photo home.png  photo home.png

29 July 2012

Pandainya Aku

Assalamualaikum

manusia, selagi kita hidup kita akan terus belajar, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang tak terduga besarnya, dari yang wujud didepan mata, dapat dilihat dapat dirasa, sehinggalah yang ghaib dari deria rasa kita yang lima

dan kenyataannya, ilmu yang kita pelajari tak kan pernah habis sungguh pun seluruh air di muka bumi ini dijadikan dakwat pena, dan keseluruhan pokoknya dijadikan kertas untuk ditulis

even kita guna komputer yang infiniti memorinya pun tak kan mampu mencatit setiap ilmu yang boleh kita pelajari

jadi persoalannya kini, siapa kita untuk menuduh dia yang bukan-bukan? adakah kita paham akan situasi sebenar yang dia hadapi? cukup pahamkah kita?

ada sebuah yang aku tengok baru-baru ni (walaupun filem tu filem yang agak lama) cerita di dalamnya memang menyedarkan aku akan sesuatu yang aku tak jangka. aku dah cuba fikirkan yang positif dengan apa yang aku nampak, aku cuba fikirkan sebab yang munasabah kenapa dia berbuat demikian, at last aku pun mati akal, aku pun tak tau kenapa dia buat camtu

macam biasa, rahsia terbongkar bila cerita dah sampai penghujungnya, rupa-rupanya dia menghidap diabetes, ada masanya dia kena cucuk insulin..semua orang ingat dia ketagih dadah

kalau korang, ada korang terfikir pasal benda tu? ok, yang dah tau tu memang la, maknanya korang pernah belajar pasal benda tu, but still banyak benda lagi yang kita tak tahu..
ringkasnya, layakkah kita mengadakan andaian yang buruk akan seseorang itu sungguhpun kita sedar yang kita sebenarnya bukanlah Allah, Yang Maha Mengetahui.

wallahualam
wassalam..

24 July 2012

Dosa dan Taubat

Assalamualaikum

manusia, biasa la, tak akan lari dari melakukan kesilapan, sedangkan para Nabi dan Rasul utusan Allah yang maksum juga melakukan kesilapan, bezanya, selama mana kita berkekalan dengan kesalahan itu, rasa selesakah dengan keadaannya?

cuba periksa hati kita, apakah sebenarnya yang kita rasa semasa melakukan kesalahan; takut, kosong atau seronok?

sepatutnya kita berasa takut, resah, gelisah, serba tak menentu tatkala kita melakukan kesalahan, itu fitrah hati orang yang beriman, dia takut akan balasan yang akan menimpanya
well, ada perkara yang kita sedar akan larangannya tapi tetap kita lakukan kerana kita yakin bahawa taubat kita diterima dan cara 'merawat'nya itu akan berhasil, tapi setiap ketentuan itu hak milik Allah, bukan 100% hasilnya seperti mana yang kita inginkan

dan permasalahan yang cuba aku ungkitkan disini ialah COUPLE, yeah, anda tahu mengapa saya suka bercakap tentang couple, ya, mereka yang berdating tu

antara alasan yang diberikan, mengapa anda berdating
 "saya sukka diyya~"
simpan la, jangan bagitau kat orang, bagi tau Allah, hanya Allah saja tahu yang terbaik untuk hambaNya
 "suka-suka saja ma"
this person is a total player, don't trust them =.=
 "bila dua hati telah bersatu, tiada apa yang dapat menghalang"
puui, apsal korang tak kahwin je
dan alasan yang paling berasap bila aku dengar
 "alah, nanti aku kahwin dengan dia jugak, kitorang memang dah janji la, mak ayah dia dengan mak ayah aku pon dah restui hubungan kitorang, lagipun kitorang dah bertunang, problem??"

think about this, aku tak kisah korang dah bertunang ke, dah buat hitam putih ke, esok dah nak akad nikah ke, tapi kenapa korang berdating, korang still belum sah lagi bukan?

sungguhpun esok kita nak kahwin, dating berduaan itu haram, jelas akan kemaksiatannya, lepas kita kahwin kang ada kita terfikir nak bertaubat dengan dosa dating kita tu, ada? jangan salah sangka, dosa dating tu tak kan terhapus dengan perkahwinan kita, ianya tetap sebegitu sehingga kita bertaubat untuknya
fikir lagi, kalau betul esok kita dah nak akad nikah, tak boleh ke kita bersabar sehari untuk dating yang selamanya sehingga ke akhir hayat itu?
kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat

wallahualam
wassalam

08 July 2012

Artis dan Tudung

Assalamualaikum

Makanya, apabila bercuti, menonton televisyen adalah antara perkara yang best untuk dilakukan. Macam-macam la yang aku tengok, ada yang elok dan ada yang sebaliknya, tapi yang paling menarik perhatian aku adalah..Naruto Shippuden!!
Aku tak tengok pon

