macam mana hari ni, ada buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan? satu pun jadilah, mungkin kecil dan sedikit sumbangan yang kita lihat, tapi kita tak tahu, mungkin hasilnya nanti sangat mengagumkan?
semalam aku ada tengok video klip ceramah Ustaz Azhar Idrus kat youtube, cerita pasal gambar, apa hukumnya kalau buat camni camtu, kadang-kadang dengar soalan yang diajukan tu macam nak perli pun ada jugak, tapi tu la, soalan-soalan yang macam orang selalu anggap buruk, lalu membuatkan si ingin tahu jadi malu, lepas tu tak tau nak buat apa, kesian diorang..
![]() |
salah satu sirinya |
taip pasal malu bertanya ni, pernah tak korang baca buku yang bertajuk Soal Jawab Remeh-temeh Tentang . . . Tapi Anda Malu Bertanya. buku ni merakamkan soalan-soalan (rakam suara? tak lah..) yang remeh-temeh yang mungkin kalau orang dengar pun rasa macam nak tergelak je, tapi disebabkan ianya perlu untuk kita tahu, maka kita perlu bertanya. dan aku memang salute habis dengan orang yang kasi idea buat buku ni, memang tersangatlah membantu! ^^
balik balik balik pada topik asal, apakah itu gambar? gambar adalah..korang pun tau lah gambar tu apa kan, tak perlu nak dijelaskan panjang lebar, cuma perlu diingatkan dalam beberapa perkara sahaja, anda mungkin terlupa, silap silap, kita mungkin terlupa, apa tujuan sebenar kita bergambar.
gambar yang paling popular sekarang ni dekat Facebook je la kan, kat mana lagi, kat situ la kita boleh nampak bakat-bakat baru dalam bidang pengkomersialan ni, dia la jurufoto dan dia la modelnya, hebat tak?
mungkin ada yang orang tolong tangkapkan gambar kita, kita jadi model je, sama la pun..
pokoknya disini, what are the purpose of we doing that, and why do we acting like that? (speaking sudah..)
![]() |
apa, mengapa mengapa mengapa?? |
ok ok, nawaitu kita nak orang kenal siapa kita, yes, that can be accepted but, setakat mana kita ingin dikenali, setahap insan biasa yang hari-hari online fesbuk atau setahap insan yang bergelar Blogger terpopular? (ok, bloggers sekalian tidak bersalah, just want to mention that all of you are so popular) bila kita mahukan diri kite sangat dikenali ramai, automatik kita dah jadi riak, perlu ke kita dikenali ramai, siapa kita dan apa yang kita ada sampai semua orang perlu kenal kita? check balik..
sudah, cukup dengan nawaitu, sekarang kita lihat gaya apakah yang ditonjolkan oleh gambar kita, gaya rama-rama, bebas atau kuak lentang?
kalau rama-rama, anda selamat
karut
jadi, bagaimanakah gambar yang selamat untuk dipertontonkan? ciri-cirinya adalah seperti yang berikut..
1. Menutup aurat
sebagai umat Islam, memang wajib bagi kita menutup aurat, bukak dosa, tutup dapat pahala
as for non-muslim, cara ini amat berpatutan juga buat anda, bukan sahaja dapat mencegah daripada kemaksiatan, malah dapat menutup sifat riak yang membuak-buak bila orang memuji kita, kenapa tak boleh riak? nanti terlampau gembira sampai meletup, aku tak nak tengok..
2. Posing biasa
tidak perlu tunjukkan mata anda yang bulat itu, tidak perlu tunjukkan body anda yang mengancam itu, tidak perlu tidak perlu tidak perlu kerana aku punya lagi hebat lah, hope so
kalau boleh tangkap gambar macam nak pegi mintak kerja tu, duduk straight, pandang kamera dan snap, tak pun ambik je gambar MyKad korang, ha ha ha
jimat masa, jimat tenaga
3. Saiz yang besesuaian
kalau boleh satu frame tu muka dia saja, lubang hidung pun kasi jelas sejelas jelasnya, orang kachak la katakan..
![]() |
tutup aurat, pose biasa, saiz sederhana |
ada rasionalnya mengapa kita dipesan untuk berbuat demikian..
gambar yang terlalu terbuka mampu menaikkan nafsu syahwat, tidak kira perempuan mahupun lelaki, maka secara automatiknya, kita yang menunjuk kan dapat dosa, yang melihat dapat dosa, yang menangkapkan dapat dosa, yang mengongsikan dapat dosa, dan mereka-mereka yang terlibat dapat dosa, walaupun sikit..
posing juga amat berbahaya, segala impaknya bersamaan dengan point diatas, mungkin berganda? erk
saiz gambar yang terlalu besar dapat dicilok lalu di-adobe photoshop-kan, korang sendiri pun tahu apa akan jadi selebihnya..
bergambar biarlah bersahaja, supaya kita dikenali sebagai siapa diri kita, kalau sempurna, sempurna lah, tak perlu menyempurnakan lagi, dah cukup bersyukur dah la ada rupa, =,=
gambar juga merupakan salah satu faktor fitnah berleluasa, awas~
wallahualam
wassalam..
No comments:
Post a Comment