photo home.png  photo home.png

31 December 2011

islam vs ISLAM

Assalamualaikum

memandangkan kita dah nak kiamat, hah, tiba-tiba je pulak kan, umur dunia kian melanjut tua kian lemah seiringan dengan keruntuhan akhlak kalangan kita sebagai Khalifah di dunia ini,
bahasa mudahnya, semakin hampir kita dengan kiamat, semakin rosak akhlak manusia, tak kira Islam ataupun tidak, kesedaran itu ada namun terlalu nipis, sehinggakan tak mampu berbuat apa-apa.

tapi fokus aku kali ini adalah kepada kita yang yang bergelar Islam, apakah yang dimaksudkan dengan agama Islam, siapakah yang memeluk agama ini, bagaimanakah cara hidup mereka sebagai seorang Islam, adakah kita seorang ISLAM? segala persoalan bakal terjawab (tak ada lah..gurau je), insyaAllah, apa yang aku ada, aku kongsikan..


sebelum tu, untuk mengelakkan tersebarnya ajaran sesat Nazrin Izhar, lebih baik aku tak payah taip tentang benda yang aku tak fasih, tahu tu memang tahu, tapi tak fasih, maka lebih elok kalau aku tak cerita, kan?

sebagai seorang Islam, korang pun tahu apa maksud Islam kan, Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu sehari semalam, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

terbuka buat setiap insan, tidak kira hitam mahupun putih, tua mahupun muda, kecil atau besar, cacat atau sempurna, sesiapa sahaja layak memeluk agama Islam, tiada pangkat darjat kelayakan yang diperlukan.

Islam, agama yang sempurna, merangkumi segala aspek, cukup lengkap dari segala segi. setiap perlakuan itu ada adab tertibnya, bukan bertujuan untuk menyusahkan, malah memudahkan bagi mereka yang memahami ertinya yang sebenar, dan Islam itu tidak sesekali pernah mengajar keganasan, begitu juga perkara-perkara mungkar.

jadi persoalannya, adakah kita islam, mahupun ISLAM?
tengok, perkataan pun punya maksud tersirat, ha..

ISLAM yang aku maksudkan disini ialah mereka yang memeluk agama Islam dengan sepenuh hatinya, cukup sekadar mengikut segala perintah Allah, betul-betul mengikut perintah Allah, itu sudah melayakkan anda bergelar ISLAM. antara ciri-ciri mereka yang dapat aku senaraikan adalah:
-menjaga waktu solat
-menjaga aurat
-menjaga pertuturan
-menjaga pergaulan
-menjaga pancaincera
-dan menjaga yang selainnya (banyak sangat nak senaraikan)

manakala islam yang aku maksudkan disini ialah mereka yang beragama Islam, tetapi tidak berperwatakan Islam. ayat mudah, Islam pada gelaran, sekadar di MyKad juga dinama, yang lain, out of order (ayat apa aku pakai ni?) ciri-ciri mereka:
-solat suka kira burn
-maksud aurat tidak wujud dalam kamus hidup
-cakap ikut sedap 'irama'
-prinsip lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki
-skodeng selagi mampu
-bergaya supaya dipuji dan digilai dan dapat diriaki dan lagi lagi lagi
-dan banyak lagi, betul, banyak sangat samapai kita tak sedar yang kita pun selalu amalkan, erk
jangan risau, jika anda berada didalam golongan ini, anda masih seorang Islam, tetapi bukan seorang Islam yang berkualiti


sehubungan dengan itu, tidak perlu dikhuatiri akan ketidakkualitian anda itu kerana ia mampu dipertingkatkan lagi agar lebih mantop. apa yang perlu hanyalah kesedaran, kesedaran akan membawa kita kepada perubahan, kuatkan hati, paksa diri demi untuk menyelamatkan keadaan. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selagi belum tiba hari kebangkitan, insyaAllah taubatmu itu akan diterima. ^^

ayuh sahabat mari kita bersama menjadi seorang mukminin dan mukminat yang lebih berkualiti
moga lebih bermanfaat buat diri kita, masyarakat kita, agama kita, insyaAllah..
wallahualam
wassalam..

