kita mahukan, cinta yang dijalinkan dengan redhoNya. Cinta yang mendapat keberkahan dariNya

tips ini khas buat mereka yang masih belum bernikah..buat yang sudah bernikah, alhamdulillah..bila saling merindu pun sudah dikira pahala ^^

tapi bukan berkenaan cara bercinta yang nak aku bebelkan, ianya lebih kepada setia. Bagaimana untuk setia kepada seseorang yang kita suka, tanpa melafazkan kata-kata sayang kepadanya setiap hari?

haha..kedengaran mustahil bukan? insyaAllah berhasil..kalau niat betul, Allah bantu..hehe









tapi pastikan dahulu yang dia betul-betul orang yang kita mahukan. Jangan nanti menyesal dan kecewa di pertengahan jalan









Kenapa dia?
mesti ada sebab, kenapa kita sukakan dia, dan ingin bernikah dengan dia. Jadikan ia sebagai satu punca untuk kita terus menginginkan dia. Ingatkan diri, betapa istimewanya dia berbanding orang lain. Bagaimana hadirnya dia yang merubah hidup kita kepada yang lebih baik. Jodoh yang baik adalah jodoh yang mendekatkan kita dengan Pencipta.

Dia punya kekurangan
ingat, tak seorang manusia pun yang sempurna pada zaman ini. Kita sendiri pun bukanlah sempurna mana, ada kurangnya juga..mungkin kekurangan dia itu adalah peluang untuk kita sempurnakan. Apa gunanya kawan jika tidak saling mengingati. Mungkin hari ini dia terlupa, mana tahu esok hari kita pula yang terlupa. Semua manusia melakukan kesilapan..mengapa dia masih boleh terima kita walaupun kita sendiri punya kekurangan? ^^

Ada yang lebih baik
semestinya, kita bukan yang terbaik dan tidak akan pernah sempurna. Mungkin dia kurang baik pada sesuatu perkara dan ada orang lain yang lebih baik daripada dia. Tapi tanya pada diri kita semula, kenapa dahulunya kita pilih dia? Bukan dahulunya kita katakan yang "Dialah yang terbaik"? Betul..mungkin lepas kita dah jumpa banyak orang, kenal orang baru, get along dengan orang baru..kita baru sedar yang, besarnya dunia ni. Tapi pernah tak kita tanya dia, "Siapa yang terbaik bagi awak?". Bersama, mungkin kita akan menjadi pasangan yang terbaik, insyaAllah..

Jaga dia
ini lebih kepada lelaki. Actually, it is not that, we ask her what she is doing and tell her that we love her every single time. Sampai 24/7 perlu ask permission to do this and that, kita bukannya penjaga dia..I mean, her parents. Cukup kita tahu yang dia okay dan masih berharap dengan kita. Bila kita jaga dan sayangkan dia, automatik akan wujud kesetiaan tu.

aku tak pandai nak ulas bagi perempuan, ye lah, sebab aku kan lelaki~







apa yang paling penting, tautkan rasa cinta pada yang Maha Penyayang. Aku faham kalau kau takut dia dirampas orang, hati dia berubah dan tak mahukan kau lagi. Tapi kita kena ingat, hati dia, dia juga berhak untuk memlilih yang terbaik bagi dia.

kalau belum lagi tiba masanya, tak perlu terburu-buru mendapatkan cinta dia, berusaha untuk mendapatkan redhoNya dahulu, kerana Dia lebih tahu akan apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin kita sudah yakin dengan pilihan kita, tapi di akhirnya, tetap Allah jua lah yang menentukan.

Maka berusahalah sebaik mungkin, banyakkan berdoa agar disatukan dengan jodoh yang kita mahukan. Mungkin, namanya memang telah tercatat sebagai jodoh kita, cuma Tuhan ingin melihat sebanyak mana kita cintakan Dia..adakah cinta kita kepada makhluk, melebihi cinta kita kepdaNya? nauzubillah..semoga ditetapkan hati dalam mencari redhoNya

dan semoga hati-hati ini bersabar..








bukannya tak mahu, saya masih mahukan awak, cumanya belum mampu..sabar ya

hehe



wallahualam
wassalam..

07 May 2015

Rindu

Assalamualaikum



antara anugerah yang merawat hati..atau bisa yang yang meracun? Rindu, antara penawar atau racun, rindu pada ajnabi yang berlainan jantina







maka sebuah cerita bermula..dengan pesanan ringkas melalui aplikasi sosial Whatsapp



"Assalamualaikum..?"

selang beberapa minit..

"Waalaikumussalam..ya saya, ada apa ya?"

"Tiada apa..cuma dah lama tak dengar cerita pasal awak..awka sihat?"

"Alhamdulillah sihat..saya kat sini macam biasa je, takde apa yang special..awak macam mana, sihat? Tengah buat apa sekarang ni?"

"Saya alhamdulillah..makin sihat! haha. Saya kerja di Melaka, dengan company perundingan..awak?"

"Saya tak habis belajar lagi..baru masuk semester ke empat awak..company perundingan? Company  apa tu?"

"Consultancy, kan saya belajar engineering dulu.."

"Oh ya..so sekarang ni awak dah jadi jurutera lah?"

"Not really..it is just a Junior Engineer"

"Still got the title Engineer right? haha"

setelah agak lama bertukar cerita, perbualan terhenti seketika. Mungkin kerana kehabisan idea. Dan kemudian lelaki tersebut memulakan perbualan semula

"Awak..belajar di mana ya?"

"Lepas diploma dulu saya sambung belajar di Penang..masih dalam bidang yang sama, culinary arts"

"Oh begitu.."

"Awak"

"Awak ada apa-apa nak bagi tahu saya ke?"

