photo home.png  photo home.png

28 April 2015

Weh, pinjam kau punya jap?

Assalamualaikum

Sihat? Kita alhamdulillah sihat. Cumanya..nak tanya khabar awak lah, ye lah, sebab dah lama tak bertegur sapa kan. Ingin juga tahu apa perkembangan awak kat sana. Sihat ke, makan cukup ke, hidup selesa ke..

Tujuan kita update Blog ni bukan sebab apa..cuma ye lah, macam kita cakap kat atas tadi..nak tanya apa khabat awak kat sana. Dengar ceritanya ahamdulillah senang-lenang..baguslah, kita pun tumpang gembira. Ikhlas, kita tumpang gembira.

Sebagai seorang kawan, kita nak sangat-sangat awak ada dekat dengan kita. Pergi sekolah sama-sama, keluar melepak sama-sama, kalau boleh, selamanya kita nak sama-sama dengan awak..tapi awak macam dah jauh dari kita. Awak dengan kita dah tak macam dulu..

Kenapa? Kita nak tahu, kenapa awak dah tak macam dulu. Awak marahkan kita ke? Kita ada buat apa-apa yang awak tak suka? Kalau ada, bagi tahu lah..kita minta maaf. Kita tahu yang kadang-kadang tu, kita ni tak macam yang awak duga. Kita tak baik macam malaikat, setia beribadat pada Tuhan. Kita sedar, kadang-kadang tu memang kita ada buat silap..tapi kita tak tahu. Kita ingat awak gembira..

Atau awak rasa serba salah dengan kita? Awak ada buat salah dengan kita ke? Cerita lah..mungkin benda tu dah berlalu, kita tak kisah pun..awak kan kawan kita, tak kan kita nak marah ^^












sebab kau pinjam barang/duit aku, memang aku tak marah, cuma rasa macam dikhianati lah. Kata nak pulangkan, tapi sampai sekarang haram tak tahu apa cerita. Jangan cakap aku terlupa, aku sentiasa ingat apa yang kau pinjam daripada aku. Memang aku ikhlas nak bagi pinjam, tapi dengan harapan kau pulangkan lah..atau kau anggap yang bapak aku bagi duit suruh beli untuk kau?





buat muka tak bersalah

sumpah aku tak kisah sebenarnya orang nak guna barang aku tanpa kebenaran, memang aku rela dengan ikhlas hati kalau kau nak guna. Sebab aku percaya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Tak salah kalau nak berkongsi apa yang kita ada. Tapi kau sebagai peminjam, beradab lah juga..tak pernah belajar adab meminjam hak orang lain?











secara terperincinya, adab meminjam hak orang lain ni terpisah kepada dua iaitu harta benda dan duit. Tapi dalam post aku kali ni, aku nak bebel tentang meminjam secara umum. Ya, adab meminjam hak orang lain











no doubt, aku pun pernah pinjam barang kawan-kawan aku. Tapi aku meminjam dengan akad dan memulangkan semula di tempatnya atau pada tangan si pemberi pinjam itu sendiri, atau dilihatnya sendiri. Aku rasa aku bertuah sebab dari kecil lagi, ayah aku ajar supaya tidak bergantung kepada orang lain. Alhamdulillah, setiap apa yang aku perlukan, aku rasa semuanya ada, dan tak perlu meminta-minta daripada orang lain..dan kau bukanlah daripada golongan orang yang senang yang minta apa sahaja, tiba-tiba muncul depan mata. Aku mungkin nampak mewah dengan hidup, tapi hakikatnya, itu semua pesona dunia. Harta apa yang kekal hingga ke alam akhirat?

aku pun tak pasti celah mana yang menampakkan aku ni macam orang yang mewah..mungkin sebab tu diorang suka pinjam-pinjam daripada aku tak?





jumpa kat Google je

1. Akad
apa ingat kahwin je ada akad? Akad ni suatu lafaz yang diungkapkan sebagai ganti kepada jaminan. Tapi selalunya, akad ni tak boleh nak pakai sangat. Bukan sebab ianya tak berguna, tapi sebab sikap manusia yang tak menepati perkataannya. Sembang lepas pinjam pulang balik, tak lama pun, sehari dua je. Tiba-tiba dah setahun dan barang tersebut terus hilang tanpa kesan. Ajaib bukan? Jangan nak tiba-tiba declare yang kau seorang ahli silap mata bertaraf David Copperfield, aku kenal kau. Kalau setakat nak hilang masa waktu kelas tu aku percaya. Tapi kalau kau kata barang aku tu rabbit yang telan, kau dengan rabbit aku telan sekaligus.