30 December 2011

Senang Kau Cakap

Assalamualaikum

akhir-akhir ni rajin pulak aku update blog aku ni kan, haha..tu la, rasanya macam ada je benda yang aku nak ceritakan, semakin meningkat dewasa ni kan, semakin banyak la yang kita tahu, semakin banyak la yang kita fikir, semakin banyak masalah akan timbul, takpe, bersabar je, tenangkan fikiran, sentiasa ada jalan penyelesaiannya, dan ingat, bunuh diri bukanlah satu langkah yang terbaik, malah terburuk sesangat buruknya lah.


aku teringat kata-kata Imam Muda Asyraf tu, memang senang bagi para kaunselor, penasihat-penasihat, guru- guru dan rakan-rakan sekalian (dah macam ucapan perhimpunan lah pulak..) untuk memberi kata putus bagi mereka yang menghadapi masalah (bukan ayat dia yang sebenar, aku tokok tambahkan sikit)
 "cekgu, tolong saye cekgu, buku saye dah hilang kene makan dengan kucing saye, betol cekgu, percayalah~" kucing makan buku, ??
 "hentikan sandiwara mu itu wahai Ahmad, segera siapkan kerja rumah mu itu dan hantar kepada ku dalam masa 27 saat, bermula dari sekarang" cikgu BM, macam tu la..
memang mudah bagi mereka yang sudah berpengalaman lagi berpengetahuan, setakat benda macam ni, huh, hujung jari je lah..hujung jari ke petik jari? android~ =_='

awas, masalah bakal menjadikan anda 'hebat'

jika kita benar-benar mahu bantu mereka yang dalam kesusahan ni, kita kena selami mereka, fahami mereka, andaikan diri kita adalah mereka, apa yyang sebenarnya meraka perlukan dengan keadaan mereka yang sedemikian, aku pun pernah buat jugak..
 "naz, tolong aku naz, aku dah x tau nak bwat ape dengan awek aku, aku sayang dia tapi.."
 "ko clash"
 "tapi"
 "a a, takde tapi tapi, clash je teros, ape susah, kate kat dia, kite putos, clash, that's it"
 "ye la..(dengan nada hampa dan kecewa, dalam hati punya la..tak tau macam mana nak buat sebenarnya)"
nampak tak? dia hantar masalah untuk diadu kepada orang yang salah
hahaha

senang je kita cakap buat ni buat tu, tapi kita tak sedar, betapa susahnya bagi mereka untuk melakukannya. faham betul-betul situasi mereka, lebih mudah jika kita sendiri punya pengalaman, dan pengalaman tu boleh la dikongsikan, mana tahu, ada yang dapat membantu.

dan kalau kita yakin yang kita memang pemusnah harapan yang tak dapat disangkal lagi, maka serahlah masalah tersebut kepada orang yang mungkin lebih arif dengan masalah tersebut, tapi ingat, ada perkara yang perlu kita sembunyikan, jangan sesekali buka aib orang lain, kelak Allah akan membuka aib kita dihadapan khalayak manusia, ha..jaga-jaga~


la tahzan, setiap masalah itu sentiasa ada jalan penyelesaiannya, cuma hasilnya mungkin berbeza dan tidak sebagaimana yang kita jangka, tapi sekurang-kurangnya, terselesai lah jugak masalah kita tu kan, insyaAllah, Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamabaNya yang beriman, insyaAllah..

wallahualam
wassalam..

28 December 2011

Berubah..?


Assalamualaikum

alhamdulillah, itu satu keutamaan apabila kita berjaya mencapai sesuatu, kita harus berterima kasih dengan Allah, kerana tanapa keizinan dariNya, tiada satu benda akan terjadi, sebegitu juga dengan penghargaan kita buat mereka yang berjasa dengan kita, alhamdulillah harus terpacul terlebih dahulu sebelum ucapan terima kasih, faham maksud aku kan?

aku rase senang sikit bila dapat menaip, maklum la, nawaitu tu kuat, tapi keazaman nak melakukan tu kurang. Bercakap tak kesampaian, menaip pun jadilah..harap-harap sesiapa yang membaca post aku ni, dapat ambil iktibar dengan apa yang aku cuba kongsikan dan insyaAllah, kalau ada apa-apa kekurangan atau kesalahan, sama-sama kita perbaiki, korang salah kami bantu, aku salah korang bantu, semoga kita dapat menjadi Mukminin dan Mukminat yang lebih berkualiti, insyaAllah..

akhir-akhir ni banyak benda yang aku nak ceritakan tapi kemalasan tangan tidak tertahan, hanya hati dalam ni saja dapat memendam (apakah..)
ouh, aku tercari-cari, ada tak device yang boleh taipkan apa yang kita cakapkan (ni kes malas punya pasal la ni), rupanya memang ada, operating system android 2.3, apa yang kita cakap dia boleh detect ouh..haha
(orang lain semua dah tau la Nazrin.. =.=') ya, aku sudah terpengaruh dengan dunia teknologi, urh..

ok ok, kita ketepikan RotiHalia dan sebagainya itu, ayuh kita fokus pada perbincangan kita yang sepatutnya dah sampai kat tengah-tengah pengisian,
ni mukadimah tak start lagi ni, adess


pada 27November yang lalu kita telah mengalami fasa baru dalam hidup kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini, ya ya ya, Awal Muharram telah berlalu dan kita kini berada di tahun 1433H, tahun yang kian mencabar dengan pertumbuhan godaan yang semakin pesat membangun.