"Hah? Kenapa awak tanya macam tu?"

"Saja..sebab saya agak curious juga orang 'jauh' mesej saya tanya khabar..hihi"

"Lah..biasalah kalau orang jauh tanya khabar..rindu"

perbualan terhenti lagi, mungkin perempuan itu merasakan sedikit terkelu dengan pengakuan tersebut. Lalu beliau memberanikan diri untuk berbicara semula

"Rindu..awak rindukan saya ke?"

mungkin pengakuan tersebut kurang jelas baginya. Maka lelaki tersebut cuba menerangkan maksud ayatnya sebentar tadi

"Maksud saya..saya dah lama tak dengar cerita pasal awak, saya tak berniat nak keruhkan hubungan kita.."

perempuan itu sedikit tersenyum dek kerana terbayangkan betapa cemasnya lelaki itu apabila dipersoalkan tentang ayatnya sebentar tadi

"Tak, saya tak marah..cuma saya kurang pasti, apa yang awak rindukan?"

selang beberapa minit, lelaki itu cuba menyusun ayatnya dengan teliti. Takut-takut perempuan itu tersalah anggap lagi

"Saya tak pasti..cuma saya rindukan detik-detik kita bersama masa di sekolah dulu..dengan kawan-kawan kita yang lain, saling ingat-mengingatkan, bersama-sama mendekatkan diri dengan Tuhan"

"Awak..ada masalah ke?"

"Mungkin..saya sendiri tak pasti, masalah apa yang saya hadapi.."

"Mind share it with me?"

dengan sedikit keberanian, lelaki tersbut membuat pengakuan

"It is just..I can't stop thinking about you.."




kisahnya panjang lagi, cuma takut nanti korang berimaginasi lebih pula. Cukup kalau situasi itu sampai dan korang dapat rasakan apa yang sedang berlaku



I tried to hug you..but I can't
aku faham kalau kata kau rindukan dia. Aku pun manusia juga, aku pun ada hati dan perasaan. Tipu lah kalau kata aku tak pernah rasa rindu pada someone. Aku pun pernah ada zaman jahiliyah ya, zaman perpindahan daripada tidak matang kepada yang lebih baik (aku tak berani nak mengaku diri sendiri matang~haha)

pernyataan masalah, how do we handle that feeling? There is two choices given, kau rosakkan anugerah yang indah itu atau, kau semaikan ia menjadi punca kebahagiaan

here I give you some wrong practices. Yang bilamana kau buat, kau dah jahanamkan apa yang Tuhan berikan, bermaksud, kau cuba menghancurkan diri sendiri














Don'ts


Dari semasa ke semasa kita belajar erti hidup, yang perlu dan yang mana tidak. Jika aku buat begini, jadi begini. Jika aku buat begitu, jadi begitu. Tapi sifatnya manusia ni lalai, sering terleka. Adakala, kita terlajak dan terus hanyut.

Kisahnya lebih menyeramkan apabila kedua ajnabi tersebut saling merindu dan kedua-duanya gagal mengawal hati dan nafsu.









"Awak, kita rindu kat awak."

"Kita punnnnnn"

"Rindu awak sanadd sanadd"

"Kita jumpa"

"Betul?? Kat mana, bila??"

"Sekarang..kat tempat biasa?"

padahal baru semalam jumpa, makan keropok lekor sama-sama..bajet nak pergi restoran takde, gerai tepi jalan je yang mampu










dan bila kau kata kau rindukan dia, kau jahanamkan anugerah tu dengan cara kau dating dengan dia. Ya, kau berjaya puaskan nafsu kau. Kalau kau jumpa dia pun tak puas-puas lagi nafsu kau..memang nauzubillah sungguh. Doa banyak-banyak supaya tak terlajak. Dunia ni sementara je, nak tunggu balasan Dia kat akhirat kelak, terlalu lama jangkamasanya sahabat wehh

disini terdapat peranan ikhtilat. Bila kau dah mula contact dia, di situ dah nampak dah yang kau sebenarnya lemah iman. Sebab kau tak mampu kawal rasa rindu yang membeban dalam hati. Sepatutnya kau tak payah contact dia langsung. Dah kalau tahu dia pun jenis melayan, kau pun seronok Whatsapp dia. Kata nak Love Till Jannah, jadah apa till Jannah kalau kat dunia pun dah jahanam. Macam tu Allah nak redho?

apa, aku cakap senang? Bro, apa beza aku dengan kau. Aku tak dikelilingi bidadari-bidadari dunia yang seksi sepanjang masa? Bukan nak sembang lah, tapi kalau lah kau dapat tengok, betapa hati-hati manusia yang berusaha untuk mengawal iman mereka tu, pasti kau tak kan percaya, betapa tabahnya hati mereka menolak godaan dan melawan nafsu. Jihad tuuu



jadi, apa yang perlu kau buat?












Dos

mudah, sangat-sangat mudah. Kau cuma perlu displinkan diri, paksa hati untuk rela. Memang ikhlas ni memerlukan keterpaksaan. Benda baik kot, bukannya benda tak baik. Lain lah kalau orang paksa kau buat benda yang tak baik, itu memang tak payah nak paksa untuk ikhlas dah. Kau boleh smack down sahabat tersebut, tak boleh pakai punya.





