photo home.png  photo home.png

11 March 2012

Tabah Wahai Saudaraku!

Assalamualaikum

korang pun perasan kan yang setiap ketika tu, ada je makhluk Allah yang tukar display picture dia kat Facebook. Kejap camni la, kejap camtu la, last-last gamba kucing jugak yang diletaknya. Oh, aku ada terbaca kat Facebook, katanya orang yang suka tukar-tukar dp ni penjenayah, ye la, takut polis kesan dia..

jadi sambil aku skodeng-skodeng gambar diorang tu kan, macam-macam gaya la aku tengok, ada la yang cool, cantik, cute, comel, dan bermacam c lagi. Dalam hati aku tertanya-tanya, apa motif diorang letak gambar camni, sekadar untuk dikenali atau..nak tunjuk kehebatan tubuh badan sendiri?

post lepas aku ada ceritakan tips-tips gambar yang sesuai untuk dijadikan dp, dan aku akui, siapa yang ikut memang skema. Eh, ok apa, skema tu kan bagus, mengikut peraturan, orang lain pon happy je tengok, takde sakit hati gitu..

dalam pada melihat-lihat akan gambar diorang yang ada kalanya tersenyum, control cool, cover ayu..aku terpandang akan satu dp yang terus membuatkan aku menukar dp aku.


wajahnya sayu memandang tanah, redup pandangannya berlinangkan air mata..lemah, umpama tiada lagi harapan buat hari esok..

 "mengapa saudara ku ini bersedih sedangkan kami semua seronok bergelak tawa..tidak indahkah hidupmu wahai saudaraku?"

pertanyaan yang terbuku, tak dapat aku ajukan buatnya kerana jarak memisahkan kami

mengapa aku masih bergembira, tersenyum puas dengan nikmat yang ada, sedangkan saudara ku disana gigih berjuang, perit sakit ditanggung hanya demi mempertahankan agama Islam, agama kita semua..tapi mengapa hanya mereka yang merasakan penderitaannya, salahkah mereka? ada kekurangankah mereka berbanding kita? mengapa mesti mereka diuji sebegini rupa?

ya Allah, andai suatu saat nanti, kami ditimpa dengan ujian yang sebegini, cekalkan hati kami ya Allah, perteguhkan akhlak kami ya Allah, agar tidak sekali-kali berpaling dari Mu ya Allah. Dan andai kami mati dalam keselesaan ya Allah, kau kurniakanlah kekuatan buat saudara kami disana ya Allah, tabahkan hati mereka demi memperjuangkan Islam ya Allah, selamatkan mereka dari bahaya musuh Islam, selamatkan mereka dari kehancuran yang berterusan, ya Allah, ingatkan kami untuk terus meminta kepada Mu ya Allah, selamatkan kami di dunia dan di akhirat ya Allah, dan sesungguhnya hanya kepadaMu kami memohon ya Allah, perkenankan doa kami ini ya Allah, amin..


wallahualam
wassalam..

06 March 2012

Sentiasa Berharap

Assalamualaikum


Setiap hari, mesti akan ada sesuatu yang berlaku. Dan setiap perkara tu pulak, mesti ada risikonya. Pada setiap risiko pasti ada penyudahnya. Baikkah, burukkah? Berserah pada cara bagaimana kita menghadapinya.

Ye la kan, korang dan diorang serta aku dengan korang memang tak sama serta berbeza dari pelbagai segi empat tepatnya, aku ada kelebihan aku, korang ada kelebihan korang, tapi yang pasti, kita semua perlukan pertolongan dari Yang Maha Esa, kerana kita hamba lemah tidak berdaya, diulang, KITA HAMBA LEMAH YANG TAK BERDAYA.

Sehebat mana pun kita rasakan diri kita ini, sekuat mana pun kita rasakan, yang melebihi dari kita sentiasa ada, malah lebih kekal selamanya. Jadi, apa yang kita ada untuk dibanggakan?

Berasa cukup, tak perlu apa-apa lagi..betul ke? Check balik..

Ibarat pengembara yang merantau buat seketika, kita sudah semestinya sentiasa kekurangan dari pelbagai aspek, rohani jasmani intelektualiti, kerana itu kita harus selalu mengharap pada Yang Maha Sempurna itu.

dan kita diajar berdoa, lebih-lebih lagi selepas solat

Generasi kini generasi instant, semua benda nak segera, mee segera, kopi segera, ketupat segera, agar-agar segera..kenapa semua makanan je ni..solat segera, automatik solat asar lagi lah segera, member dah tunggu lama la katakan..

