photo home.png  photo home.png

28 April 2012

Kenikmatan Dunia

Assalamualaikum

setiap kali aku masuk bilik, akan terpampanglah wajah-wajah roommates aku, walaupun dua orang, yang sedang serius mengadap laptop masing-masing, tapi bukan setiap masa la kan, ada la time-time dia, kadang-kadang tu diorang study la jugak, budak U la katakan..hek ey, ye ye je..

dan dalam masa yang sama aku terfikir, bezanya aku dekat sekolah dulu dengan sekarang ni ialah, dulu kat sekolah, aku tak bawak handset dan laptop bagai ni, but still aku boleh hidup, dan aku rasa, dugaan itu kurang menimpa

bukan aku punya
macam ni, korang semua ada benda-benda yang terpampang diatas bukan? maka seharusnya korang tau bahawa nikmat yang korang, ok, aku sekali, nikmat yang kita rasakan ini bukan untuk dirasai semata, tetapi untuk dimanfaatkan buat yang lainnya..

dan seiringan dengan itu, ia turut membawa risiko, ya, cabaran yang menduga iman..mari kita lihat sejenak perbandingan antara Si Miskin dan Si Kaya

Si Miskin
sebuah rumah usang, sepasang selipar buruk, beberapa helai pakaian yang agak koyak rabak, makanan sekadar mencukupi..tu je

sentiasa dia akan beringat terhadap Allah agar selalu dirinya bermohon diperbaikkan kehidupannya, tiada perkara yang melalaikan, tiada apa yang perlu dijaga sehingga terlupa akan perkara yang lebih penting untuk mengingati Allah

Si Kaya
sebuah dua buah tiga buah rumah besar, kereta empat biji, superbike bersepah, basikal fixie lapan, henset tiga empat lima biji, tab dua, tv LCD 40inci tiga, kasut branded dah berterabur dah, baju oversea berhelai-helaian, dan sebagainya..

dia akan asyik bersama harat-bendanya yang melimpah-ruah bagai mencurah-curah ke ladang gandum tu, disamping menjaga kalau-kalau ada anasir jahat cuba membikin onar..lantas dia terlupa untuk bersyukur..nauzubillahi min zalik

give no prize, later Allah will payback
fokus utamanya disini, bukanlah harta yang banyak mampu membuatkan kita lupa daratan tetapi impaknya terhadap iman kita yang senipis kulit bawang ini. alhamdulillah dengan rezeki yang telah Allah berikan dan semoga dapat kita beramal dengan lebih baik dengan kurnianNya, insyaAllah..

wallahualam
wassalam..

03 April 2012

Rupa Rupanya

Assalamualaikum

aku sedang menaip untuk post  ni, sambil berfacebooking dan mendengar lagu Anugerah Istimewa by Mirwana dikala membuat assignment semasa bersms, aku seorang multitasker yang hebat bukan?
ok, tu semua takde kaitan dengan post aku kali ni, saje nak bangga seminit, nak cerita je..betapa aku mampu mengawal situasi..maknanya korang pun mesti boleh punya kan? ha.. (pandai tak aku cover)

jangan manis terus ditelan, pahit terus dibuang. Don't judge the book by its cover, hitam tak semesti buruk, putih tak semesti cantik. pandangan luaran yang kita sangkakan itu kadang-kala tidak menunjukkan sifat dalamannya

tapi hakikatnya, the cover tells the story inside of it




Story 1
situasi : dua orang perempuan di kafe
"weyh, kasot baru kot, mane dapat ni"
 "tandas doposen"
 "ko jumpe?? untong ar~"
 "kat kedai kasot la mengkarong.."
 "ouh, kedai kasot..brape ko beli ni?"
 "dalam dua ratos camtu"
 "mak ai, kasot cikai harge dua ratos? ape kes.."
 "tah, aku tengok brader jual kasot tu cute, aku beli la"
 "hah, ye ke? kedai mane ko beli ni, ce cite ce cite"
seorang lelaki terdengar,
 "ko beli kasot ni sebab penjualnya cute? ko ingat ko beli kasot kat dia, dia boleh jato cinta dengan ko la? anganan kosong~" sambil membuat muka hampagas, dia berlalu pergi

Story 2
situasi : seorang guru dan dua orang pelajar, seorang kecil dan seorang besar, di dalam sebuah kelas
 "saye nak awak ( si badan besar ) jadi wakil pelajar untuk berucap nanti"
 "tapi dia ( si badan kecil ) lagi bagos cekgu, saye bukan pernah berucap pon"
 "saye nak awak yang berucap, lagipun dia dah banyak kali berucap, kali ni biar la awak pulak, awk tau, yang datang nanti bukan orang biasa, VIP VVIP yang datang awak tau"
 "jadi apa bezanya kalau saya ( si badan kecil ) berucap berbanding dengan dia ( si badan besar ) ?"
 " dah dah, saye tak nak cakap banyak, nanti saye sediakan teks dan saye nak awak baca dan pahamkan teks tu"
dua orang guru lain yang terlihat akan situasi itu berkata sesama mereka sendiri,
 "kenape, dia ( si badan kecil ) tu tak layak berucap depan VVIP sebab saez dia tak melayakkan dia jadi wakel pelaja? saiz itu penting ke?"

Story 3
situasi : dua orang lelaki di perpustakaan
 "ko tengok mamat tu, dia tu bukan pandai mane pon, ngade amek kos susah-susah tu buat ape, carik pasal je"
 "dia amek kos ape kat sini?"
 "teknologi maklumat, dah tau awak tu tak pandai, pegi je la institut kemahiran ke..tak pon kerja teros"
 "emh, patot la dia tak boleh skor dalam kos dia tu.."
 "apsal plak?"
 "dia tu hebat dalam bidang agama, memang btol la ape ko kate tu, salah amek kos da.."
 "owh, bidang agama.."
 "ko kate dia salah amek kos tadi kan?"
 "ha? hah, haah haah, he~"
dan saudara tersebut berlalu..
 "Assalamualaikum.."


anda semua telah besar panjang, anda mampu memahaminya..

wallahualam
wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...