photo home.png  photo home.png

14 December 2012

Pemikiran Futuristik

Assalamualaikum

bila di buka topik berkenaan masa depan, apakah yang terlintas difikiran kita? kehidupan manusia yang serba maju, mudah dan pantas. perbandaran terancang rapi dengan struktur serba melengkapi, cukup memukau setiap pasang mata yang melihat! subhanallah, dengan akal yang dikurniakan, manusia berjaya mengubah cara hidup manusia kepada yang lebih baik, walau bezanya cuma 1 tahun, cukup membuatkan seorang bayi berjaya melakukan langkah pertama menjadi seorang manusia

namun, seiringan dengan itu, mampukah akidah dan keimanan kita terus meningkat sebagaimana menaiknya taraf hidup kita?
Saat Nabi ditanya, “Ya rasul, siapakah orang mukmin yang paling pandai? Nabi menjawab, “Mereka yang sering mengingat mati dan (tekun) mempersiapkan diri menghadapi kematian. Mereka pergi dengan kelegaan dunia dan kemuliaan akhirat.”
sekiranya anda termasuk didalam golongan orang-orang yang merancang, atau menduga masa depan, tahniah, anda seorang yang pandai. maknakata, kita sudah bersedia untuk melakukan apa yang perlu dan menerima apa yang tidak dijangka

setengah orang, apabila ditanya akan perkara yang ingin mereka lakukan, mereka menjawab
 "tak tau, tengoklah keadaan macam mana"
ok, tak salah..cumanya mungkin kita tidak bersedia menghadapi keadaan yang tak terjangka
 "ko nak buat apa lepas ni?"
 "tengok lah macam mane. kalau dia pergi, aku ikut, kalau tak, aku jalan sendiri pon boleh.."
dan kalau situasi tak seperti yang kita jangkakan, at least kita dah merancang apa yang perlu, lepas tu usaha yang termampu dan tunggu je Allah tetapkan

berkait dengan caption gambar di atas, kenapa orang yang mengingati mati itu dikatakan sebagai orang yang pandai?

ha..cuba korang jawab soalan aku ni, macam mana mamat skema kat sekolah korang tu dikatakan pandai? adakah kerana pakaiannya atau kerana persediaannya menghadapi soalan-soalan yang diajukan?

see, basically that person are prepared enough before they are being tested. that is why they can easily answer any question that given.

so bila korang tengok diorang boleh jawab soalan tu dengan relax je, korang kata diorang pandai. dan diorang pandai kerana diorang bersedia, diorang tahu apa yang diorang akan hadapi, diorang fikirkan apa yang akan berlaku kemudian.

tapi kadang-kadang, spontan itu perlu disaat-saat kita kekurangan masa, macam presentation. but before that, kita kena pastikan yang ilmu yang kita ada, cukup untuk berhujah, kalau tak..sesat gamaknya!

wallahualam
wassalam..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...