1. Kita mula dengan diri sendiri dulu. Apa yang perlu dilakukan jika ianya berpunca dari diri sendiri. Makna kata yang lain, kau syok sendiri, ye lah, kau je yang rindu dia, dia tak pun (pfft)

Begini, usahanya agak sukar bila kau ada smartphone dengan aplikasi sosial yagn bersepah. Aku sarankan kau tukar kepada henpon yang lebih murah. Macam Nokia 3310 (aku buat iklan tak berbayar ya) yang mana henpon tu boleh guna untuk call atau mesej je, dan ada game supaya kau tak bosan masa tunggu giliran kat pejabat pos. Disitu, kau boleh elak daripada tengok kenangan jahiliyah kau dengan dia, tengok gambar-gambar kenangan kau dengan dia, elak dariapada dia goda kau dengan hantar gambar dia yang latest (ingat aku tak tau ke hah)

Kau boleh cuba sesuatu yang boleh hilangkan rasa rindu kau kat dia. Apa yang kau minat? Main bola? Hah, beli bola sebijik, main 24/7 kat mana-mana pun kau ada, asalkan kau lupa pasal dia. Tapi kalau tengok bola tu pun dah macam dia..sampai tak sanggup nak sepak, aku rasa kau dah parah

Atau kau boleh kaji keindahan Tuhan dengan menghayati isi kandungan kitab suciNya, mengapa telah Tuhan tetapkan begini dan begitu..bila kau mula berfikir, sel-sel otak kau akan berhubung dan kau akan kembali ceria

Well, kau sepatutnya berdoa banyak-banyak, semoga dijodohkan dengan dia..atau kau tak nak pun dia jadi isteri kau?





dah kalau nama pun smartphone..masih mampukah ia menandingi keutuhan keluarannya yang dahulu
2. Dia hari-hari mesej kau, hari-hari call kau. Kau tak minat pun kat dia, tapi dia nak sangat dekat kau (bajet market siaaa)


Kau tahu apa aku buat? Aku tak buat apa-apa. Buat tak tahu je. Nak move on kott. Tapi jangan lah kau tinggalkan di tergantung tanpa notis amaran. Bagi tau dulu..kau buat semua ni demi kebaikan bersama. Demi kau dan dia, demi agama, demi redhoNya. Terangkan baik-baik, yang hubungan yang sebegitu tidak perlu dan ada cara yang lebih baik..dan jangan kau nak buat ayat sedih ala-ala nak pergi berjihad melawan musuh Islam. Minta tolong mak suruh pergi kedai beli kicap pun pemalas, puui

Dan lepas kau dah terangkan semua baik-baik, tapi dia masih nak contact kau lagi, kau buat tak tahu je. Semalam dah pesan kannn. Kalau dia perempuan/lelaki yang baik, dia akan faham.

Lepas tak berapa lama tu, kau dijodohkan dengan dia, bila masing-masing dah jadi yang lebih baik..subhanAllah! inilah percintaan yang manis. Bila hubungan yang dijalinkan dan dijaga oleh Tuhan.







3. Masyarakat. Aku cukup menyampah dengan sahabat-sahabat yang suka mengapi-apikan member yang di-skandal-kan. Dah tahu member tu macam ada gaya nak bercinta, kau pergi laga-lagakan pula. Memang makin seronok lah member. Ye lah, dah semorang restui hubungan haram diorang tu, siapa yang tak berjoget.

Kalau orang sekeliling kau buat macam tu pada kau dengan dia..aku rasa kau patut jauhi berkawan dengan orang macam tu. Pepatah Arab mengatakan,

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya. Manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita"

ikut korang lah kalau korang nak kawan lagi dengan member macam tu..lain lah kalau korang ni spesis pengaruh kuat. Ha..tarik kawan korang, ajak diorang buat benda-benda baik.

Bagi tahu diorang..yang kau inginkan hubungan halal yang diredhoi, bukan hubungan cinta dunia yang menjadi sanjungan dan pujaan manusia yang melihat. Cita-cita kita akhirat, bukan dunia. Dunia ni hanya persinggahan untuk persiapan kita untuk alam akhirat kelak. Memang seronok orang puji kau comel dengan dia, kau secocok, kalau dapat anak nanti mesti comel-cemol..tapi kalau bercinta bagai nak rak pun buat apa kalau takde usaha. Usahanya bukan dengan menjaga hubungan haram kau tu, usahanya dengan mencari redho Allah. Hubungan yang bagaiman yang Allah redho. Bukannya bawa dia ke hulu ke hilir, tayang kat semorang yang gf/bf kau comel nak mampus dan kau sangat bertuah dapat couple dengan dia. puui


jangan ambil hati, aku taip puui tu gimik semata-mata, nak menyampaikan yang betapa aku membenci perlakuan couple.








Faizal Bin Suhaili
dulu kita sangat rapat. Masa kecil, mana tahu nak gaduh-gaduh ni. Gaduh bila kau ambil gula-gula aku, bila duit raya kau lagi banyak dari aku. Padahal kita pergi beraya sama-sama. Tapi duit kau lagi banyak..cukup aku tak puas hati. Ye lah, dah takde sepupu lelaki lain yang sebaya dengan kita, hanya ada aku dengan kau je.

tapi sekarang kita dah dewasa, kita jarang nak jumpa dah. Kalau balik kampung pun, kadang-kadang kau tak balik, kadang-kadang family aku yang tak balik. Sumpah sunyi bila kau takde kat kampung, aku tak tau nak sembang dengan siapa..nak sembang dengan atuk, bukannya dia faham aku cakap. Katanya aku cakap laju sangat.