Bak kata Ustaz aku
 "nak cepat punye pasal, habis solat, bagi salam kanan, tadah tangan, Ya Allah, doa cam Zuhur tadi, kena pulak Zuhur tadi pakai solat Subuh tadi punye, yang Subuh punye tu pulak, pakai yang Isyak semalam punye pulak.." budak pandai la katakan..

Korang tau, spesis yang enggan berdoa selepas solat ni dikatakan sebagai insan yang sombong dengan Allah, umpama telah cukup sempurna, dah takde apa lagi nak mintak dah, cukup segala serbi macam bagai.

Bukan susah pun nak berdoa, tadah tangan, angkat, mintak lah apa saje, Allah itu Maha Pemurah. Kalau korang nak Samsung Galaxy SII sebijik, ha mintak, insyaAllah dapat. Apa yang dipohonkan, itu yang akan kita perolehi, jika mahukan hidup yang indah di syurga yang abadi, mintak lah, tiada kuota buat penghuni syurga, hang nak, hang mintak.

Doa bukan sahaja sebagai penghubung bagi permintaan kita, tetapi juga sebagai pelindung juga senjata, sebagai umat Islam.

Mohonlah kepada Allah agar dijauhkan daripada api neraka, mohonlah kekuatan buat umat Islam agar dapat terus berjuang demi mempertahankan agama.


Tapi, jika tak diasah, manakan tajam pedangnya. Berharap umpama hamba, yakin umpama penentunya, insyaAllah akan ada jawapannya.

wallhualam
wassalam..

05 March 2012

Penggoda


Assalamualaikum

Semakin kita semua meningkat dewasa, semakin kita mengerti satu-satu perkara tu. Dan secara tidak lansung, kita mula mengenali apa itu cinta.

Aku sebenarnya menyampah nak tulis pasal benda ni, tapi memandangkan semua orang dah kemaruk dok cerita pasal cinta..aku terpaksa la mengeluarkan pendapat aku. Mana la tau..kot-kot ada yang tersalah cara bercinta, boleh tersedar bila baca post aku ni, mungkin aku juga diantaranyakan? Dan mungkin juga aku akan dapat sesuatu yang baru,tu pun kalau korang sudi meng-komen..muka mintak simpati ni ;)

Baru-baru ni, aku sendiri mengalaminya, ( ok, nampak sangat aku post ni sebab nak memperingatkan diri sendiri ) aku kini lebih memahami, kenapa lelaki suka main kayu tiga empat lima enam tujuh lapan dan sembilan.


Wahai muslimah sekalian, korang kena sedar bahawa setiap sesuatu daripada korang mampu menambat hati akan seseorang itu. Mungkin korang tak sedar tapi aku sebagai lelaki sangat lah tersedar akan perkara itu. Dan sebab tu la aurat korang lagi banyak..

Aku bagi satu contoh, yang aku rasa dah cukup untuk korang faham
 “Mat, ko tengok awek tu korek idong derh”
 “hah ha, pengotor syal”
 “tapi aku suke, cute gitu”
Lalu sahabatnya itu memandang muka sahabatnya yang sedang angau itu sambil bergerak sedikit demi sedikit ke belakang dengan niat ingin melarikan diri.
Ini cerita betul punya..betul la kot..korang korek hidung pun dianggap cute tau tak, sebab tu la Islam ada batas untuk Muslimah..

dan dari situ lah bermulanya bibit-bibit cinta, yang mana tersilap pijak, longkang masuk, apa pun tak dapat

Jadi, dah kalau korek hidung pun boleh menggoda, ni kan pulak nak dedah aurat..

Walau bagaimanapun, kita sebagai pihak lelaki, perlulah mantap jugak, dah kalau tengok tu nak cair, tengok ni nak cair, bilanya nak nampak tough ni?

Maka terciptalah ego buat lelaki, sombongtaknakkalah itu perlu supaya kita dapat menahan nafsu kita, bukan sombongtaknakkalah tak tentu pasal..pastu tambah pulak lagi dengan riakujubtakabbur, sama dengan berdosa lah jawabnya.


Every creation have a reason, cuma kita masih tak sedar apa fungsinya.

wallahualam
wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...