photo home.png  photo home.png

27 January 2012

Pusat Membeli-belah

Assalamualaikum

apabila musim cuti bermula, semua pakat gembira dengan aktiviti yang tersusun sedia, tapi bagaimana pula dengan kami yang tak ter-aktiviti ni? ye, lepak dirumah bersama televisyen, ouh, tak tak, orang sekarang dah moden.....lepak dirumah bersama laptop kesayangan, segala macam aktiviti dapat dilakukan, layan games, tengok movie, haa, drama korea kan..buat assignment? haha..tambah lagi bila ada internet, habis la..

hanya mampu melihat
maka dengan perasaan boringnye, aku dan sahabat pun berjalanlah sekitar kotaraya menjengah manusia yang kian berubah dari semasa ke semasa..

dan antara tempat yang kitorang singgah ialah shopping complex


biasa la, window shopping, kalau berduit, satu pasaraya tu aku dah beli dah. yang menjadikan bahan untuk aku ceritakan disini ialah..singgahlah ketempat-tempat sebegitu hanya jika perlu, jangan jadikan tempat-tempat macam tu sebagai tempat melepak dengan member dan selainnya.

here i give you some reason


1. Kawasan pendedahan aurat
masalah terbesar dan paling sukar untuk dibendung. korang tau la kan, yang Islamnya memang banyak dah terbukak-bukak ni, tapi yang non-muslim tu yang tak boleh dikawal, kalau yang Islam tu boleh la bagi ceramah padu sikit kasi sedar, tapi yang non-muslim kita tak boleh nak halang sebab tempat tu kawasan public. jadi penyelesaiannya, kita beredarlah, tak payah nak mengada makan kat situ la, apa-apa la, tempat lain banyak, sedap-sedap lagi. maksud aku tu la, kalau dah terdesak sangat baru datang ke situ, lepas tu dah settle masalah, tak payah nak meng-skodeng orang, terus berambus

2. Penularan aktiviti over-sosial
sosial itu perlu, over-social itu melampau. korang tau, tempat-tempat macam ni la yang selalu dijadikan port berdating. aktiviti-aktiviti ini amatlah berbahaya buat kita-kita yang lemah iman ni, silap-silap, balik dari situ dua tiga orang awek kita dapat, hati-hati aa..

3. Kawasan mencari kekasih non-halal
katakan la kita ni kuat iman sikit, tak  jealous la dengan aktiviti pembiakan spesis pra-matang tu kan, so kita buat la hal sendiri..lalala..tiba-tiba tu datang pulak seorang awek idaman hati setiap insan dikala terpandang akan wajahnya terjatuh rebah tidak terbangun lagi, amekao, tiba-tiba ajak korang teman dia pegi layan muvee, what the..lepas tu katanya dia nak belanja makan pulak, boring makan sorang-sorang, kamon la, siapa yang tak cair dengan awek camni, tambah lagi muka superdupercute, pakai sopan je kan, tapi, ada ke awek yang pakai sopan ni berperangai macam ni? er..elok lepak kat taman la, ada bunga..tapi kat taman pon ade awek jugak, adess~

4. Elemen penggodaan yang berteraburan
kat situlah terletaknya segala harta benda yang melibatkan wang ringgit kita. sungguh, banyak godaannya..lari jauh-jauh >o<

5. Dan sebagainya
dan sebagainnya la

sebab tu la pusat membeli-belah dikategorikan sebagai salah satu tempat maksiat

wallahualam
wassalam..

24 January 2012

Ilmu Hidupku

Assalamualaikum

bagaimanakah paper terakhir korang, best tak? haha, aku punya hampes, tak tau la apa nak jadi, rasanya aku tak layak jadi engineering student dah kot, agaknya la..sudah, sudah, ketepikan segala keraguan, aku percaya yang Allah akan beri balik setimpal dengan apa yang telah kita usahakan, ya, jika sedikit, maka sedikit lah yang kita dapat, aduyai..