Tapi bila sekali jumpa kau, memang terkejut. Sebab dulu kau kurus sangat. Kita sama-sama kurus weh, tapi kau dah gemuk dulu, lagi gemuk dari ayah kau. haha

Dulu sebelum kau gemuk, kita pernah jumpa..kau punya cakap Kedah, dua tiga kali juga lah aku nak faham. Pekat sangat! XD tapi takpelah..bukan selalu dapat jumpa kau..satu-satunya sepupu lelaki sebaya yang aku ada

3 tahun lepas, kali terakhir aku jumpa kau. Masa tu aku memang tak percaya gila-gila tengok kau, gemuknya lahaii. Apa benda yang kau makan? XD masa tu aku dah boleh faham apa yang kau cakap..sebab kau cakap KL dengan aku. pfft. But since that, kita dah tak berjumpa dah, masing-masing ada hal sendiri..

Hari ini aku dapat berita tentang kau, berita yang..aku tak pasti bagaimana nak digambarkan. Kauterlibat di dalam kemalangan kereta pada pagi tadi..dan kau pergi dulu, pergi bertemu Sang Pencipta. Apa yang harus aku katakan? Aku kehilangan seorang saudara yang jarang aku jumpa..tapi rindu ini? Hanya Tuhan yang tahu. Berkali-kali aku tahan sebak, tapi titisan yang mengalir ni tak mampu aku nak tahan. Aku tak mampu nak berkata apa-apa..hanya alFatihah dan doa yang mampu aku sampaikan. Tak mampu bagi aku untuk bergegas ke sana bagi menatap wajah mu buat kali terakhir..

Aku kelu, keliru, kaku..aku tak tahu..aku hilang punca sebentar..aku tak pasti apa yang perlu aku lakukan. Kau sahabat ku, kau saudara ku, kau abang ku..semoga Allah tempatkan kau bersama orang-orang yang soleh..alFatihah














aku hilang perkataan untuk diungkapkan, hilang kewarasan menyusun perkataan
aku rindu kan kau Ijai

wallahualam
wassalam

28 April 2015

Weh, pinjam kau punya jap?

Assalamualaikum

Sihat? Kita alhamdulillah sihat. Cumanya..nak tanya khabar awak lah, ye lah, sebab dah lama tak bertegur sapa kan. Ingin juga tahu apa perkembangan awak kat sana. Sihat ke, makan cukup ke, hidup selesa ke..

Tujuan kita update Blog ni bukan sebab apa..cuma ye lah, macam kita cakap kat atas tadi..nak tanya apa khabat awak kat sana. Dengar ceritanya ahamdulillah senang-lenang..baguslah, kita pun tumpang gembira. Ikhlas, kita tumpang gembira.

Sebagai seorang kawan, kita nak sangat-sangat awak ada dekat dengan kita. Pergi sekolah sama-sama, keluar melepak sama-sama, kalau boleh, selamanya kita nak sama-sama dengan awak..tapi awak macam dah jauh dari kita. Awak dengan kita dah tak macam dulu..

Kenapa? Kita nak tahu, kenapa awak dah tak macam dulu. Awak marahkan kita ke? Kita ada buat apa-apa yang awak tak suka? Kalau ada, bagi tahu lah..kita minta maaf. Kita tahu yang kadang-kadang tu, kita ni tak macam yang awak duga. Kita tak baik macam malaikat, setia beribadat pada Tuhan. Kita sedar, kadang-kadang tu memang kita ada buat silap..tapi kita tak tahu. Kita ingat awak gembira..

Atau awak rasa serba salah dengan kita? Awak ada buat salah dengan kita ke? Cerita lah..mungkin benda tu dah berlalu, kita tak kisah pun..awak kan kawan kita, tak kan kita nak marah ^^












sebab kau pinjam barang/duit aku, memang aku tak marah, cuma rasa macam dikhianati lah. Kata nak pulangkan, tapi sampai sekarang haram tak tahu apa cerita. Jangan cakap aku terlupa, aku sentiasa ingat apa yang kau pinjam daripada aku. Memang aku ikhlas nak bagi pinjam, tapi dengan harapan kau pulangkan lah..atau kau anggap yang bapak aku bagi duit suruh beli untuk kau?





buat muka tak bersalah

sumpah aku tak kisah sebenarnya orang nak guna barang aku tanpa kebenaran, memang aku rela dengan ikhlas hati kalau kau nak guna. Sebab aku percaya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Tak salah kalau nak berkongsi apa yang kita ada. Tapi kau sebagai peminjam, beradab lah juga..tak pernah belajar adab meminjam hak orang lain?











secara terperincinya, adab meminjam hak orang lain ni terpisah kepada dua iaitu harta benda dan duit. Tapi dalam post aku kali ni, aku nak bebel tentang meminjam secara umum. Ya, adab meminjam hak orang lain











no doubt, aku pun pernah pinjam barang kawan-kawan aku. Tapi aku meminjam dengan akad dan memulangkan semula di tempatnya atau pada tangan si pemberi pinjam itu sendiri, atau dilihatnya sendiri. Aku rasa aku bertuah sebab dari kecil lagi, ayah aku ajar supaya tidak bergantung kepada orang lain. Alhamdulillah, setiap apa yang aku perlukan, aku rasa semuanya ada, dan tak perlu meminta-minta daripada orang lain..dan kau bukanlah daripada golongan orang yang senang yang minta apa sahaja, tiba-tiba muncul depan mata. Aku mungkin nampak mewah dengan hidup, tapi hakikatnya, itu semua pesona dunia. Harta apa yang kekal hingga ke alam akhirat?

aku pun tak pasti celah mana yang menampakkan aku ni macam orang yang mewah..mungkin sebab tu diorang suka pinjam-pinjam daripada aku tak?





