photo home.png  photo home.png

29 May 2014

Tips Mengejar Jodoh

Assalamualaikum

"Nak buat macam mana, dah takde jodoh"







Alasan yang paling popular bila korang clash dengan awek korang
Mengaku je lah


well, korang tahu apa itu jodoh?







Berjumpa dengan pasangan hidup itu secara umumnya dikatakan sebagai jodoh. Tapi tahukah anda, berjumpa dengan sahabat adalah jodoh, bertemu dengan kucing juga adalah jodoh,  kau jatuh longkang pun boleh consider sebagai jodoh, jodoh berjumpa dengan longkang


brother ni cuba menyelamatkan kucing di dalam longkang


Jodoh itu adalah satu pertemuan yang mana dengan izinNya, kita dipertemukan. Dan semoga dengan pertemuan itu, memberi manfaat buat semua.









"Aku dah kata, aku dengan dia memang tak pernah ada jodoh pun"








Silap, kau jumpa dengan dia, kira ada jodoh lah tu. Cumanya, jodoh korang tak panjang..ha..tu cerita yang sebenarnya, jodoh korang tak panjang. Dan setiap kali kau clash, jangan kau kata kau takde jodoh dengan dia. Jodoh kau dengan dia tu ada, tapi mungkin kerana dia bukan jodoh kau yang muktamad, atau Allah ada yang lebih baik untuk kau..atau kau buat benda-benda pelik tak? kau bercouple dengan dia? see, cara kau pun dah salah..memang tak la Allah nak bagi~

Jangan bagi alasan yang kau berIslamic Couple dengan dia, itu semua tahi lalat (ayat cover)







"Okay bro, sekarang ni aku pasti, dia lah jodoh aku, aku nak kan dia. Kalau aku dapat dia, aku tak kan tinggalkan dia..tapi, apa yang harus aku buat?"








Kau boleh cuba berkenalan dengan dia. Atau kau cuba tips aku yang tak seberapa ni.


First, tanya hati, betulkan niat, untuk apa aku dapatkan dia? Betul nak jadikan isteri atau tempat lepak-lepak buang masa bosan? Bila dah rasa tak best, kau kata "Kitorang takde jodoh bro.." masa tu jangan tanya kenapa aku starlight dahi kau bertubi-tubi.


Second, yang ni pernting, ilmu agama yang macam mana yang ada dalam hati kau tu? Tak kisah lah kau Hindu, Buddha atau Kristian (saya tujukan untuk Muslim ^_^) selagi kau amalkan ajaran agama kau dengan betul, kau punya akhlak yang baik. Kalau halal haram pun bercampur, bersedialah menimang cahaya mata yang bercampur halal haram darah dagingnya.

aku tak cakap apa-apa, korang je yang fikir lebih..by the way, amar ma'ruf nahi mungkar

Third, part ni agak kritikal bagi para pelajar sepenuh masa..macam aku. EKONOMI (tertekan Caps Lock) jangan kata kau nak lamar anak dara orang guna duit mak ayah korang, malu la weyh~hehe
Tak mengapa kalau mak ayah nak sponsor, mungkin dia sedar yang perlunya anak diorang ni kahwin cepat-cepat. Tapi aku harap sangat-sangat, yang mak ayah diorang ni tahu dan faham anak diorang ni macam mana. Mentang anak tunggal, duit banyak "Kau nak kahwin dengan siapa Man? nak empat sekaligus ke cam mana?" huntong baq ang..esok cerai pun sekali empat. Tahniah.
Seeloknya, lamar dia dengan duit sendiri, lagi puas hati. Kalau tak berapa nak cukup, bawa bincang dengan parents dia. Nak takut apa kalau syarat kedua tadi kau dah ada? Kan?

sebelum kau proceed dengan yang ketiga tu, aku nak tahu jugak..umur kau berapa sebenarnya?