jadi, apakah persiapan kita bagi menghadapi para penduga ini? cukupkah dengan android 1.6 anda tu? (tengok, kuat tak pengaruhnya terhadap aku) segalanya kini telah berubah, jika dahulunya para penjual ayam goreng hanya dijual di kedai makan, makan dengan nasik putih. hanya berbekalkan sos dan rempahnya yang berbagai tu, sudah cukup untuk menarik minat para peminat ayam goreng untuk singgah di kedai mereka sambil melabur saham untuk perut dan nafsu mereka, mungkin. tapi kini, ayam goreng lebih mudah didapati, restoran ada, pasar malam ada, yang macam gerai burger tu pun ada, ya, ayam-ayam kini lebih berkuasa.
sehingga aku pun tergoda..malam tadi aku lepak KFC dengan sahabat-sahabat aku sampai pukul 3pagi, makannya bukan banyak pun, sembangnya je lebih, kongsi pendapat la katakan..

jadi bagaimana caranya untuk para penggila ayam terbabit ingin menahan nafsu mereka dari terus bermaharajalela? jika anda mencarinya disini maaf, saya bukan penyelesainya
ye la, lain orang lain karakternya, ada yang boleh dengan cara ni, tapi ada yang tak boleh dengan cara ni
jadi penyelesaiannya terletak di dalam diri anda sendiri, anda perlu bertindak sendirian kerana hanya anda sendiri yang memahami akan diri anda sendiri (ha?) orang lain tak akan faham sebagaimana anda memahami diri anda, mungkin orang kata
 "ko tak elok la pakai tie, nampak hodoh gile" seriously, dia memang jujur
tapi kita tahu, mengapa kita mesti pakai tali leher
 "ko nak kene buang keje? ha, ko buat la.." tak pakai tali leher kene buang kerja? =.=

jadi dalam menangani godaan yang telah diupgradekan tu, kita pun kena la upgradekan diri kita juga, jangan sesekali kau berasa selesa berada di takuk yang lama, kelak bakal memakan diri (tu dia..)

aku pun berusaha meningkatkan usaha aku yang sebelum-sebelum ni tak berapa nak berkesan, ye la, manusia bukan sempurna, setiap seorang dari kita semua ni, sekurang-kurangnya akan ada 7 kelemahan (aku taip je), hanya perubahan demi perubahan yang dapat membantu kita menganalisa kelemahan diri kita sendiri, lantas langkah demi langkah dapat diatur dengan lebih kemas dan teliti

jadi
berubahlah sebelum anda diubahkan
??
wallahualam
wassalam..

22 September 2011

Promosi Maksiat

Assalamualaikum




alhamdulillah, aku rajin jugak akhirnya nak menaip ni kan..actually, banyak benda yang aku nak ceritakan, cuma malas sesangat nak menaip, kan best kalau kite cakap je, ade yang menaip, hehe..tapi tu la kan, antara dugaan untuk kita berkongsi pendapat, ilmu atau menyampaikan dakwah; berputus asa untuk berdakwah kerana terlalu malasnya nak bercakap punya pasal, haha


baru-baru ni, aku ada terbaca satu artikel dimana, setiap kali kita bangun tidur, tanyakan pada diri sendiri akan sebab, mengapa kita masih mampu tersedar, dan bangun tidur seperti biasa? cadangan jawapan yang diberikan oleh seorang tokoh Islam (aku lupa la nama dia) ni ialah, Allah masih membenarkan kita hidup seperti biasa supaya kita punya kesempatan untuk bertaubat atas dosa yang telah terlalu banyak kita lakukan, subhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar


ok, tu hanyalah sampingan semata-mata






sebelum tu, post aku kali ni adalah hasil bacaan aku sendiri kat iLuvIslam.com. bukan cuba untuk mencetak rompak artikel darinya, cuma aku menaip ni sebagai peringatan buat aku dan sahabat-sahabat di luar sana, yang masih belum tersedar lagi dan mungkin terlupa akan apa yang kita lakukan


maksiat, umumnya ia bermaksud melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa, kecil atau besar, tetap dosa


dan promosi pula bermaksud, menghebahkan atau memperkenalkan


maka pada pendapat aku, promosi maksiat bermaksud, mengalu-alukan orang lain turut serta mendapat dosa


mengajak orang lain buat maksiat sekali, tu memang dah terang-terang kita nampak ianya berdosa, tapi dosa yang secara kita tak sedar ni yang kita risau ni. tiba-tiba saja dosa jadi banyak sedangkan kita tak sedar, ianya memang angkara kita sendiri


aku pun tak berapa pandai nak menyampaikan mesej ni
senangnya aku bagi contoh lah
situasi di pusat membeli-belah
Lelaki A : ko tengok tu B, astaghfirullohal azim, seksi betol perempuan tu!
Lelaki B : mane, mane?
Lelaki A : tu, yang dudok dekat sebelah gerai aiskrim tu
Lelaki B : ha'a la, astaghfirullohal azim, seksinye..