jumpa kat Google je

1. Akad
apa ingat kahwin je ada akad? Akad ni suatu lafaz yang diungkapkan sebagai ganti kepada jaminan. Tapi selalunya, akad ni tak boleh nak pakai sangat. Bukan sebab ianya tak berguna, tapi sebab sikap manusia yang tak menepati perkataannya. Sembang lepas pinjam pulang balik, tak lama pun, sehari dua je. Tiba-tiba dah setahun dan barang tersebut terus hilang tanpa kesan. Ajaib bukan? Jangan nak tiba-tiba declare yang kau seorang ahli silap mata bertaraf David Copperfield, aku kenal kau. Kalau setakat nak hilang masa waktu kelas tu aku percaya. Tapi kalau kau kata barang aku tu rabbit yang telan, kau dengan rabbit aku telan sekaligus.

disini menerangkan bahawa manusia itu seorang munafik. Apabila berkata, dia berbohong, apabila berjanji, dia mungkiri. Nauzubillah min zalik





mengendalikan dengan penjagaan (Google Translate)

2. Cermat
aku tahu kalau kau ni spesis perosak, pantang tengok benda elok semua nak dijahanamkan. Tapi mengagaklah kalau kau guna barang orang lain, bukan harta kau sahabat oi.

aku boleh kategorikan dua jenis barang yang dipinjam, satunya bersifat pegun, dan satunya bersifat mudah alih. haha..aku pun tak confident dengan apa yang aku taip. Kejap lagi ada lah yang datang bash aku kata aku sesat ingin menyesat lagi menyesatkan. Hahaha..ramm

objek pegun yang aku maksudkan ni bukanlah benda yang statik tidak bergerak daripada kedudukan asalnya (tudia student engineering) tapi maksud aku, benda tu tak habis kalau digunakan. Contohnya, baju, kasut, jam tangan, kereta, buku, helmet dan lain-lain. Barang yang sebegini kalau digunakan dengan cara yang salah, teruk-teruk pun akan rosak, patah, pecah, bocor, meletup..ya, pernah meletup.

manakala objek mudah alih (pfft, apa jadah aku taip ni) adalah objek yang boleh habis kalau kau guna. Antaranya adalah sos, minyak, pen, gas memasak, kertas..kalau kau minta kertas dia banyak-banyak, habis lah stok dia. Barang ni perlu digunakan secara perlu je. Takde nak lebih-lebih. Nak lebih kau beli sendiri. Orang dah bagi guna tu berpada lah..kalau habis, digantikan dengan yang baru. Kalau kau guna sampai botol sos tu pun kau telan, lepas tu kata kucing blok sebelah rembat sebab lapar sangat, apa lahanat? (lahanat itu dialek Melaka, mohon belajar dan jangan terlalu cepat menghukum)











3. Bertimbang rasa
if you don't speak Malay, bertimbang rasa means considerate. It is mean being sympathy to the others as they also need what ever you need, and perhaps, they are more eligible than you.

aku taip tesis FYP aku dalam bahasa Inggeris kott

semestinya, bukan kau sorang je nak guna benda tu, orang lain pun nak pakai juga. Kalau selamanya kau nak pakai benda tu, habis tu, apa guna member kau tu berhempas pulas kerja part time kat 7-Eleven? Kau pernah tahu kalau-kalau dia nak guna barang dia tu? Tak pernah minta..siapa yang pinjam barang siapa ni~







cuma aku nak kau relax dan fikir sejenak..apa hak kau meminjam barang orang tanpa redho dari tuannya. Apa kuasa kau nak lawan dan kuasai pinjaman Tuhan kat dunia ni. Aku tak pasti apa yang kau cari, tapi kita semua diciptakan demi satu misi, mencari redho Ilahi. Dan penciptaan kita sebagai khalifah dan abid hanya untuk beribadah kepadaNya semata-mata. Mungkin tiada kaitan dengan post aku kali ni, tapi ini adalah misi kita yang sebenar, mencari redhoNya. Tugas kita sebagai manusia yang berpesan-pesan sesama saudaranya tentang kebenaran dan hakikatnya disampaikan dengan penuh kesabaran.











*semoga si peminjam-peminjam tu beringat untuk pulangkan barang-barang aku yang korang pinjam. Aku nak pakai ke tidak, itu hak aku. Kau dah habis pinjam, pulangkan. Jangan sampai aku hilang kepercayaan dengan kau

wallahualam
wassalam..

23 April 2015

Tesis vs Buku Amalan

Assalamualaikum

tidak perlu untuk aku ulang atau sebut berkali-kali. Ya, alhamdulillah dan insyaAllah, aku dan rakan-rakan aku yang lain kini sedang berada di tahun pengajian yang terakhir sebelum bergelar graduan Universiti Sains Malaysia. Dan perkara yang sinonim bagi kami sebagai pelajar tahun akhir adalah Projek Tahun Akhir, a.k.a. Final Year Project (FYP), jarang orang sebut PTA kan? Projek Tahun Akhir?

(nanti-nanti lah aku sambung post aku yang lepas, banyak sangat bercinta hati jadi lalai..kalau bercinta dengan Tuhan takpe lah juga, ini bercinta sesama makhluk yang ajnabi..kalau kena dengan caranya takpe lah. Ini kes yang bercinta sampai lupa dunia, lupa agama, nauzubillah min zalik..mengapa terjadinya perkara yang sebegitu?? ok, aku dah mula dah)