disini menerangkan bahawa manusia itu seorang munafik. Apabila berkata, dia berbohong, apabila berjanji, dia mungkiri. Nauzubillah min zalik





mengendalikan dengan penjagaan (Google Translate)

2. Cermat
aku tahu kalau kau ni spesis perosak, pantang tengok benda elok semua nak dijahanamkan. Tapi mengagaklah kalau kau guna barang orang lain, bukan harta kau sahabat oi.

aku boleh kategorikan dua jenis barang yang dipinjam, satunya bersifat pegun, dan satunya bersifat mudah alih. haha..aku pun tak confident dengan apa yang aku taip. Kejap lagi ada lah yang datang bash aku kata aku sesat ingin menyesat lagi menyesatkan. Hahaha..ramm

objek pegun yang aku maksudkan ni bukanlah benda yang statik tidak bergerak daripada kedudukan asalnya (tudia student engineering) tapi maksud aku, benda tu tak habis kalau digunakan. Contohnya, baju, kasut, jam tangan, kereta, buku, helmet dan lain-lain. Barang yang sebegini kalau digunakan dengan cara yang salah, teruk-teruk pun akan rosak, patah, pecah, bocor, meletup..ya, pernah meletup.

manakala objek mudah alih (pfft, apa jadah aku taip ni) adalah objek yang boleh habis kalau kau guna. Antaranya adalah sos, minyak, pen, gas memasak, kertas..kalau kau minta kertas dia banyak-banyak, habis lah stok dia. Barang ni perlu digunakan secara perlu je. Takde nak lebih-lebih. Nak lebih kau beli sendiri. Orang dah bagi guna tu berpada lah..kalau habis, digantikan dengan yang baru. Kalau kau guna sampai botol sos tu pun kau telan, lepas tu kata kucing blok sebelah rembat sebab lapar sangat, apa lahanat? (lahanat itu dialek Melaka, mohon belajar dan jangan terlalu cepat menghukum)











3. Bertimbang rasa
if you don't speak Malay, bertimbang rasa means considerate. It is mean being sympathy to the others as they also need what ever you need, and perhaps, they are more eligible than you.

aku taip tesis FYP aku dalam bahasa Inggeris kott

semestinya, bukan kau sorang je nak guna benda tu, orang lain pun nak pakai juga. Kalau selamanya kau nak pakai benda tu, habis tu, apa guna member kau tu berhempas pulas kerja part time kat 7-Eleven? Kau pernah tahu kalau-kalau dia nak guna barang dia tu? Tak pernah minta..siapa yang pinjam barang siapa ni~







cuma aku nak kau relax dan fikir sejenak..apa hak kau meminjam barang orang tanpa redho dari tuannya. Apa kuasa kau nak lawan dan kuasai pinjaman Tuhan kat dunia ni. Aku tak pasti apa yang kau cari, tapi kita semua diciptakan demi satu misi, mencari redho Ilahi. Dan penciptaan kita sebagai khalifah dan abid hanya untuk beribadah kepadaNya semata-mata. Mungkin tiada kaitan dengan post aku kali ni, tapi ini adalah misi kita yang sebenar, mencari redhoNya. Tugas kita sebagai manusia yang berpesan-pesan sesama saudaranya tentang kebenaran dan hakikatnya disampaikan dengan penuh kesabaran.











*semoga si peminjam-peminjam tu beringat untuk pulangkan barang-barang aku yang korang pinjam. Aku nak pakai ke tidak, itu hak aku. Kau dah habis pinjam, pulangkan. Jangan sampai aku hilang kepercayaan dengan kau

wallahualam
wassalam..

23 April 2015

Tesis vs Buku Amalan

Assalamualaikum

tidak perlu untuk aku ulang atau sebut berkali-kali. Ya, alhamdulillah dan insyaAllah, aku dan rakan-rakan aku yang lain kini sedang berada di tahun pengajian yang terakhir sebelum bergelar graduan Universiti Sains Malaysia. Dan perkara yang sinonim bagi kami sebagai pelajar tahun akhir adalah Projek Tahun Akhir, a.k.a. Final Year Project (FYP), jarang orang sebut PTA kan? Projek Tahun Akhir?

