photo home.png  photo home.png

31 December 2011

islam vs ISLAM

Assalamualaikum

memandangkan kita dah nak kiamat, hah, tiba-tiba je pulak kan, umur dunia kian melanjut tua kian lemah seiringan dengan keruntuhan akhlak kalangan kita sebagai Khalifah di dunia ini,
bahasa mudahnya, semakin hampir kita dengan kiamat, semakin rosak akhlak manusia, tak kira Islam ataupun tidak, kesedaran itu ada namun terlalu nipis, sehinggakan tak mampu berbuat apa-apa.

tapi fokus aku kali ini adalah kepada kita yang yang bergelar Islam, apakah yang dimaksudkan dengan agama Islam, siapakah yang memeluk agama ini, bagaimanakah cara hidup mereka sebagai seorang Islam, adakah kita seorang ISLAM? segala persoalan bakal terjawab (tak ada lah..gurau je), insyaAllah, apa yang aku ada, aku kongsikan..


sebelum tu, untuk mengelakkan tersebarnya ajaran sesat Nazrin Izhar, lebih baik aku tak payah taip tentang benda yang aku tak fasih, tahu tu memang tahu, tapi tak fasih, maka lebih elok kalau aku tak cerita, kan?

sebagai seorang Islam, korang pun tahu apa maksud Islam kan, Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu sehari semalam, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

terbuka buat setiap insan, tidak kira hitam mahupun putih, tua mahupun muda, kecil atau besar, cacat atau sempurna, sesiapa sahaja layak memeluk agama Islam, tiada pangkat darjat kelayakan yang diperlukan.

Islam, agama yang sempurna, merangkumi segala aspek, cukup lengkap dari segala segi. setiap perlakuan itu ada adab tertibnya, bukan bertujuan untuk menyusahkan, malah memudahkan bagi mereka yang memahami ertinya yang sebenar, dan Islam itu tidak sesekali pernah mengajar keganasan, begitu juga perkara-perkara mungkar.

jadi persoalannya, adakah kita islam, mahupun ISLAM?
tengok, perkataan pun punya maksud tersirat, ha..

ISLAM yang aku maksudkan disini ialah mereka yang memeluk agama Islam dengan sepenuh hatinya, cukup sekadar mengikut segala perintah Allah, betul-betul mengikut perintah Allah, itu sudah melayakkan anda bergelar ISLAM. antara ciri-ciri mereka yang dapat aku senaraikan adalah:
-menjaga waktu solat
-menjaga aurat
-menjaga pertuturan
-menjaga pergaulan
-menjaga pancaincera
-dan menjaga yang selainnya (banyak sangat nak senaraikan)

manakala islam yang aku maksudkan disini ialah mereka yang beragama Islam, tetapi tidak berperwatakan Islam. ayat mudah, Islam pada gelaran, sekadar di MyKad juga dinama, yang lain, out of order (ayat apa aku pakai ni?) ciri-ciri mereka:
-solat suka kira burn
-maksud aurat tidak wujud dalam kamus hidup
-cakap ikut sedap 'irama'
-prinsip lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki
-skodeng selagi mampu
-bergaya supaya dipuji dan digilai dan dapat diriaki dan lagi lagi lagi
-dan banyak lagi, betul, banyak sangat samapai kita tak sedar yang kita pun selalu amalkan, erk
jangan risau, jika anda berada didalam golongan ini, anda masih seorang Islam, tetapi bukan seorang Islam yang berkualiti


sehubungan dengan itu, tidak perlu dikhuatiri akan ketidakkualitian anda itu kerana ia mampu dipertingkatkan lagi agar lebih mantop. apa yang perlu hanyalah kesedaran, kesedaran akan membawa kita kepada perubahan, kuatkan hati, paksa diri demi untuk menyelamatkan keadaan. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selagi belum tiba hari kebangkitan, insyaAllah taubatmu itu akan diterima. ^^

ayuh sahabat mari kita bersama menjadi seorang mukminin dan mukminat yang lebih berkualiti
moga lebih bermanfaat buat diri kita, masyarakat kita, agama kita, insyaAllah..
wallahualam
wassalam..