Mari fokus kepada tajuk yang nak aku bebelkan












korang sendiri pun perasan kan, aku dah lama tak post something kat blog aku ni kan (itupun kalau korang ikut update Blog aku ni kan). Well, nak kata kat korang yang aku ni dah tahun akhir, konon-kononnya busy lah nak selesaikan urusan dunia..bukannya kerja apa pun, busy menyiapkan assignment, siapkan projek, buat slide untuk presentation, kejar submission date..sibuk berjalan merata hala, kononnya nak menikmati keindahan ciptaan Tuhan, bagi mengubati jiwa yang lalai kerana merindui dunia yang serba sementara..okay no doubt, memang rasa rindu tu kita tak boleh nak halang, tapi ada cara lain yang boleh kita amalkan untuk mengubati kerinduan tu. Selain daripada berdoa, kita boleh, join usrah, hadiri majlis-majlis ilmu, sibukkan diri dengan aktiviti yang kita suka..aktiviti yang baik lah, bukan aktivit yang lagha. Then kita akan sedar betapa nikmat merindui adalah anugerah Tuhan yang tak patut kita sia-siakan dengan cara yang tidak sepatutnya. Bahkan kalau kita dapat nikmatinya dengan cara yang betul, maka kesannya baik untuk diri kita dan dia.

eh, aku cakap pasal apa ni









dah, jangan nak mengarut. Aku bagi tips untuk kawal rindu je sebenarnya. Takde pasal lah aku ada awek ke hape..just someone that I wish to be my wife in the future


dah dah, sudah. Itu aku cerita lain tempat











Basically, terdapat lima chapter dalam menulis tesis. Just want to give you some idea, there are Introduction, Literature Review, Methodology, Result and Discussion, and Conclusion. Antara syarat yang telah ditetapkan kepada kami, penulisan tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 50 muka surat dan ke atas. Dan korang boleh tengok betapa kami bertungkus lumus menggoreng ayat tesis kami untuk mencapai 50 muka surat tersebut. Hangit tak hangit lain cerita, asalkan sampai 50 muka surat, dan submit kepada supervisor untuk penapisan sebelum dihantar kepada pusat pengajian. Nasib aku baik sebab dapat supervisor yang memang dahsyat dalam bab goreng-menggoreng. Layak tak layak dia tu, korang boleh cuba search sendiri kehebatan beliau..mungkin secara umumnya beliau tak berapa nak famous, tapi dalam dunia kejuruteraan, beliau antara insan yang hebat, dan aku rasa macam nak taip acknowledgement tesis aku kat dalam post ni. Nampak tak betapa sayangnya aku dengan beliau

ehem

Professor Ir Dr Hj Md Azlin Md Said




Jadi, tebal tak tebal korang boleh imagine sendiri macam mana tebalnya hard bound tesis kami kelak. Itu baru tesis, belum masuk lagi header, table of content, abstract, acknowledgement..acknowledgement paling panjang, ini aku boleh goreng kaw-kaw bagi dia terpesona dengan penghargaan dan seterusnya terbuka hati beliau untuk bagi markah yang comel untuk aku. Nampak permainannya?

Dan references dan appendix..part ni pun menyumbang dalam menebalkan penulisan tesis. Aku bertuah kerana dalam bidang Kejuruteraan Awam, terdapat banyak detailing seperti drawings, data output from software, manual calculation, billing, cost estimations..haha (speechless sekejap sebab banyak sangat..dan aku tak pasti samada untuk gembira ataupun berduka)

Persoalan timbul, berkualitikah tesis aku yang setebal itu? Bagaimana dengan buku amalan ku? Tebal kerana yang baik atau yang buruk? Apa tebal buku amalan ku jika sepenuh masa ku ditumpukan pada tesis ku ini?








Memang kadang-kadang tu susah nak jadi seorang Nazrin Izhar bila semua benda yang berlaku kat sekeliling ni nak dipersoalkan setiap masa, aku letih lah..rasa macam nak jadi kucing ke, burung ke..kerja merayap cari makan, bila lemau sangat, tidur.

Bergurau, aku bergurau.









Secara ktia tak sedar, kita telah terlalu lama risaukan dunia. Kita kejar perkara yang sia-sia, yang tak kekal. Lupa bahawa kita ada alam akhirat, yang mana alam yang kekal, kehidupan selepas mati. Kita terlalu sibuk nak siapkan ini nak siapkan itu, nak dapatkan ini, nak dapatkan itu..tapi lupa nak dapatkan saham untuk kehidupan disana. Bukan nak kata yang dunia ni lagha sepenuhnya, tapi kita perlu seimbang dalam mencari keredhoanNya. Mardhotillah kata kau.

Perumpamaan ayng mudah daripada apa yang aku hadapi sekarang ni. Sibuk nak tebalkan tesis, supaya hati puas, supervisor tak kecewa, universiti boleh berbangga, mak ayah tumpang gembira. Tapi lupa untuk bersyukur, lalai sehingga melewatkan solat, berbagai alasan untuk amalan sunat yang lebih, nauzubillah..apa tujuan asal kita menulis tesis?












Situasi yang sama berlaku semasa mneghampiri musim peperiksaan. Semua pelajar bertungkus-lumus study sebab nak cover balik kelas yang diskip, nak cover balik topic yang terabai..dan bila dah sampai limit, kau stop study, dan bertebaran di muka bumi, konon-konon nak release tension. Dan sedar-sedar, esoknya dah start paper. Dalam keadaan terdesak, kepala kau fikir nak men-toyol je, memanjang leher tatkala exam sedang berlangsung, mem-psst-psst dengan member depan belakang, walaupun hakikatnya kau tahu yang diorang pun sama je bertebaran dengan kau semalam, diorang pun men-toyol juga.

Soalan berbangkit, untuk apa kita past examination dengan result yang pelangi (pass with flying colours) sehingga kita sanggup menipu? Belajar untuk dapat result yang pelangi atau belajar untuk mendapatkan keredhoan Allah? Maka bertanya juga pada diri sendiri..untuk apa?