"Tahun depan darjah satu.."










secara automatik aku hentakkan dahi ke papan kekunci sambil berkata
sengal sengal sengal









Aku tak tahu mazhab apa yang budak-budak zaman sekarang ni pakai sehingga mereka menganggap Tuhan merestui cinta tahi lalat mereka tu..siap doa till Jannah bagai, padahal bercanda dah macam laki bini
member aku yang nak kahwin ni pun tak over.

Aku harap kau tak over lah ye sahabat. Semoga berbahagia dengan jalan yang kau pilih, aku sentiasa ada untuk kamu ^~^








Nampak tak, aku rajin menaip bila tiba musim study week

wallahualam
wassalam..

27 May 2014

Kenapa?

Assalamualaikum

"Assalamualaikum??"
"Ye, waalaikumussalam. Dah tak reti nak bagi salam elok-elok dah ke?"
"Saya bagi salam tadi puan buat tak tau je"
"Tak nampak ke orang tengah buat kerja ni"
"Ye lah..saya tak kacau kalau saya takde hal"



Kembali menyemak kertas-kertas yang berada di atas mejanya, mengerak-gerakkan tangan seperti sedang menulis sesuatu.



"Kamu nak apa ni"
"Saya nak tanya pasal bilik saya"
"Hah kenapa, nak tukar jugak?"
"Tak..bukan macam tu, saya cuma nak tahu lah..bukan ke sepatutnya saya dapat bilik yang saya minta sem lepas?"
"Sekarang ni awak nak bilik ke tak nak?"



Perempuan itu mula memalingkan mukanya ke arah pemuda itu.



"Ye, saya nak..tapi saya perlu tahu lah sebabnya, kenapa saya tak boleh dapat bilik yang saya nak tu"
"Mana lagi penting, awak dapat bilik, atau tak dapat langsung?"
"Mestilah dapat bilik"
"Kalau macam tu, duduk je dekat bilik yang kami dah tetapkan"
"Puan, saya nak tahu sebabnya saya tak dapat dudku bilik yang saya nak. Lagipun, saya bayar sewa bilik tu ye, bukannya saya duduk free je"



Pemuda itu mula meninggikan suara, barangkali, mungkin kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu yang tidak menjawab soalannnya.



"Awak ingat, awak ada duit, semua awak boleh dapat lah?"
"Bukanlah macam tu..tapi puan anggap saya macam seorang yang takde hak, sedangkan saya bayar duit sewa bilik tu"
"Dah tu, awak nak say buat apa, dapatkan bilik tu untuk awak?"
"Kalau boleh, saya sangatlah berterima kasih.."
"Awak tau tak, lepas je kami key-in data-data tu semua, bukan senang nak tukar balik. Paling awal pun awak boleh dapat bilik yang awak nak tu, mungkin semester depan"
"Baik, saya faham..tapi, macam mana boleh tersalah key-in data tu?"
"Mana saya tau, diorang suruh saya key-in data, saya key-in je lah, mana saya tau ada yang dah mintak-mintak bilik sendiri"



Sejurus selepas itu, wanita terbabit terus meninggalkan pemuda tersebut. Kelihatan dia sedang bercakap-cakap dengan telefonnya, ada hal yang penting agaknya.

Dan, seorang wanita yang lebih muda, datang memulakan bicara.



"Sebenarnya, kami ni baru je dipindahkan ke bahagian ni..tak tau pulak pasal bilik-bilik yang dah direserve ni.."
"Ouh macam tu..kalau begitu ceritanya, tak apa lah..kalau saya sendiri yang kena, saya pun tak tahu.."
"Ermm, kami mintak maaf lah ye dik, kalau kami tahu, kami dah key-in awal-awal dah.."
"Takpe lah kak, saya cuma nak tahu kenapa je..bukannya nak pertikai atau persalahkan pihak akak"
"Harap adik tak ambil hati lah ye, akak tu memang angin sikit.."
"Takpe lah kak, mungkin dah ramai datang sini tanya pasal bilik-bilik tu kot..sebab tu dia jadi tertekan. Ok lah kak, terima kasih"
"Erm, sama-sama.."