lelaki A mungkin sekali pandang saja, tapi bila dia ceritakan pada lelaki B, lelaki B turut memandang perempuan tersebut, kalau dia pun pandang sekali saja kira ok lagi la, tapi kalau dia pulak tengok sekali, dua kali, tiga kali, empat kali, dan berkali-kali, maka dah dapat dosa dah. nasib baik la berdua saja, kalau sekumpulan..sah-sah kalau sorang cerita, semua melilau mata mencari!






kadang-kadang, kawan kita ni memang jenis faham sangat perangai kita. kalau kita tiba-tiba saja cerita pasal sesuatu, mesti mata dia bulat mencari-cari sumber syarahan kita tu. contohnya la kan
situasi di padang bola
Perempuan A : kite sebagai umat Islam, seharusnya, menitik beratkan akan cara kite berpakaian, tambah-tambah lagi bile nak bersukan, bukan pakai redah je
Perempuan B : (liar mata memandang sekeliling mencari insan yang dimaksudkan sahabatnya sebentara tadi)


tu la, mungkin niat kita baik, nak bagi ceramah seminit, tapi keadaanya pula tak berapa nak kena. buat la lepas beredar dari situ ke kan, selamat sikit.


maka cadangan saya sebagai saudara seagama, dah nampak, diam buat-buat macam tak nampak, JIKA, jika dia yang kita lihat tu tak ada kena mengena dengan kita atau dengan kawan-kawan kita yang ada bersama, dan jika kita memang sangat tidak berani untuk menegur perbuatan insan tersebut.


tapi jika kita rasakan yang kawan-kawan kita yang ada bersama kita tu memang mampu menegur perbuatan insan tersebut, maka lebih baik bagitau dia, inysaAllah dia tahu apa yang lebih baik.


itulah kesannya peribadi seorang sahabat terhadap kita (dah lari tajuk), besarnya peranan kita sebagai seorang sahabat.






lumrah kita sebagai manusia, kadang terlupa akan batasan sesuatu perkara
terlepas kata-kata yang tidak sepatutnya
namun Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
masa masih diberi kepada hamba-hamba-Nya
supaya sempat bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang lalu
sebelum tiba saatnya Izrail menjemput kita


wallahualam
wassalam

15 August 2011

Ramadhan



Assalamualaikum

Memandangkan sekarang ni bulan puasa, maka ramai la yang buat cerita pasal puasa. Kebanyakan blogger-blogger pun ramai yang buat cerita pasal puasa, buku Ujang pun buat lawak puasa, kalau tekaan aku kena la, hehe.


tekaan aku tak kena


Kalau kita tengok, dalam bulan puasa ni la masjid penuh, dalam bulan puasa ni la ramai yang tiba-tiba jadi ustaz, dalam buulan puasa ni la ramai yang makan curi-curi, haha. Dan selepas berlalunya bulan puasa ni, semua tu hilang, mana insan yang selalu turun waktu solat terawih hari-hari tu? Mana pergi ustaz yang selalu mengajak orang buat pahala tu? Er..mana budak-budak yang suka curi-curi makan tu?

Pelik atau tak, kita dapat tengok sendiri bagaimana perkara sebegini terjadi. Ramai yang turun SOLAT SUNAT TARAWIH berbanding SOLAT-SOLAT FARDHU kan?
fikir fikir fikir



Aku terus tertanya-tanya dengan diri sendiri, kenapa diorang ni anggap puasa dan SOLAT SUNAT TARAWIH tu lagi penting daripada SOLAT FARDHU ya?

Bila aku tengok balik rukun Islam, daripada yang atas sekali, ianya bukan puasa. Tapi kenapa Islam Melayu ni, berpuasa, hampir sempurna jika dilihat, namun solatnya kemana?

Rukun bermaksud perkara yang perlu dipatuhi untuk mencapai kesempurnaan. Rukun Islam itu ada lima:
   mengucap dua kalimah syahadah
   mendirikan solat lima watu sehari semalam
   berpuasa di dalam bulan Ramadhan
   menunaikan zakat
   menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Nampak turutannya? Kenapa solat fardhu itu dipandang remeh seolah-olah kedudukannya paling bawah sekali, sedangkan Allah menyusun rukun Islam itu daripada yang paling mudah, apakah kita merasakan solat itu lebih susah berat dan payah daripada berpuasa?