Bukanlah nawaitu aku nak hasut korang bersambil lewa dengan tesis korang, tak..aku bermaksud untuk menyedarkan niat kita di dalam medan ilmu, untuk apa kita kejar semua ni. Memang seronok tengok tesis kau menebal macam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keEmpat, walau isinya gempak tahap dewa seperti penulisan Mat Luthfi di dalam bukunya yang bertajuk Catatan Mat Luthfi (pinjam nama jap bro) tapi tak dapat pengesahan, yakni keredhoan dari Tuhan..jauh mana pun kau boleh bawa tesis kau tu, boleh jadi tiket masuk syurga ke? Unless kau memang power dengan hasil tesis kau yag sangat bermanfaat dan menjadi saham setelah kau tinggalkan dunia ni, iaitu ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain..subhanAllah, ini lah manfaat daripada pembelajaran kita yang kita patut miliki!

Semangat jap






credit to iluvislam.com





As for the conclusion, aku bawakan pepatah Arab yang bersesuaian dengan pendirian seorang pelajar iaitu ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON YANG TIDAK BERBUAH. Bermaksud, ilmu tanpa amalan seperti perbuatan yang sia-sia. Jika tidak diamalkan atau disampaikan, ianya akan dilupakan dan masa yang digunakan untuk mempelajrainya dahulu dikira sia-sia.

Pernah ditanya kepada Nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai oleh Allah taala,jawab baginda “Amal yang sedikit tetapi berterusan” (Riwayat alBukhari dan Muslim)

Istiqomah, walaupun tidak berstatus manusia yang berilmu, menjadi pendakwah aktif yang sudah cukup bermakna. Teruskan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran








bagus juga aku ada Blog ni, sedikit sebanyak aku terdidik untuk menaip secara berhemah, secara tak langsung memberi pendedahan untuk menaip tesis secara beretika..siap citation dan sumber lagi kata kau

doa kan kami dan saudara-saudara Islam kita yang ditindas, yang sedang berjuang, yang ditimpa musibah, yang tidak bernasib baik..semoga bermanfaat untuk kita bersama. Jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak. BarakAllah



wallahualam, wassalam..

26 March 2015

Bercinta Tak Salah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sebenarnya aku tengah bersemangat nak buat FYP aku ni..ye lah, Final Year Student kata kau~sambil tu layanlah lagu-lagu yang ada di Youtube, penambah semangat lah kononnya..but guess what, faham sendiri lah kalau Melayu punya lagu, macam mana style dia, temanya, genrenya..tak kan lari daripada cerita cinta. Samada cerita dia bahagia bila nampak crush dia, cerita dia tersenyum indah disaat melalui hari-hari bersama yang tersayang, atau cerita sedih yang sangat-sangat bila dia brake up dengan awek/boy dia. Memang tak kan lari daripada satu tu, cinta.







Kalau korang perasan, aku ni memang jenis tak puas hati betul dengan Melayu yang lupa dunia ni. Ya, aku mengaku yang aku sendiri pun Melayu (Melayu Banjar) tapi disebabkan Melayu di Malaysia ni mewakili agama Islam, makanya, setiap apa yang dilakukan oleh majoriti, akan dinilai oleh kaum atau etnik yang lain, oleh penganut agama yang lain. Contohnya, banduan penjara. Kita tahu, kebanyakan kesnya telah di adili dan didapati mereka bersalah..tapi kita perasan atau tidak, ada segelintir daripada mereka yang difitnah, kuasa yang ada digunakan untuk memuaskan kehendak diri. Dan akhirnya, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kita rakyat yang melihat, dengan senangnya memandang hina pada mereka, tanpa tahu latar belakang mereka. Alasannya "Banduan, mereka semuanya sama, jahat!"

ah, budak-budak sangat. Matang lah sikit, tahu apa tu husnuzon?








maka kesimpulannya, korang faham maksud aku kan. Aku bencikan Melayu majoriti yang merosakkan komuniti. Kerana majoriti yang berperangai busuk, habis satu komuniti dipandang hina.









tapi apa kaitan dengan lagu yang aku dengar tu







begini kisahnya..pada suatu hari, aku sedang condemn lagu Melayu ni..aku katakan bahawa, "Melayu ni suka cari masalah, sendiri cari masalah, bercinta dengan cara yang salah. Lepas tu bila kecewa, buat lagu sedih bagai, layan perasaan yang lemah. Lepas tu kata diri sendiri tak guna, takde sebab untuk hidup lah apa lah"

dan seorang sahabat aku menegur

"Daripada hang bising-bising condemn masalah orang, baik hang bagi jalan penyelesaian"

dan aku balas

"Penyelesaian. Macam makanan yang orang hidang. Orang dah bagi depan mata, dan terpulang kepada diri sendiri untuk makan atau tidak."







lebih kurang macam tu lah ceritanya..takde lah aku nak cerita keadaan yang sebenar, nak bagi korang faham je ni

maka aku come out dengan beberapa idea untuk mengatasi masalah ini..walaupun aku dah memang selalu bagi idea ni kat sahabat aku yang minta tolong..of course secara peribadi. Tak kan lah aku nak selesaikan masalah dia secara terbuka kot, apa ingat aku tak tahu maruah orang ke. Ada masa kita perlu expose, ada masa kita kena sembunyi-sembunyi. Ikut pada keadaan, aku tak kan buat sesuatu tu tanpa sebab..termasuk lah, kenapa aku suka buat dua titik pada hampir setiap ayat, dan bukan tiga titik. Hah, faham?








untuk selesaikan masalah, kita kena tahu apa yang berlaku








Problem statement, kebanyakan Melayu Islam yang bercinta bersungguh-sungguh, sampai lupa fitrah kewujudan dan punca kehidupan. Dan bila berputus kasih, berputus jua harapan. Putus segala-galanya seperti dunia baginya telah tamat. Lantas menterjemahkan rasa kecewa dan hampanya itu kepada dunia, dengan mengilhamkan sebuah lagu, dengan harapan, seluruh dunia tahu betapa sucinya cinta beliau. Murninya hati beliau, dan jahatnya kekasih dia tu sebab tinggalkan dia. Kan? Pandai-pandai korang hadam sendiri lah.