Aku nak beli rumah, tapak corner lot. Boleh buat tempat guling-guling di masa lapang nanti, ajak isteri sparring, ajar anak buat backflip.

"Sekarang ni awak nak rumah ke tak?"





gambar hiasan semata-mata, tiada kaitan dengan cerita






Manusia memang susah nak mengaku salah.

wallahualam
wassalam..

01 January 2014

Maafkan Aku

Assalamualaikum

Sebagai manusia biasa, kita tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Manusia itu sendiri berasal daripada perkataan Arab iaitu nasiya. Yang mana perkataan itu bermaksud lupa, yang sememangnya lumrah bagi manusia itu adalah seorang yang pelupa. Dan kerana itu kita diciptakan berbeza-beza dan berpasangan, supaya jika seorangnya terlupa, yang lain akan mengingatkannya.





Namun marah itu adalah sifat mazmumah. Yang berpunca daripada hilangnya sikap sabar dan ketenangan di dalam diri..yang mana, ia dicetuskan oleh syaitan. Tatkala kita sedang marah, syaitan bersorak gembira kerana kejayaannya menghapuskan sikap sabar dari dalam diri anak Adam. Sedangkan sabar itu adalah separuh daripada iman, jika hilang sabar itu? Nauzubillah..semoga tenanglah hati dengan mengingati Dia Yang Maha Esa, Yang Maha Agung.





Mungkin juga bukan niat dia untuk berbuat demikian, pasti ada sebab yang terselindung disebaliknya. Mungkin keadaan tak mengizinkan untuk dia menceritakan kepada kita. Husnuzon, jangan terlalu berburuk sangka dengan saudara kita. Kita kata kita sayangkan mereka, tapi mengapa mesti kita tidak percayakan mereka? ^^





Bersabarlah..mungkin juga kemarahannya itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri..kerana sikap kita yang terlalu tamak, hilang peradaban kita sesama manusia. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana masalah yang sedikit, rosak persahabatan indah kerana Allah taala ^^





Berbaiklah dengan saudara kita. Bukan hubungan dengan Allah sahaja yang kita perlu jaga, tetapi hubungan dengan manusia juga kita perlu jaga. Hablum minAllah wa hablum minannas, keduanya harus seimbang, kerana kita tidak tercipta tanpa pencipta, kita tidak tinggal didunia dengan sendirinya.





Jika bukan dia yang meminta maaf terlebih dahulu, apa salahnya kita yang memulakan? Sungguhpun bukan salah kita, namun kerendahan hati memohon ampun yang ikhlas telah menunjukkan sikap sabar kita. Meminta maaf tidak menjadikan kita hina, bahkan yang mahu memberi maaf itu mulia, tapi memberi maaf, jangan menjadikan kita bangga..





Kenapa kau sedih? Kenapa kau begini sahabatku? Kenapa ku lihat jiwa mu seolah-olah berbolak-balik, tidak tenteram?
Kerana aku telah jauh dari penciptaku. Aku telah jauh dari jalan redhoNya. Aku telah langgar larangan Tuhanku! Ya Allah..bimbinglah aku semula ke jalan Mu ya Allah. Sungguh, tanpa cinta, kasih dan rahmat Mu ya Allah, aku umpama musafir yang terbiar hanyut dilautan tanpa arah tuju..aku hilang arah tujuan hidupku ya Allah! Ya Allah, semoga dengan rahmat dariMu, aku dapat meneruskan hidup dengan berpendirian teguh terhadap ketentuanMu ya Allah. Ampunkan dosa ku ya Allah..andai Engkau tak ampuni ku, maka tergolonglah aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri ya Allah..selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad solAllahu 'alaihi wasallam..


wallahualam
wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...