photo home.png  photo home.png

27 January 2012

Pusat Membeli-belah

Assalamualaikum

apabila musim cuti bermula, semua pakat gembira dengan aktiviti yang tersusun sedia, tapi bagaimana pula dengan kami yang tak ter-aktiviti ni? ye, lepak dirumah bersama televisyen, ouh, tak tak, orang sekarang dah moden.....lepak dirumah bersama laptop kesayangan, segala macam aktiviti dapat dilakukan, layan games, tengok movie, haa, drama korea kan..buat assignment? haha..tambah lagi bila ada internet, habis la..

hanya mampu melihat
maka dengan perasaan boringnye, aku dan sahabat pun berjalanlah sekitar kotaraya menjengah manusia yang kian berubah dari semasa ke semasa..

dan antara tempat yang kitorang singgah ialah shopping complex


biasa la, window shopping, kalau berduit, satu pasaraya tu aku dah beli dah. yang menjadikan bahan untuk aku ceritakan disini ialah..singgahlah ketempat-tempat sebegitu hanya jika perlu, jangan jadikan tempat-tempat macam tu sebagai tempat melepak dengan member dan selainnya.

here i give you some reason


1. Kawasan pendedahan aurat
masalah terbesar dan paling sukar untuk dibendung. korang tau la kan, yang Islamnya memang banyak dah terbukak-bukak ni, tapi yang non-muslim tu yang tak boleh dikawal, kalau yang Islam tu boleh la bagi ceramah padu sikit kasi sedar, tapi yang non-muslim kita tak boleh nak halang sebab tempat tu kawasan public. jadi penyelesaiannya, kita beredarlah, tak payah nak mengada makan kat situ la, apa-apa la, tempat lain banyak, sedap-sedap lagi. maksud aku tu la, kalau dah terdesak sangat baru datang ke situ, lepas tu dah settle masalah, tak payah nak meng-skodeng orang, terus berambus

2. Penularan aktiviti over-sosial
sosial itu perlu, over-social itu melampau. korang tau, tempat-tempat macam ni la yang selalu dijadikan port berdating. aktiviti-aktiviti ini amatlah berbahaya buat kita-kita yang lemah iman ni, silap-silap, balik dari situ dua tiga orang awek kita dapat, hati-hati aa..

3. Kawasan mencari kekasih non-halal
katakan la kita ni kuat iman sikit, tak  jealous la dengan aktiviti pembiakan spesis pra-matang tu kan, so kita buat la hal sendiri..lalala..tiba-tiba tu datang pulak seorang awek idaman hati setiap insan dikala terpandang akan wajahnya terjatuh rebah tidak terbangun lagi, amekao, tiba-tiba ajak korang teman dia pegi layan muvee, what the..lepas tu katanya dia nak belanja makan pulak, boring makan sorang-sorang, kamon la, siapa yang tak cair dengan awek camni, tambah lagi muka superdupercute, pakai sopan je kan, tapi, ada ke awek yang pakai sopan ni berperangai macam ni? er..elok lepak kat taman la, ada bunga..tapi kat taman pon ade awek jugak, adess~

4. Elemen penggodaan yang berteraburan
kat situlah terletaknya segala harta benda yang melibatkan wang ringgit kita. sungguh, banyak godaannya..lari jauh-jauh >o<

5. Dan sebagainya
dan sebagainnya la

sebab tu la pusat membeli-belah dikategorikan sebagai salah satu tempat maksiat

wallahualam
wassalam..

1 comment:

Anonymous said...

lg bgus duduk di rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...