30 December 2011

Senang Kau Cakap

Assalamualaikum

akhir-akhir ni rajin pulak aku update blog aku ni kan, haha..tu la, rasanya macam ada je benda yang aku nak ceritakan, semakin meningkat dewasa ni kan, semakin banyak la yang kita tahu, semakin banyak la yang kita fikir, semakin banyak masalah akan timbul, takpe, bersabar je, tenangkan fikiran, sentiasa ada jalan penyelesaiannya, dan ingat, bunuh diri bukanlah satu langkah yang terbaik, malah terburuk sesangat buruknya lah.


aku teringat kata-kata Imam Muda Asyraf tu, memang senang bagi para kaunselor, penasihat-penasihat, guru- guru dan rakan-rakan sekalian (dah macam ucapan perhimpunan lah pulak..) untuk memberi kata putus bagi mereka yang menghadapi masalah (bukan ayat dia yang sebenar, aku tokok tambahkan sikit)
 "cekgu, tolong saye cekgu, buku saye dah hilang kene makan dengan kucing saye, betol cekgu, percayalah~" kucing makan buku, ??
 "hentikan sandiwara mu itu wahai Ahmad, segera siapkan kerja rumah mu itu dan hantar kepada ku dalam masa 27 saat, bermula dari sekarang" cikgu BM, macam tu la..
memang mudah bagi mereka yang sudah berpengalaman lagi berpengetahuan, setakat benda macam ni, huh, hujung jari je lah..hujung jari ke petik jari? android~ =_='

awas, masalah bakal menjadikan anda 'hebat'

jika kita benar-benar mahu bantu mereka yang dalam kesusahan ni, kita kena selami mereka, fahami mereka, andaikan diri kita adalah mereka, apa yyang sebenarnya meraka perlukan dengan keadaan mereka yang sedemikian, aku pun pernah buat jugak..
 "naz, tolong aku naz, aku dah x tau nak bwat ape dengan awek aku, aku sayang dia tapi.."
 "ko clash"
 "tapi"
 "a a, takde tapi tapi, clash je teros, ape susah, kate kat dia, kite putos, clash, that's it"
 "ye la..(dengan nada hampa dan kecewa, dalam hati punya la..tak tau macam mana nak buat sebenarnya)"
nampak tak? dia hantar masalah untuk diadu kepada orang yang salah
hahaha

senang je kita cakap buat ni buat tu, tapi kita tak sedar, betapa susahnya bagi mereka untuk melakukannya. faham betul-betul situasi mereka, lebih mudah jika kita sendiri punya pengalaman, dan pengalaman tu boleh la dikongsikan, mana tahu, ada yang dapat membantu.

dan kalau kita yakin yang kita memang pemusnah harapan yang tak dapat disangkal lagi, maka serahlah masalah tersebut kepada orang yang mungkin lebih arif dengan masalah tersebut, tapi ingat, ada perkara yang perlu kita sembunyikan, jangan sesekali buka aib orang lain, kelak Allah akan membuka aib kita dihadapan khalayak manusia, ha..jaga-jaga~


la tahzan, setiap masalah itu sentiasa ada jalan penyelesaiannya, cuma hasilnya mungkin berbeza dan tidak sebagaimana yang kita jangka, tapi sekurang-kurangnya, terselesai lah jugak masalah kita tu kan, insyaAllah, Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamabaNya yang beriman, insyaAllah..

wallahualam
wassalam..

28 December 2011

Berubah..?