serius, aku kesian tengok budak ni
ya, belajarlah selagi kita mampu, kerana apa yang kita ada tidak selalunya cukup, mesti ada yang kita tak tau lagi punya lah. tak percaya? mari kita buat satu kaji selidik

benda simple je, korang tau apa itu Facebook? jangan tak mengaku, jangan tak mengaku..sedangkan bayi yang di dalam buaian punya akaun Facebook, manakan mungkin korang-korang yang sudah berjanggut serta bertambah berat badannya tu takde akaun Facebook. tapi persoalannya disini, apa yang korang tau pasal Facebook, secara umumnya atau secara menyelutuh? ok tak payah tipu, kalau korang tau semua pasal Facebook, mesti korang dah buat laman sosial sendiri macam 1malaysia.commyspace.com atau SalingSapa.com

jadi tak perlu nak menafikan lagi bahawasanya kita memang tak pernah cukup dengan ilmu, dan maka perlulah untuk kita terus mencari dan mencari, jangan mencuri ya, tak halal + berdosa

aku pernah terfikir,
 "aku student engineering, tak perlu bagiku ilmu hospitaliti bagai, aku bukan nak jadi doktor pon, tambah semak memori aku je, nak bawak ennineering ni pon tak tentu lagi, huh" ya, suatu ketika dahulu, aku sememangnya seorang yang kerek, tapi sekarang tak dah, dah baik dah..(percaya la cakap aku wei)

kenapa orang suka sama dia? sebab semua benda dia boleh buat
persoalannya, adakah perkara berkaitan dengan itu sahaja yang perlu kita ketahui dan pelajari?

no no no, i don't think so, pencarian ilmu tak akan pernah berakhir, selagi kita hidup kita perlu mencari ilmu, kerana ia akan selalu diperbaharui, hari demi hari

selain daripada tu, kat dunia ni bukan kita sespesis je yang ada, pelbagai perkara yang wujud yang patut kita pelajari, kalau tak, benda tu je la kita boleh buat,
 "kerajaan memerlukan rakyat yang berkebolehan dalam pelbagai aspek agar Malaysia dapat membangun seiring dengan pembaikan modal insan yang berjaya" apekebende aku merepek entah

berbekalkan ilmu yang ada, masih banyak yang perlu kita tempuhi
ringkasnya disini adalah, belajarlah rajin-rajin, tanam rasa cinta akan ilmu tersebut, sebenarnya bukan sengaja kita dipaksa untuk mempelajari ilmu tersebut tetapi sebenarnya ia amat perlu untuk kita tahu

but surely we gonna use it, if not today, probably tomorrow?

wallahualam
wassalam..

14 January 2012

Keseorangan Tapi Taknak Berpasangan

Asalamualaikum

pada kali ini, aku tertarik untuk bercerita tentang 'Tunggal Tetapi Tidak Diperolehi'. Jika anda merasakan bahawa tajuk itu pelik, bagus, kerana saya juga berasa pelik, mengapa Google Translator translatekan ayat orang dengan ayat yang pelik-pelik..dulu-dulu korang pernah try translate perkataan 'up' tak? Serius kelakar

Actually, ayat Tunggal Tetapi Tidak Diperolehi tu ditranslate daripada ayat Single But Not Available. Aku rasa ayat ni best bukan kerana #mencaripublisitimurahansemata, tetapi sebab maksud ayat tu sendiri, ia menunjukkan kita punya iman

but how could it be??


as we know, ayat-ayat sebegini selalunya digunakan oleh mereka-mereka yang ingin bercinta.
 "Would you be my girlfriend, I really need someone.."
jangan terpedaya, aku tau ayat dia sweetsessangat, tapi jangan tegoda, kita mampu menolaknya!
ye, aku pun hampir terpedaya, huh..

jadi, untuk mengelakkan dari berlakunya percouplean yang bakal menjerumuskan kita ke kancah maksiat ini, kita menggunakan ayat-ayat sebegini
 "sorry to say that I'm single but sorry, I'm not available.."
 "tell me why baby, why?" tanya si Dia kembali dengan penuh ketidakpuashatian
 "I will accept it if you ask me to marry you"
 "ouh.." terkesima

(actually, apa maksud terkesima ni??)
Islam sentiasa punya caranya

sebenarnya En. Nazrin, mengapa anda mengatakan bahawa orang yang menggunakan ayat ini punya iman? Habis maksudnya, orang yang bercouple ni takde iman lah? Saya tak paham lah??

(tanya seorang insan dengan marah sambil mengetap-ngetap bibirnya)

relax..relax..bukan bermaksud orang yang bercouple tu takde iman, tak..tapi orang yg bercouple sah-sah lemah iman, lemah fikiran juga pertimbangan. Couple  bukan satu aktiviti di masa lapang yang berfaedah, bahkan mampu merisikokan kita ke arah kemaksiatan, jadi kenapa perlu kita bermain dengan risiko sedangkan kita tahu bahawa tiada faedahnya yang kita dapat sekiranya kita terus bercouple, so sape-sape yang bercouple tu memanglah lemah segala bagai sebab tak tau memikirkan yang baik dan yang mana buruk. Dah dah, jangan nak berdebat dengan aku pasal Manusia Insan Yang Lemah.