Jadi, daripada permasalahan yang telah saya nyatakan diatas, kita dapat lihat bahawa, punca utama tercetusnya lagu jiwang lagha Jahannam yang dihasilkan Melayu ini adalah kerana jalan cerita cinta hidup mereka. Penting untuk anda tahu, saya sememangnya tiada bantahan pada lagu-lagu yang bersifat keTuhanan, lagu-lagu yang mengingatkan diri yang leka, lagu-lagu yang menaikkan semangat dan lagu-lagu untuk kekasih yang HALAL, ya, kekasih yang HALAL. Walaupun hati aku membenci aktiviti-aktiviti semasa diorang couple, aku tetap mendoakan kebahagian mereka setelah mereka bernikah. Ya, SETELAH mereka BERNIKAH. Membenci maksiat itu wajib, unless hati kau tiada rasa takut pada NerakaNya?








bercinta itu tidak salah, cuma caranya yang salah. No doubt, aku juga punya seseorang yang aku ingin per-isteri-kan. Tapi aku tak pilih untuk mendekati dia dengan apa yang couple-couple sekarang ni buat. Itu bukan jalan cinta yang aku mahu.








aku selalu juga pesan dengan kawan-kawan aku yang sedang single, yang sedang bercouple, yang sedang bertunang (alhamdulillah, yang dah bernikah tu memang aku bangga sangat-sangat dengan korang! barakAllah, semoga redhoNya sentiasa bersama kalian! ^^) bahawa hidup kita kat dunia ni tak lain tak bukan, hanya untuk mencari redhoNya semata-mata. Daripada kita bangun tidur, mandi, pakai baju, berjalan, makan, keluar masuk tandas, sehinggalah kita tidur semula, kita mencari redhoNya. Firman Allah dalam surah adDzariyat ayat 56 yang bermaksud

“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.”
[adDzariyat 51:56]

Jadi, dah kalau kita buat suka hati kita, puaskan nafsu yang tak pernah cukup..rasanya, betul ke tujuan penciptaan kita ni?



Gambar ihsan Google je


Ikhtilat

Pada aku, ini elemen yang paling penting dalam hubungan dengan ajnabi. Bila kita selalu berjumpa dengan dia, macam-macam benda lain boleh jadi. Bagaimana? Mari saya ceritakan.


Mulanya kita katakan,
   "Aku jumpa dia untuk siapkan assignment yang Prof bagi"
biasa kan?

Bila dah lama bersama-sama buat kerja, kita kenal dia, dia kenal kita. Masing-masing saling selesa. Dan untuk assignment seterusnya,
   "Awak dah ada group? Kalau takde lagi, join lah group saya"
juga biasa kan?

Selepas satu, satu lagi assignment..project, presentation..semua nak buat dengan dia. Alasannya, sebab dah biasa, dah kenal hati budi masing-masing.
   "Lepas habis discussion ni, kita pergi makan nak? Saya belanja"
mustahil lah kalau selalu lepak buat kerja sekali, tapi tak pernah keluar makan bersama. Mula-mula tu memang lah beramai-ramai. Tapi last-last, yang lain semua macam nak bagi peluang kita berdua-duaan dengan dia..kawan macam ni bukannya memahami, pada aku, mereka ni kategori jahil dan kejam. Sanggup biar kawan terjerumus dalam lembah maksiat. Sepatutnya dihalang, bukannya di api-api kan, di sweet-sweet kan. Kalau betul nak tolong, tolong halalkan hubungan, bukan biar kawan tu leka dengan cinta dunia yang lagha.

Ok dah

Bila dah selalu keluar berdua, syaitan mula mainkan peranan yang lebih penting, detikkan hati keduanya. Dan masing-masing akan berfikir apa-apa perkara yang boleh buatkan mereka bersama. Tak perlu cerita panjang, bila hati dah suka sama suka, si jahil akan berkeputusan
   "Kita couple?"
Maka dari sini, jalan ceritanya sudah kotor, cinta suci anugerahNya telah bertukar keruh.

Sebetulnya, bukan itu yang patut kita lafazkan
   "Saya rasa..kita patut berhenti berhubung untuk seketika waktu ni. Kalau ada jodoh nanti, insyaAllah.."
dan mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan hatinya, dengan cara yang diredhoiNya



dan bagaimana ingin menjaga ikhtilat? Mudah

1. Berhubung ketika perlu, SAHAJA
2. Hati, tahan hati dari memilih jalan cinta yang sia-sia. Berhenti melakukan zina hati. Antaranya? Mesej dengan ajnabi, tanpa ada motif. Mesej kosong, bermain dengan hati.
3. Kuatkan iman, dekatkan diri dengan Tuhan. Bila diri sendiri dah sibuk dengan memperbaiki diri, mana mungkin ada masa untuk perkara yang sia-sia?
4. Jika terpaksa (macam mana boleh terpaksa entah) pastikan ianya betul-betul penting. Dan jadikan ia perjumpaan yang singkat, bukan berlarutan sampai kucing kat rumah kau sakit pun nak share juga.







macam dah panjang sangat..insyaAllah kalau ada masa nanti, aku sambung lagi





*kan bagus kalau aku boleh menaip sebegini panjang dalam tesis Final Year Project aku. Doakan kami, terima kasih.

wallahualam, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...