Assalamualaikum

alhamdulillah, itu satu keutamaan apabila kita berjaya mencapai sesuatu, kita harus berterima kasih dengan Allah, kerana tanapa keizinan dariNya, tiada satu benda akan terjadi, sebegitu juga dengan penghargaan kita buat mereka yang berjasa dengan kita, alhamdulillah harus terpacul terlebih dahulu sebelum ucapan terima kasih, faham maksud aku kan?

aku rase senang sikit bila dapat menaip, maklum la, nawaitu tu kuat, tapi keazaman nak melakukan tu kurang. Bercakap tak kesampaian, menaip pun jadilah..harap-harap sesiapa yang membaca post aku ni, dapat ambil iktibar dengan apa yang aku cuba kongsikan dan insyaAllah, kalau ada apa-apa kekurangan atau kesalahan, sama-sama kita perbaiki, korang salah kami bantu, aku salah korang bantu, semoga kita dapat menjadi Mukminin dan Mukminat yang lebih berkualiti, insyaAllah..

akhir-akhir ni banyak benda yang aku nak ceritakan tapi kemalasan tangan tidak tertahan, hanya hati dalam ni saja dapat memendam (apakah..)
ouh, aku tercari-cari, ada tak device yang boleh taipkan apa yang kita cakapkan (ni kes malas punya pasal la ni), rupanya memang ada, operating system android 2.3, apa yang kita cakap dia boleh detect ouh..haha
(orang lain semua dah tau la Nazrin.. =.=') ya, aku sudah terpengaruh dengan dunia teknologi, urh..

ok ok, kita ketepikan RotiHalia dan sebagainya itu, ayuh kita fokus pada perbincangan kita yang sepatutnya dah sampai kat tengah-tengah pengisian,
ni mukadimah tak start lagi ni, adess


pada 27November yang lalu kita telah mengalami fasa baru dalam hidup kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini, ya ya ya, Awal Muharram telah berlalu dan kita kini berada di tahun 1433H, tahun yang kian mencabar dengan pertumbuhan godaan yang semakin pesat membangun.

jadi, apakah persiapan kita bagi menghadapi para penduga ini? cukupkah dengan android 1.6 anda tu? (tengok, kuat tak pengaruhnya terhadap aku) segalanya kini telah berubah, jika dahulunya para penjual ayam goreng hanya dijual di kedai makan, makan dengan nasik putih. hanya berbekalkan sos dan rempahnya yang berbagai tu, sudah cukup untuk menarik minat para peminat ayam goreng untuk singgah di kedai mereka sambil melabur saham untuk perut dan nafsu mereka, mungkin. tapi kini, ayam goreng lebih mudah didapati, restoran ada, pasar malam ada, yang macam gerai burger tu pun ada, ya, ayam-ayam kini lebih berkuasa.
sehingga aku pun tergoda..malam tadi aku lepak KFC dengan sahabat-sahabat aku sampai pukul 3pagi, makannya bukan banyak pun, sembangnya je lebih, kongsi pendapat la katakan..

jadi bagaimana caranya untuk para penggila ayam terbabit ingin menahan nafsu mereka dari terus bermaharajalela? jika anda mencarinya disini maaf, saya bukan penyelesainya
ye la, lain orang lain karakternya, ada yang boleh dengan cara ni, tapi ada yang tak boleh dengan cara ni
jadi penyelesaiannya terletak di dalam diri anda sendiri, anda perlu bertindak sendirian kerana hanya anda sendiri yang memahami akan diri anda sendiri (ha?) orang lain tak akan faham sebagaimana anda memahami diri anda, mungkin orang kata
 "ko tak elok la pakai tie, nampak hodoh gile" seriously, dia memang jujur
tapi kita tahu, mengapa kita mesti pakai tali leher
 "ko nak kene buang keje? ha, ko buat la.." tak pakai tali leher kene buang kerja? =.=

jadi dalam menangani godaan yang telah diupgradekan tu, kita pun kena la upgradekan diri kita juga, jangan sesekali kau berasa selesa berada di takuk yang lama, kelak bakal memakan diri (tu dia..)

aku pun berusaha meningkatkan usaha aku yang sebelum-sebelum ni tak berapa nak berkesan, ye la, manusia bukan sempurna, setiap seorang dari kita semua ni, sekurang-kurangnya akan ada 7 kelemahan (aku taip je), hanya perubahan demi perubahan yang dapat membantu kita menganalisa kelemahan diri kita sendiri, lantas langkah demi langkah dapat diatur dengan lebih kemas dan teliti

jadi
berubahlah sebelum anda diubahkan
??
wallahualam
wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...