Dan ini pandangan aku. Sebelum tu, aku nak ingatkan korang-korang sekalian, INI PANDANGAN AKJU SENDIRI, bukanlah ketetapan yang dah dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Sedunia atau apa-apa pertubuhan sekali pun, kalau korang nak boikot aku pun, boikot je la, jangan salahkan aku kat akhirat kelak, sudah..

Aku rasa, mereka yang berpuasa tapi tak solat ni sebenarnya jaga imej diri kot. Kalau tak puasa, orang nampak, so yang mana tak tahan tu aku rasa..depan orang je dia puasa, belakang-belakang tu..ek ehem. Dan pasal solat, orang tak tau samada kita dah solat ke belum, kalau orang tanya pun kita boleh tipu, tapi kalau tipu yang kita tengah berpuasa sedangkan tak, bersepah bau nasik kari yang kita bantai tadi, nampak permainannya?



hiasan semata-mata



Huh..aku tak berani nak tuduh sesiapa tapi sedarlah, tak bersyukur kah kita sebagai Islam yang diwarisi sejak turun-temurun. Kita mendapat kesenangan di negara Islam ni kerana kita Islam semenjak lahir, berbanding sahabat-sahabat kita yang bukan Islam tu, samakah nasib mereka seperti kita? Sahabat kita yang Islam seperti kita juga ada yang tidak bernasib baik seperti kita, Islam mereka diuji dengan dahsyat sekali. Sungguhpun mereka diancam sehingga maut, Islam yang mereka ada itu mereka peluk sehingga ke akhirnya, tapi kita, Islam kita yang tak seberapa ujiannya, sanggup kita melemparnya ketepi? Sanggup kita meremeh-temehkan Islam kita?
astaghfirullahalazim..


ya, Malaysia!

Tak mengapa jika tidak berpuasa kerana kita benar-benar tak mampu, tapi seteruk mana sekalipun sakit yang kita hadapi, solat itu tetap WAJIB ditunaikan.

Ringkasnya, kelima-lima rukun itu wajib kita tunaikan, tak ada kompromi, semua Islam yang cukup syarat WAJIB menunaikannya. Tak kira siapa kita, besar kecil, tua muda, putih hitam, sempurna mahupun cacat..hanya kerana kita adalah Islam.

wallahualam..
wassalam

27 June 2011

Think The Best, Expect The Worst

Assalamualaikum
kalau kita nak berjaya, kita kena target yang tertinggi bukan? ok contoh la, kalau kita nak berjaya masa kat sekolah, sudah semestinya akhir sekali kita kat sekolah, kita akan melalui SPM. Dan pencapaian tertinggi untuk SPM ialah straight A's. SO, kita target tinggi-tinggi dengan yakin bahawa kita boleh capai peringkat tersebut. Tapi, selain pada tu kita kena tengok keadaan diri kita sendiri juga. Sejak daripada tadika, markah 0% mmg dah sebati dengan diri kita. Jadi target untuk melepasi 50% sudah memadai, kalau dapat sampai 100% tu memang anda genius ekspres!


saye sayang kucing saye
mari kita berfikir sejenak, kalau kita target sampai sesuatu tahap tu, minda kita akan di set untuk berusaha sehingga mencapai tahap tersebut. Betul, percaya la cakap aku. Kalau kita nak iPad sebiji, kita akan simpan duit sampai cukup-cukup je duit nak beli iPad sebiji. KIta takkan simpan lebih sebab kita memang nak sebiji je, betul tak? Sebab tu kita kena target yang tertinggi hasilnya nanti tak berapa mengecewakan.

Ada satu kisah benar yang berlaku dekat sahabat  aku ni. Dia target dia akan capai PNGS 3.5 untuk semester satu paku engajian dia, tapi hasilnya dia dapat 3.44, sebab dia target cukup-cukup je. Jadi dia masa semester dua, dia target tinggi lagi sebab katanya'
     "haritu aku target 3.5 dapat 3.44, agaknya kalau aku taget 4flat..dpt la 3.99 camtu kot, haha!"
ok, hasilnya, PNGS dia untuk semester dua tu ialah 3.68, ok la kan. Akhrinya dia lepas ju target asal dia yang 3.5 tu. Dan untuk PNGK pengajian dia, dia target 3.7 something. Akhirnya lagi, PNGK dia menpai 3.56. Walaupun tak sampai apa yang dia target kan, bila dia ubah je target dia kepada yang lebih tinggi, dia dapat capai target dia yang sebelumnya, hebat tak? ha..

ye, apabila kita cuba berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu, masalah akan muncul. Walaupun sikit, masalah la juga. Dan selalunya masalah ni akan menolak kita ke arah kegagalan. Maka dengan itu, segala persiapan perlu ada termasuklah persiapan mental kita untuk menerima masalah tersebut.

