photo home.png  photo home.png

12 March 2019

Hyper Separa Dewasa

Assalamualaikum, salam sejahtera manusia sekalian..



3 tahun lebih dan aku kembali menaip. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan, terlalu banyak wawasan yang aku rancangan dan aturkan. Namun hakikatnya, kita semua hanya mampu merancang, tetap Tuhan juga yang menentukan. Walau sebaik mana dan terperinci mana pun perancangan kita, tetap gagal jika tiada Tuhan izinkan. Dan akhirnya, kita bergerak seiringan dengan arus yang membawa. Mungkin deras, mungkin tenang, namun tetap kita hanyut bersama-sama membawa hati yang redho.



3 tahun berlalu semenjak terakhir kali aku 'menulis' disini. Dan kali terakhir aku berkongsikan kisah tentang, "Apakah betul pilihan aku melamar dia, adakah dia Pilihanku?". Tulisan aku mungkin samar dengan hint yang sengaja aku sembunyikan. Kenapa? Sengaja. Aku cuba sampaikan perkongsian secara universal dan berharap ada isi yang boleh dijadikan pengajaran. Pandangan kita tidak serupa. Jika begini kisahku, tidak serupa sebagaimana kisahmu bukan?



3 tahun mengajar aku kehidupan sebagai seorang pasangan. Menjadi kekasih kepada seorang wanita, menjadi ayah kepada anak-anak, menjadi ketua kepada keluarga, menjadi anak kepada ayah dan mak ku..dan yang paling utama menjadi hambaNya. Menjadi seorang hamba dan khalifah dalam menguruskan hal dunia supaya semua kita dapat merasakan syurgaNya (kita cuba), atau setidaknya meraih redhoNya..lagipun, itu tujuan kehidupan kita..kan?



3 tahun bersama tiga perkara utama yang aku alami. Setelah tamat pengajian dan memulakan kehidupan sebagai seorang jurutera muda.

Bertukar-tukar kehidupan sehinggalah menjadi seorang pensyarah (baca: cikgu kolej vokasional).

Mengejar cinta yang telah lama aku tunggu, 7 tahun bukan penantian yang sebentar. Akhirnya bersama srikandi istikharahku.

Diberi pinjaman harta, dunia dan syurga. Bagaimana memanfaatkan nikmat yang diberikan, zuriat?



Jauh cerita walau hanya 3 tahun berlalu. Nama aku masih Nazrin, dan digelar Hyper buat sebilangan sahabat-sahabatku. Namun hyper ku tiada seperti dulu. Kerana hyper aku kini lebih kepada membawa anak-anak dan isteri mencari redhoNya. Juga kini diamanahkan membawa anak-anak bangsa menjadi hamba dan khalifah sebaik-baiknya.



*lain hari aku cerita, apa yang berlaku selama 3 tahun. Kenapa aku super malas nak menaip..sampai diari aku pun dah terkubur (diari ni aku tulis sampai hujung mukasurat. Cuma diari selepas tu terhenti sebab penulisnya dah patah hati. Sikit)



Aku masih aktif menyampaikan perkataan, cuma tidak se-agresif dahulu.



Dengan kasih dan sayang,
Cikgu Naz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...