Bagi insan-insani yang mengatakan bahawa mereka Single But Not Available ni sebenarnya

1. Kerana berwaspada akan kemaksiatan
betul, percaya la cakap aku, last-last nanti, maksiat jugak yang kita akan buat kalau kita bercouple, dan selalunya, orang-orang yang bercouple ni bukan orang yang baik, ada kejahatan mereka yang mungkin kita tak sedar..jaga-jaga..

2. Kerana seronok menjadi insan pujaan setiap insan
bila dah couple ni orang lain tak boleh nak dekat, nanti pakwemakwe jealous pulak. So bila takde siapa-siapa yang berdamping dengan kita, kita akan rasa lebih bebas untuk diminati dan meminati. Tapi jangan pula dijadikan sebagai tiket untuk bergaul secara bebas..

3. Kerana hati sudah berpunya
memang lah single sebab tak kahwin lagi,
 "walopon I dah bertunang, tapi I tak couple dengan dia ok.."
ye, insan sebegini memang hebat, saya sayang anda

ok, gurau kasar

selain daripada itu, mungkin mereka sudah punya perasaan pada seseorang, diorang tak nak orang lain selain daripada orang yang diorang dah target tu, cuma diorang tak nak confess je lagi,
 "belom tibe mase nye, dah tibe nanti..aku ajak dia kawen teros, tak payah nak kapel-kapel, bwang pahale je" kata aku

erk

make it Halal

memang berbagai dan bermacam ayatlah yang aku jumpa kat Facebook, tapi hampagas, hampir kesemua ayat macam nak #mencaripublisitimurahansemata, dah jadi macam takde faedahnya pulak buat manusia sejagat, korang baca pon dah tau dah..

I'm single, but not available..use the word wisely..

wallahualam
wassalam..

11 January 2012

The Pendakwah

Assalamualaikum


seorang sahabat mengembara beribu batu bagi memulakan satu niat yang murni didalam hati..
 "dah jaoh pakcik berjalan.." tiba-tiba teringat iklan petronas tu pulak
demi menyebarkan agama Islam yang sempurna ini, bagi memperingati kita yang sering terlupa ini, mereka sanggup meninggalkan tanah air mereka, anak isteri tercinta, kekayaan kemewahan yang tercipta setelah sekian lama, semata-mata kerana Allah SWT. sanggupkah kita bertindak sedemikian rupa?

pernah tak terbisik di hati,
 "aku juga ingin berbuat demikian, namun siapalah aku, insan biasa serba kekurangan, takut tersalah bicara, dosa yang bakal ku terima!"
alhamdulillah kalau ada, niat tu yang penting bro, niat tu..

setiap amalan hatta ilmu yang kita ada ni, perlulah disebarkan, ilmu yang betul la, jangan la korang sebarkan ilmu hitam kelabu kuning asap bagai tu, kerana ilmu yang kita sebarkan tu dapat pahala tau, lepas tu kalau orang yang kita ajar tu sebarkan lagi, berlagi-lagilah pahala kita dapat, tapi beringat, jangan seronok sangat menyampaikan ilmu sehingga nafsu mula mentadbir, awas..ilmu yang disampaikan mungkin berbisikkan syaitan.

plus, kita bakal memperoleh memory (ouh smartphone 16GB) yang lebih tinggi jika diperkatakan setiap hari, lantas kita akan selalu diperingatkan dan akan sentiasa berhati-hati dalam setiap urusan yang kita lakukan, hebat tak, hebat tak?

tapi, siapakah golongan yang bertuah tersebut?


ye..sudah semestinya para-para Ustaz Uztazah dan alim-alim ulama'..stop stop, betulkah hanya mereka?

you got it wrong man


tugas sebagai daie tidak terhad kepada mereka sahaja, habis tu dah kalau takde Ustaz Ustazah tu, tak berkembang la Islam, dok camtu je la, banyak tu golongan Islam, setakat tu je la yang kita tau, takde penambahan ilmu, lama-lama hilang Islam tanpa kesan, subahanAllah..