(nanti-nanti lah aku sambung post aku yang lepas, banyak sangat bercinta hati jadi lalai..kalau bercinta dengan Tuhan takpe lah juga, ini bercinta sesama makhluk yang ajnabi..kalau kena dengan caranya takpe lah. Ini kes yang bercinta sampai lupa dunia, lupa agama, nauzubillah min zalik..mengapa terjadinya perkara yang sebegitu?? ok, aku dah mula dah)











Mari fokus kepada tajuk yang nak aku bebelkan












korang sendiri pun perasan kan, aku dah lama tak post something kat blog aku ni kan (itupun kalau korang ikut update Blog aku ni kan). Well, nak kata kat korang yang aku ni dah tahun akhir, konon-kononnya busy lah nak selesaikan urusan dunia..bukannya kerja apa pun, busy menyiapkan assignment, siapkan projek, buat slide untuk presentation, kejar submission date..sibuk berjalan merata hala, kononnya nak menikmati keindahan ciptaan Tuhan, bagi mengubati jiwa yang lalai kerana merindui dunia yang serba sementara..okay no doubt, memang rasa rindu tu kita tak boleh nak halang, tapi ada cara lain yang boleh kita amalkan untuk mengubati kerinduan tu. Selain daripada berdoa, kita boleh, join usrah, hadiri majlis-majlis ilmu, sibukkan diri dengan aktiviti yang kita suka..aktiviti yang baik lah, bukan aktivit yang lagha. Then kita akan sedar betapa nikmat merindui adalah anugerah Tuhan yang tak patut kita sia-siakan dengan cara yang tidak sepatutnya. Bahkan kalau kita dapat nikmatinya dengan cara yang betul, maka kesannya baik untuk diri kita dan dia.

eh, aku cakap pasal apa ni









dah, jangan nak mengarut. Aku bagi tips untuk kawal rindu je sebenarnya. Takde pasal lah aku ada awek ke hape..just someone that I wish to be my wife in the future


dah dah, sudah. Itu aku cerita lain tempat











Basically, terdapat lima chapter dalam menulis tesis. Just want to give you some idea, there are Introduction, Literature Review, Methodology, Result and Discussion, and Conclusion. Antara syarat yang telah ditetapkan kepada kami, penulisan tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 50 muka surat dan ke atas. Dan korang boleh tengok betapa kami bertungkus lumus menggoreng ayat tesis kami untuk mencapai 50 muka surat tersebut. Hangit tak hangit lain cerita, asalkan sampai 50 muka surat, dan submit kepada supervisor untuk penapisan sebelum dihantar kepada pusat pengajian. Nasib aku baik sebab dapat supervisor yang memang dahsyat dalam bab goreng-menggoreng. Layak tak layak dia tu, korang boleh cuba search sendiri kehebatan beliau..mungkin secara umumnya beliau tak berapa nak famous, tapi dalam dunia kejuruteraan, beliau antara insan yang hebat, dan aku rasa macam nak taip acknowledgement tesis aku kat dalam post ni. Nampak tak betapa sayangnya aku dengan beliau

ehem

Professor Ir Dr Hj Md Azlin Md Said




Jadi, tebal tak tebal korang boleh imagine sendiri macam mana tebalnya hard bound tesis kami kelak. Itu baru tesis, belum masuk lagi header, table of content, abstract, acknowledgement..acknowledgement paling panjang, ini aku boleh goreng kaw-kaw bagi dia terpesona dengan penghargaan dan seterusnya terbuka hati beliau untuk bagi markah yang comel untuk aku. Nampak permainannya?

Dan references dan appendix..part ni pun menyumbang dalam menebalkan penulisan tesis. Aku bertuah kerana dalam bidang Kejuruteraan Awam, terdapat banyak detailing seperti drawings, data output from software, manual calculation, billing, cost estimations..haha (speechless sekejap sebab banyak sangat..dan aku tak pasti samada untuk gembira ataupun berduka)

Persoalan timbul, berkualitikah tesis aku yang setebal itu? Bagaimana dengan buku amalan ku? Tebal kerana yang baik atau yang buruk? Apa tebal buku amalan ku jika sepenuh masa ku ditumpukan pada tesis ku ini?