Sebab tu, disamping kita target yang ter tinggi, kita perlu menjangkakan yang terburuk yang bakal berlaku. Aku ambil contoh dari kisah sahabat aku yang seorang tadi tu. Dia target 4flat, dan dia juga dah rancang, apa yang akan dia lakukan kalau dia dapat 1.5 ke bawah. Dengan cara ini, dia dah bersedia dan insyaAllah dia dapat terima apa yang telah Allah berikan. Tak ada la lagi gila kerana tekanan masalah, terkejut beruk sampai pengsan, berteriak sesangat-sangat atas kematian seseorang..kita perlu jangkakan yang terburuk dan buat perancangan awal supaya kita lebih bersedia.

Macam sahabat aku yang seorang lagi ni, setiap apa yang dia buat, jangkaan terburuk dia ialah MATI. Contohnya kalau dia nak pergi masjid ke kan, katanya,
     "aku akan sampai masjid, aku akan azan, aku akan solat di belakang imam, atau..aku akan mati di pertengahan jalan kerana sesuatu menimpa aku"
apa-apa pun yang dia buat, dia mesti akan kata
     "kematian adalah ketentuan muktamad, beramal sebaiknya selagi mampu"

kita sebagai hamba-Nya Yang Maha Esa, hanya layak merancang sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan dan kehendak diri
namun hanya Dia, Allah Yang Satu sahaja yang menentukan pencapaian kita semua, samada masih dibenarkan berusaha, ataupun masanya telah tamat..

wallahualam
wassalam

25 June 2011

Situasi Menentukan Siapa Kita

Assalamualaikum

hari-hari yang kita lalui, kadang-kadang seronok, kadang-kadang tak. kita tak minta yang buruk tu datang dan kita sememangnya inginkan yang indah-indah belaka. betulkan, tak siapa pun yang nak perkara buruk tejadi pada diri kita sendiri, tapi ada juga perkara buruk yang kita sendiri sengaja cipta, nak kan perhatian kot?

kalau kita tengok sesuatu situasi tu kan, mesti kita akan terfikirkan sesuatu, mesti punya lah. contohnya,
     'seorang buta terjatuh ke dalam longkang'
dan perkataan-perkataan ini mungkin wujud dalam kepala otak kita,
     'dia tak nampak, memang la..'
     'ada orang tolak dia kot'
     'apa punya besar longkang tu pon tak nampak ke?'
setiap orang ada tanggapan tersendiri sehingga la kita tahu perkara yang sebenarnya,
     'pakcik nak carik tongkat pakcik nak..tadi terjatuh kat mana pon pakcik tak tau..'

tengok, setiap situasi menentukan samada kita mendapat dosa mahupun pahala. dengan setiap tindakan yang kita lakukan ke atas sesuatu situasi itulah yang menentukan pahala dosa kita, ya, semua situasi.

ok, ada satu situasi ni cukup sensasi sehingga membuatkan setiap mata yang memangdang ingin memberi pendapat mereka yang tersendiri
     'seorang lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan bertingkah laku sesangat macam perempuan'
gambar situasi ni aku jumpa kat dalam laman sosial, komen untuk gambar tu memang lah panjang berderet, punya lah ramai yang nak komen, antaranya
     'bod** punye lelaki, dah elok jadi lelaki nak jadi perempuan!'
     'mungkin dia ada masalah dia sendiri'
     'ni mesti sebab member-member dia ni'
     'mak bapak dia suke tengok anak dia jadi camtu, memang la..'
     'aw~u look gergous darling~'
macam-macam lagi la. Ada yang hina, ada yang pasrah gitu, ada yang tak kisah, yang menyokong..hish, tak tau lah.
macam mana pula jika kita berada dikalangan mereka yag memberi komen tu? golongan pengkritik yang bagaimanakah kita?

Amar maa'ruf nahi mungkar, berserulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Halang kemungkaran itu dengan kuasa atau tangan, jika tidak halanglah dengan mulut, dan selemah-lemah iman itu mencegah dengan hati. Lebih baik daripada tak buat apa-apa lansung kan? Sebagusnya, jika ada sesuatu situasi itu yang mengundang kearah kemaksiatan, seharusnya kita cegah dengan segera, bukan memberi komen yang tak berapa membina, tambah lagi mencela. Mungkin hatinya terbuka untuk bertaubat dan berhijrah kepada yang lebih baik. Cukup sekadar tiga kali. Tugas kita sesama Muslim adalah saling ingat-memperingati, bukan memaksa ataupun menghukum.