ya, tugas sebagai seorang Daie berada pada setiap insan yang bergelar Islam, saling ingat-memperingati merupakan salah satu tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. cukuplah sekadar mengajak mereka mengucapkan Bismillah, ouh, sedikit tips, kalau mereka kata,
 "ko sindri pon tak betol, nak mengaja orang,ey pikey balek la, lu sappa, wa sappa"
jadi, kata pelawannya
 "aku tau kite same-same mat rempit, ey tapi mat rempit pon bace bismillah gak time makan tau, bismillahirrohmanirrohim.."
ye, walaupun mereka kurang baik akhlak dan peribadinya, kita ambillah yang baik dari mereka, jangan la di ikut pulak yang buruk dari mereka, dan itu merupakan satu kesempatan buat kita untuk menegur mereka
 "engko ni aku tengok elok dah bace bismillah nye, da boley jadi imam da, tapi merempit, merempit jugak, ape masalah ko ni.."
 "saye biyase praktik kan mase pakai kasut, pakai baju, naek moto, sarong helmet, masok kunci, bla bla bla..sebab tu la sedap bunyik nye kot"
berpotensi untuk berubah tu..


sungguh sebesar zarah sekalipun amalan kita, akan dibalas dengan pahala, dan sungguh sebesar zarah sekalipun maksiat kita, tetap akan dibalas dengan dosa, semoga hidup kita sehari-harian dipenuhi dengan amalan yang diredhaiNya, insyaAllah..

wallahualam
wassalam..

07 January 2012

Isu Yang Tak Selesai-selesai

Assalamualaikum

ye, isu harga ayam kian meningkat, isu banjir masih belum reda, tapi sedarkah kita, isu aurat masih belum diambil endah

adakah pakaian yang kita gunakan telah menutup aurat? check balik..


sekadar peringatan,
hadirnya Rasulullah SAW dan para nabi yang lainnya adalaah sebagai pemberi peringatan dan penyampai berita gembira, bukan sebagai pengubah mahupun penjamin kita, kita sendiri yang mengubah diri kita dan kita sendiri yang menanggung dosa kita



jadi, meh sini aku sharekan sikit bagi mereka yang masih belum mengerti etika pemakaian Islam, aku tau aku tau, korang da tau, tapi tu la kan, asyik terlupa je, tak apa..ada mase lagi, ada masa lagi..


Para Muslimah
ye, apa masalah aku dengan perempuan, masalahnya perempua ni paling susah nak jaga aurat dia, tapi beringatlah wahai Muslimah sekalian, orang yang menutup aurat itu sesungguhnya adalah orang yang bersabar dan orang yang bersabar itu adalah orang-orang yang  beruntung

tudung merupakan satu lapisan yang menutup bahagian rambut, leher dan dada kaum wanita daripada dillihat oleh yang bukan muhrim baginya, semestinya tidak jarang dan tidak nipis, ikut suka la nak pakai fesyen apa sekali pun, ASALKAN, syarat-syarat yang dinyatakan tidak dilanggar sewenang-wenangnya, ada faham?

selain itu, pakaian yang dikenakan mestilah menutupi sehingga ke pergelangan tangan, labuh sehingga menutupi punggung dan seluar, kalau pakai seluar, yang labuh sehingga menutupi seluruh kaki, lebih selamat.
ouh, aku teringat satu kisah dimana seorang Muslimah itu tidak diharuskan mengangkat kainnya walaupun melalui lopak air, see, sampai macam tu sekali.
dan, segala pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan, seperti pakaian yang jarang dan ketat adalah diharamakan sama sekali..eyh korang tak sesak ke pakai sendat-sendat ni? huh..

dan kaki anda juga adalah aurat anda yang tersangat la selalu di remeh-temehkan, ianya aurat la. maka, sarungkanlah stokin untuk mellindungi kecantikan kaki anda itu..ada yang tergoda ko tau, sebab tu la ia menjadi aurat


The Muslimin
sampai lelaki jadi The pulak, haha
ye ye, jangan kita suka sangat, kaum kita pun terlibat same, apa ko ingat senang camtu je nak jaga aurat, eyh kamon la, kalo senang, tak ada yang lawan punya lah, semua patuh je kan
jadi, aku juga pernah melepak diluar-luar sana dengan shorts, tapi tu dulu la, sekarang saya sudah baik ma..hehe, tak pakai dah seluar pendek ni, seluar panjang je memanjang
tak salah nak pakai seluar pendek, betul, tak salah pun pakai la, pakai..hanya yang menutupi aurat SAHAJA

kalau boleh seluar tesebut ditarik sehingga menutup pusat dan labuh menutupi kepala lutut, jadi jika baju anda terselak, tak ada la kantoi kan,
but, daripada terjadi macam tu, baik kita pakai seluar panjang kan, lagi selamat dan terjamin

dan, aku faham korang tough, aku pun  tough jugak, siap ada 6pax lagi ni ha, cuma aku tak suka la nak sombongriakujubtakabbur ni kan, apa la dapat.. -.-

tak perlu berjubah bersongkok berserban bagai, singlet dan track suit sudah memadai, asalkan menutup aurat

alolo sweetnye..