Pasal artis-artis tanah air kita, lihatlah apa yang berlaku kepada mereka baru-baru ni..alhamdulillah, aku cukup berbangga, dan dalam hati aku berkata
 “mungkin peranan dakwah di Facebook telah membuahkan hasilnya” skemanya aku
Yes, there’re a few of our celebrities had changed for good, they wearing hijab and subhanallah,  they look so pretty!
Kata sorang artis tu,
 “saya bertudung, berhijab bukan kerana fesyen tetapi yang jelas, tudung saya akan mengikut perkembangan fesyen kerana kita wanita tak akan lari daripada bergaya..” wallahualam, camtu la dia kata
Well, dalam hati aku balas
 “selagi dia tak lari dari garis panduan berhijab tu takpe la~”

Second thing is, what’s the point of wearing tudung if the other part is free for all?? Sama je ko tak pakai tudung~
Does Hana Tajima said, ‘make it your ways as long you’re look beautiful :)..??’ hah, siap ada smiley gitu
Takde kan, setakat yang aku tengok, Hana Tajima punya style masih mengikut garis panduan yang sepatutnya; labuh, tebal, takde bonggol-bonggol bagai..
Tolong jangan kata tak sampai seru atau belum mendapat hidayah lagi, perintah Allah itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan sungguhpun terpaksa, kerana kadang-kala keikhlasan itu wujud dari keterpaksaan, dan hidayah itu pula perlu dicari, bukan hanya dengan menunggu semata
Ingatlah saudara-saudariku sekalian, perkara luar biasa itu akan menjadi biasa jika kita dipaksa mencubanya berkali-kali, tak rugi kita berusaha, manfaatnya juga buat diri kita ;)

Wallahualam
Wassalam..

05 July 2012

Setia

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku masih punya idea untuk berbicara buat kongsian kita bersama, ewah
Memandangkan aku masih muda dan masih belum berkahwin, makanya, masalah couple itu selalulah berlegar-legar diruang pemikiranku, walaupun aku tak couple, aku tetap dikaitkan bersama oleh kerana ada segilintir daripada kawan-kawan aku yang pra-matang tu, cuba menghasut aku untuk mencari seorang awek,,jangan harap la, tak dapat bro, tak dapat..
Dan masalah utamanya ialah tentang kesetiaan, ada yang kata lelaki tak setia dan ada yang kata perempuan yang tak setia
Anyway..korang tau ke apa tu setia?

Jika disemak dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (please jangan tengok kamus tu, aku pakai ayat aku je nih) setia membawa maksud kekal bersama akan sesuatu, tak kira la orang ke, benda ke, binatang peliharaan ke, asal dai dok melekat dengan benda tu je, ha kira dia setia dengan benda tu la
Mari kita fikirkan sejenak, setiakah kita sebenarnya?

Ok, sila lari daripada topik, aku tak nak cerita pasal couple- couple nih, menyampah ok, MENYAMPAH

Kalau suruh korang namelistkan nama member korang semenjak sekolah rendah dulu, sah-sah fail, aku taip berdasarkan pengalaman
Masih korang ingat siapa mereka? Masih berhubungan?
 “ko gile, makhluk tu la dulu yang mengajak aku isap rokok ganja shisha bagai, sumpah aku tak nak jumpe dia dah..”
 “aku memang nak sangat jumpe kawan-kawan aku dulu tapi..aku memang dah lost contact sesangat, dah takde care laen dah..”
 “ade, baru smalam aku jumpe dia, tapi malas ah nak tego, tah dia pon tak kenal aku..tengok-tengok salah orang, gile seyh..”

Well, here’s the solution, rakyat Malaysia penuh dengan budi bahasa kan, kalau kita rasa dia tu memang syaitonirojim yang tak berubah punya, apakata kita selidik dulu, cuba tanya sesiapa yang kenal dia, mungkin dia dah berubah dan dia rindu sangat nak jumpa kita kan, mana tau..dan..tak salah sekiranya kita bertanya, asal kena dengan caranya takpe la, jangan ko sergah dia macam baru semalam maen batu seremban dengan dia, mungkin dia perlu masa untuk cam siapa kita?
Dan cara terakhir sekali yang aku rasa berpatutan, sekiranya dah memang tak jumpa lansung dah. Setiap kali teringatkan mereka, doakanlah kesejahteraan mereka, semoga hidup mereka mendapat keredhaan Allah..

 Jadi..sebelum kita kata kat orang yang mereka tu tak setia, check diri sendiri dulu..setiakah kita? Sejauh mana kesetiaan kita, pada insan, agama, Rasulullah SAW, Allah SWT? Sama-sama kita muhasabah diri..

Wallahualam
Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...