Setiap apa pun yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah memberi peluang kepada hambanya untuk beramal dan mengumpul pahala sebanyak mungkin. Tapi ini semua hanya dapat dilihat oleh mereka yang bersyukur. Kita yang selalu lalai dan leka, seronok dengan keindahan dunia, selalu bertindak tanpa memikirkan dahulu maksud yang tersimpan disebalik sesuatu itu. Pemikiran yang positif sangat membantu dalam situasi begini. Katakan pada diri kita, mereka telah melakukan yang terbaik yang mereka lakukan. Dan jika perlu, kita hendaklah bimbing mereka ke jalan yang benar, bukan mengkritik tanpa berbuat apa-apa.



jika niat kita baik, insyaAllah Allah akan bantu dan bimbing kita dalam setiap perkara yang kita hadapi.

wallhualam
wassalam..

17 June 2011

Hartaku Bukan Milikku

Assalamualaikum

dalam usaha kita meneruskan lagi hidup kita yang kian menjelang penghujungnya, kita memerlukan makanan bukan? dan sebelum wujudnya makanan itu, mesti kena ada duit kan?
     'bro, dalam dunia ni mana ada benda free..nak basuh tangan pun kena bayar 20sen'
aku mintak kat google ye
so, macam-macam la caranya manusia ni buat untuk mendapatkan rezeki, dengan cara halal mahupun tak halal, a.k.a. haram la. tapi ada jugak yang cari dengan cara halal tapi jadi haram jugak, aha, awas..

mudah je nak carik rezeki halal ni sebenarnya, KERJA UNTUK MAKAN, tak ada usaha, tak boleh makan. tu prinsip aku la, lagipun betul la kan, kau malas nak buat apa-apa, mampus la, ada kudrat semua cukup, pun tak reti nak suap makan sendiri ke?? lain la kalau korang anak Agong ke, anak Sultan ke, anak Datuk pun cukup la, memang boleh kalau korang nak orang suapkan, asalkan korang ada hulur duit, see, nak mintak orang tolong suapkan pun kena bayar..
tapi bukan dengan kerja semata boleh dapat rezeki yang halal, mencuri merompak serta riba juga ada satu perlakuan dan pekerjaan, even ianya boleh dikatakan sebgai kerjaya professional, haha, kerja yang kita buat mestilah yang baik dan berlandaskan syriat gitu. tiada pecah amanah, tiada penyelewengan, tiada rasuah, tiada dadah, haha
carik sendiri kat google ye
yang jadi haram ni pulak pasalnye, kita dah buat semua ok dah, kerja ikut time, jujur, amanah, bertanggungjawab, ceria sokmo, memang kita la pekerja tip top, tapi malangnya kerja yang kita buat tu melalaikan serta melarang kita daripada bekerja untuk kehidupan akhirat. solat entah kemana, batas pergaulan lagi la, wallhualam..biasannya la kan, orang yang betul-betul jaga solat dia, dia tau cara bergaul yang elok dan diterima Islam, dah lari topik dah..
kita buat kerja punya la pulun, macam esok dah nak tinggalkan dunia ni dah, tapi bukan ke akhirat nanti tak ada satu sen pun yang akan kita bawa? mengapa perlu bekerja sehingga lupa akhirat? ingat wahai muslimin dan muslimat, rezeki itu datangnya hanya daripada Allah SWT, walaupun anda goyang kaki, kerja main facebook 24jam, kalau Allah dah tetapkan ada rezeki untuk kita, ada la, tapi apabila Allah tetapkan tiada lagi rezeki buat kita, subhanAllah, dari mana lagi kita nak dapatkan rezeki? sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Pemberi rezeki, seram sejuk aku pikirkan, hu~
banyak duit kau ye?
ye, jika anda pernah mengambil subjek tasawwur Islam, pasti anda tahu bahawa segala rezeki baik dilangit mahupun dibumi, kesemuanya adalah milik Allah 100%, tiada kompromi. ianya diberikan kepada kita untuk dimanfaatkan di atas muka bumi, untung dan ruginya adalah ketetapan Allah, dalam menguji kita sebagai seorang hamba yang beriman. kerana harta ada yang sanggup berbunuhan, kerana harta ada yang sanggup putus persaudaraan, kerana harta ada yang sanggup ke neraka, tapi dengan harta juga kita akan ke syurga. maka carilah rezeki yang halal dengan cara yang halal, memohon ampun dan bertaubatlah agar kita tidak tergolong didalam golongan orang yang rugi, maksudnya bila sampai masa dibangkitkan nanti baru nak menyesal, kat dunia time ada masa tu tak nak menyesal, derh..

alhmadulillah
dengan kurniaan Allah
hanya Dia Yang Maha Pemberi rezeki
dan segala harta itu adalah milikNya

wallahualam
wassalam..