Memang kadang-kadang tu susah nak jadi seorang Nazrin Izhar bila semua benda yang berlaku kat sekeliling ni nak dipersoalkan setiap masa, aku letih lah..rasa macam nak jadi kucing ke, burung ke..kerja merayap cari makan, bila lemau sangat, tidur.

Bergurau, aku bergurau.









Secara ktia tak sedar, kita telah terlalu lama risaukan dunia. Kita kejar perkara yang sia-sia, yang tak kekal. Lupa bahawa kita ada alam akhirat, yang mana alam yang kekal, kehidupan selepas mati. Kita terlalu sibuk nak siapkan ini nak siapkan itu, nak dapatkan ini, nak dapatkan itu..tapi lupa nak dapatkan saham untuk kehidupan disana. Bukan nak kata yang dunia ni lagha sepenuhnya, tapi kita perlu seimbang dalam mencari keredhoanNya. Mardhotillah kata kau.

Perumpamaan ayng mudah daripada apa yang aku hadapi sekarang ni. Sibuk nak tebalkan tesis, supaya hati puas, supervisor tak kecewa, universiti boleh berbangga, mak ayah tumpang gembira. Tapi lupa untuk bersyukur, lalai sehingga melewatkan solat, berbagai alasan untuk amalan sunat yang lebih, nauzubillah..apa tujuan asal kita menulis tesis?












Situasi yang sama berlaku semasa mneghampiri musim peperiksaan. Semua pelajar bertungkus-lumus study sebab nak cover balik kelas yang diskip, nak cover balik topic yang terabai..dan bila dah sampai limit, kau stop study, dan bertebaran di muka bumi, konon-konon nak release tension. Dan sedar-sedar, esoknya dah start paper. Dalam keadaan terdesak, kepala kau fikir nak men-toyol je, memanjang leher tatkala exam sedang berlangsung, mem-psst-psst dengan member depan belakang, walaupun hakikatnya kau tahu yang diorang pun sama je bertebaran dengan kau semalam, diorang pun men-toyol juga.

Soalan berbangkit, untuk apa kita past examination dengan result yang pelangi (pass with flying colours) sehingga kita sanggup menipu? Belajar untuk dapat result yang pelangi atau belajar untuk mendapatkan keredhoan Allah? Maka bertanya juga pada diri sendiri..untuk apa?












Bukanlah nawaitu aku nak hasut korang bersambil lewa dengan tesis korang, tak..aku bermaksud untuk menyedarkan niat kita di dalam medan ilmu, untuk apa kita kejar semua ni. Memang seronok tengok tesis kau menebal macam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keEmpat, walau isinya gempak tahap dewa seperti penulisan Mat Luthfi di dalam bukunya yang bertajuk Catatan Mat Luthfi (pinjam nama jap bro) tapi tak dapat pengesahan, yakni keredhoan dari Tuhan..jauh mana pun kau boleh bawa tesis kau tu, boleh jadi tiket masuk syurga ke? Unless kau memang power dengan hasil tesis kau yag sangat bermanfaat dan menjadi saham setelah kau tinggalkan dunia ni, iaitu ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain..subhanAllah, ini lah manfaat daripada pembelajaran kita yang kita patut miliki!

Semangat jap






credit to iluvislam.com





As for the conclusion, aku bawakan pepatah Arab yang bersesuaian dengan pendirian seorang pelajar iaitu ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON YANG TIDAK BERBUAH. Bermaksud, ilmu tanpa amalan seperti perbuatan yang sia-sia. Jika tidak diamalkan atau disampaikan, ianya akan dilupakan dan masa yang digunakan untuk mempelajrainya dahulu dikira sia-sia.

Pernah ditanya kepada Nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai oleh Allah taala,jawab baginda “Amal yang sedikit tetapi berterusan” (Riwayat alBukhari dan Muslim)

Istiqomah, walaupun tidak berstatus manusia yang berilmu, menjadi pendakwah aktif yang sudah cukup bermakna. Teruskan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran








bagus juga aku ada Blog ni, sedikit sebanyak aku terdidik untuk menaip secara berhemah, secara tak langsung memberi pendedahan untuk menaip tesis secara beretika..siap citation dan sumber lagi kata kau

doa kan kami dan saudara-saudara Islam kita yang ditindas, yang sedang berjuang, yang ditimpa musibah, yang tidak bernasib baik..semoga bermanfaat untuk kita bersama. Jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak. BarakAllah



wallahualam, wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...