photo home.png  photo home.png

14 January 2012

Keseorangan Tapi Taknak Berpasangan

Asalamualaikum

pada kali ini, aku tertarik untuk bercerita tentang 'Tunggal Tetapi Tidak Diperolehi'. Jika anda merasakan bahawa tajuk itu pelik, bagus, kerana saya juga berasa pelik, mengapa Google Translator translatekan ayat orang dengan ayat yang pelik-pelik..dulu-dulu korang pernah try translate perkataan 'up' tak? Serius kelakar

Actually, ayat Tunggal Tetapi Tidak Diperolehi tu ditranslate daripada ayat Single But Not Available. Aku rasa ayat ni best bukan kerana #mencaripublisitimurahansemata, tetapi sebab maksud ayat tu sendiri, ia menunjukkan kita punya iman

but how could it be??


as we know, ayat-ayat sebegini selalunya digunakan oleh mereka-mereka yang ingin bercinta.
 "Would you be my girlfriend, I really need someone.."
jangan terpedaya, aku tau ayat dia sweetsessangat, tapi jangan tegoda, kita mampu menolaknya!
ye, aku pun hampir terpedaya, huh..

jadi, untuk mengelakkan dari berlakunya percouplean yang bakal menjerumuskan kita ke kancah maksiat ini, kita menggunakan ayat-ayat sebegini
 "sorry to say that I'm single but sorry, I'm not available.."
 "tell me why baby, why?" tanya si Dia kembali dengan penuh ketidakpuashatian
 "I will accept it if you ask me to marry you"
 "ouh.." terkesima

(actually, apa maksud terkesima ni??)
Islam sentiasa punya caranya

sebenarnya En. Nazrin, mengapa anda mengatakan bahawa orang yang menggunakan ayat ini punya iman? Habis maksudnya, orang yang bercouple ni takde iman lah? Saya tak paham lah??

(tanya seorang insan dengan marah sambil mengetap-ngetap bibirnya)

relax..relax..bukan bermaksud orang yang bercouple tu takde iman, tak..tapi orang yg bercouple sah-sah lemah iman, lemah fikiran juga pertimbangan. Couple  bukan satu aktiviti di masa lapang yang berfaedah, bahkan mampu merisikokan kita ke arah kemaksiatan, jadi kenapa perlu kita bermain dengan risiko sedangkan kita tahu bahawa tiada faedahnya yang kita dapat sekiranya kita terus bercouple, so sape-sape yang bercouple tu memanglah lemah segala bagai sebab tak tau memikirkan yang baik dan yang mana buruk. Dah dah, jangan nak berdebat dengan aku pasal Manusia Insan Yang Lemah.

Bagi insan-insani yang mengatakan bahawa mereka Single But Not Available ni sebenarnya

1. Kerana berwaspada akan kemaksiatan
betul, percaya la cakap aku, last-last nanti, maksiat jugak yang kita akan buat kalau kita bercouple, dan selalunya, orang-orang yang bercouple ni bukan orang yang baik, ada kejahatan mereka yang mungkin kita tak sedar..jaga-jaga..

2. Kerana seronok menjadi insan pujaan setiap insan
bila dah couple ni orang lain tak boleh nak dekat, nanti pakwemakwe jealous pulak. So bila takde siapa-siapa yang berdamping dengan kita, kita akan rasa lebih bebas untuk diminati dan meminati. Tapi jangan pula dijadikan sebagai tiket untuk bergaul secara bebas..

3. Kerana hati sudah berpunya
memang lah single sebab tak kahwin lagi,
 "walopon I dah bertunang, tapi I tak couple dengan dia ok.."
ye, insan sebegini memang hebat, saya sayang anda

ok, gurau kasar

selain daripada itu, mungkin mereka sudah punya perasaan pada seseorang, diorang tak nak orang lain selain daripada orang yang diorang dah target tu, cuma diorang tak nak confess je lagi,
 "belom tibe mase nye, dah tibe nanti..aku ajak dia kawen teros, tak payah nak kapel-kapel, bwang pahale je" kata aku

erk

make it Halal

memang berbagai dan bermacam ayatlah yang aku jumpa kat Facebook, tapi hampagas, hampir kesemua ayat macam nak #mencaripublisitimurahansemata, dah jadi macam takde faedahnya pulak buat manusia sejagat, korang baca pon dah tau dah..

I'm single, but not available..use the word wisely..

wallahualam
wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...