sebenarnya tak susah nak buat semua benda ni, hanya yang perlu kita paksakan diri kita, lama-lama nanti insyaAllah, rasa happy je, banyak faedah ouh~ amalkan la ye ^^

wallahualam
wassalam..

04 January 2012

Seindah Kehijauan Alam

Assalamualaikum

amacam hari ni, ok  ke ko? haha..kalau boleh paksa diri anda senyum diawal pagi hari macam ni, walaupun bangun-bangun tidur je rumah bertakung, banjir la katakan..jangan risau, ambil yang positif, kita gunakan air yang bertakung didalam rumah anda tersebut sebagai swimming pool, anda boleh menjimatkan bil air anda dengan berenang gaya itik serati di dalam rumah anda,
sudah, hentikan
mood seharian anda bakal ditentukan daripada permulaan hari anda, jadi senyumlah anda dipagi hari, dan semoga anda tenang sepanjang hari, insyaAllah..

jadi, apakebenda yang aku nak kongsikan di pagi hari ini? tadi masa jalan-jalan kat laman Google, aku terjumpa satu gambar ni, bilamana aku pandang gambar tersebut, rasa tenang yang sesangat, macam tengok padi yang sedang menghijau di kawasan sawah, gunung-ganang yang sejuk disertakan kabus, pohon-pohon rendang meneduh tanah, ya Allah..sangat tenang!

mungkin bagi korang gambar tersebut hanyalah satu lukisan biasa tapi bagi aku, ia penuh dengan rahsia tersendiri, yang hanya mampu difahami bagi mereka yang betul-betul mengamati, like I said before, things can't be feel, if you aren't  really understand the real meaning.




see, it is just an ordinary drawing isn't it? but how far did you feel about this picture, what are the message that are trying to be captured here? is it only about how should Muslimah dressed or what type of fashion that should be perform?


aku tak rasa macam tu, walaupun ianya kelihatan simple, biasa dan bersahaja, still it gave me a huge impact, tambah-tambah lagi bila tengok muka dia yang innocent tu, cute sangat, rasa macam nak senyum je sampai bila-bila

kan best kalau semua Muslimah macam tu, aman dunia

oh ya, kata Ustaz Azhar Idrus
 "perempuan yang bertudung itu tak semestinya baik, tapi yang tak bertudung tu semestinya jahat"
dan pada pendapat aku pulak, jahat itu tak semestinya pada pandangan mata, bisikan dalam hati itu yang selalu tidak terduga, awas..Allah Maha Mengetahui..

wallahualam
wassalam..

02 January 2012

Gambar

Assalamualaikum

macam mana hari ni, ada buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan? satu pun jadilah, mungkin kecil dan sedikit sumbangan yang kita lihat, tapi kita tak tahu, mungkin hasilnya nanti sangat mengagumkan?

semalam aku ada tengok video klip ceramah Ustaz Azhar Idrus kat youtube, cerita pasal gambar, apa hukumnya kalau buat camni camtu, kadang-kadang dengar soalan yang diajukan tu macam nak perli pun ada jugak, tapi tu la, soalan-soalan yang macam orang selalu anggap buruk, lalu membuatkan si ingin tahu jadi malu, lepas tu tak tau nak buat apa, kesian diorang..

salah satu sirinya

taip pasal malu bertanya ni, pernah tak korang baca buku yang bertajuk Soal Jawab Remeh-temeh Tentang . . . Tapi Anda Malu Bertanya. buku ni merakamkan soalan-soalan (rakam suara? tak lah..) yang remeh-temeh yang mungkin kalau orang dengar pun rasa macam nak tergelak je, tapi disebabkan ianya perlu untuk kita tahu, maka kita perlu bertanya. dan aku memang salute habis dengan orang yang kasi idea buat buku ni, memang tersangatlah membantu! ^^

balik balik balik pada topik asal, apakah itu gambar? gambar adalah..korang pun tau lah gambar tu apa kan, tak perlu nak dijelaskan panjang lebar, cuma perlu diingatkan dalam beberapa perkara sahaja, anda mungkin terlupa, silap silap, kita mungkin terlupa, apa tujuan sebenar kita bergambar.

gambar yang paling popular sekarang ni dekat Facebook je la kan, kat mana lagi, kat situ la kita boleh nampak bakat-bakat baru dalam bidang pengkomersialan ni, dia la jurufoto dan dia la modelnya, hebat tak?
mungkin ada yang orang tolong tangkapkan gambar kita, kita jadi model je, sama la pun..
pokoknya disini, what are the purpose of we doing that, and why do we acting like that? (speaking  sudah..)

apa, mengapa mengapa mengapa??

ok ok, nawaitu kita nak orang kenal siapa kita, yes, that can be accepted but, setakat mana kita ingin dikenali, setahap insan biasa yang hari-hari online fesbuk atau setahap insan yang bergelar Blogger terpopular? (ok, bloggers sekalian tidak bersalah, just want to mention that all of you are so popular) bila kita mahukan diri kite sangat dikenali ramai, automatik kita dah jadi riak, perlu ke kita dikenali ramai, siapa kita dan apa yang kita ada sampai semua orang perlu kenal kita? check  balik..

sudah, cukup dengan nawaitu, sekarang kita lihat gaya apakah yang ditonjolkan oleh gambar kita, gaya rama-rama, bebas atau kuak lentang?

kalau rama-rama, anda selamat

karut

jadi, bagaimanakah gambar yang selamat untuk dipertontonkan? ciri-cirinya adalah seperti yang berikut..
1. Menutup aurat
sebagai umat Islam, memang wajib bagi kita menutup aurat, bukak dosa, tutup dapat pahala
as for non-muslim, cara ini amat berpatutan juga buat anda, bukan sahaja dapat mencegah daripada kemaksiatan, malah dapat menutup sifat riak yang membuak-buak bila orang memuji kita, kenapa tak boleh riak? nanti terlampau gembira sampai meletup, aku tak nak tengok..

2. Posing biasa
tidak perlu tunjukkan mata anda yang bulat itu, tidak perlu tunjukkan body anda yang mengancam itu, tidak perlu tidak perlu tidak perlu kerana aku punya lagi hebat lah, hope so
kalau boleh tangkap gambar macam nak pegi mintak kerja tu, duduk straight, pandang kamera dan snap, tak pun ambik je gambar MyKad korang, ha ha ha
jimat masa, jimat tenaga

3. Saiz yang besesuaian
kalau boleh satu frame tu muka dia saja, lubang hidung pun kasi jelas sejelas jelasnya, orang kachak la katakan..

tutup aurat, pose biasa, saiz sederhana

ada rasionalnya mengapa kita dipesan untuk berbuat demikian..
gambar yang terlalu terbuka mampu menaikkan nafsu syahwat, tidak kira perempuan mahupun lelaki, maka secara automatiknya, kita yang menunjuk kan dapat dosa, yang melihat dapat dosa, yang menangkapkan dapat dosa, yang mengongsikan dapat dosa, dan mereka-mereka yang terlibat dapat dosa, walaupun sikit..

posing juga amat berbahaya, segala impaknya bersamaan dengan point diatas, mungkin berganda? erk

saiz gambar yang terlalu besar dapat dicilok lalu di-adobe photoshop-kan, korang sendiri pun tahu apa akan jadi selebihnya..

bergambar biarlah bersahaja, supaya kita dikenali sebagai siapa diri kita, kalau sempurna, sempurna lah, tak perlu menyempurnakan lagi, dah cukup bersyukur dah la ada rupa, =,=

gambar juga merupakan salah satu faktor fitnah berleluasa, awas~
wallahualam
wassalam..

Buatmu Kekasihku

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…

Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Ukhti, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.

Maaf ukhti, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan ukhti, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal, Dia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Ukhti, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, ukhti. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Dia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Dia mahu Memaafkan dan Mengampuni.

Ukhti, Dia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Ukhti, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, ukhti. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki soleh yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Dia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, ukhti.

Ukhti, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, ukhti. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.

Maaf ukhti, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ok, boleh copy surat ni ya...:) kalau muslimat yang tulis kepada muslimin, tukar je jadi 'akhi'.

dipetik dari : ppimi.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...