14 June 2011

Berhargakah masa?

Assalamualaikum

setiap pergerakan kita ini tercatit, baik buruk, tak tinggal satu pun, semua sekali direkod. gula menjadi pemanis bagi kopi yang pahit, amalan baik menghapuskan dosa kecil, kerana itu kita diberikan sesuatu yang cukup berharga, iaitu MASA.
the time is running out


sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. alhamdulillah kita masih diberikan masa untuk bertaubat dengan kesilapan kita yang lalu, serta masih mampu beramal dengan selesa, kita di Malaysia bukan?

aku agak terkilan dan cuba untuk berfikiran positif, mengapa mereka yang baik ni tidak mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam, apa susah sangat ke Islam? aku sedar yang aku sendiri pun kadang-kala buat juga satu dua tu, jadi aku rasa, kita kena selalu beringat yang ajal itu akan tiba tidak kira siapa kita atau di mana pun kita kan? perkara terbaik yang aku rasa adalah, aku akan cuba memberi peringatan kepada semua disamping aku meingatkan diri aku sendiri..
elps!
ok, sekarang ni aku sedang bekerja sambil menuggu tawaran untuk sambung belajar, jadi perkara yang aku akan ambil berat buat masa ni adalah perkara-perkara yang berkaitan kerjalah kan. kebanyakan alasan mereka yang tak solat tu ialah tak ada masa. tapi aku tengok, kalau ada masa lapang pun bukan diorang solat pun, ada je benda yang nak dibuat. harap maaf bagi sesiapa yang terasa, tapi niat aku memang nak bagi korang terasa..

ada satu artikel yang aku baca, orang Jepun mengatakan bahawa solat itu membuang masa. aku hormat pendapat mereka kerana mereka sememangnya tidak pernah membazirkan masa, tapi disebalik solat itu sendiri terdapat sesuatu yang lebih bernilai jika dibandingkan dengan masa. jika 24jam = RM24, maka solat 5minit = RM2424242424242424.

apa salahnya kita laburkan sedikit masa itu untuk sesuatu yang lebih berharga? bagi mereka yang tersangatlah sibuk dengan kerja, terdapat keringanan dalam solat bukan? tak salah jika kita melakukan yang rukun sahaja, ASALKAN KITA SOLAT.
anda?
 sedangkan yang sedang yang sakit, yang sedang berperang, yang sedang sesat tidak terbantu, KESEMUA MEREKA DIWAJIBKAN SOLAT (tidak mereka yang tidak cukup syarat sah adalah terkecuali), TERMASUKLAH KITA yang bersenang-lenang ini, apalah sangat kesulitan yang sedikit ini jika dibandingkan dengan mereka yang lain.

kita boleh melepak depan tv layan cerita kartun, kedai mamak sembang kosong, dating kat taman bunga, duduk depan laptop lama-lama, tapi guna 5minit untuk solat tak boleh? kalau betullah kita ni memang pemalas tahap dewa, lakukan yang wajib sudah mencukupi, ingat ya, ASALKAN KITA SOLAT.

memang indah saat-saat yang kita lalui ini, tapi kita harus ingat, indahnya di dunia ni bukanlah kekal selamanya, akhirat kelak jauh lebih indah dan lebih lama jika dibandingkan dengan dunia kita ini.
maka gunakanlah sisa waktu yang masih ada ini dengan amalan yang berpahala supaya tidak panjang tempohnya untuk kita ke syurga di akhirat kelak.

wallahualam
wassalam..

01 May 2011

Itu Bukan Tugas Anda

Assalamualaikum

saya sedar boss anda kemetot
keadaan bos anda apabila anda mengambil alih tugasnya? selaku kuli setia, adakah anda berhak mengarahkan pembantu peribadinya menggilapkan kuku kaki anda? sah..kalo bos yang jenis kepala baran punya tu, anda bakal mendapat pekerjaan baru iaitu melepak dirumah

situasi yang sama disini dimana, kita telah mengambil alih bahkan menukar apa yang telah Allah tetapkan, cerita sekarang ni bukan pasal jodoh dan rezeki, tetapi pasal ajal dan maut.

aku tak tau, dikalangan Islam, Hindu atau Buddha, agama yang mana paling banyak bunuh diri, tapi aku rasa, tak ada agama yang membenarkan penganutnya membunuh diri.
anda sleepwalker? hehe
think this rasionally, keburukan lagi banyak daripada kebaikan, mungkin kita akan rasa lega bila kita dah bunuh, dah tak ada masalah lagi untuk difikirkan, lagipun, kata dah mati, memang la..tapi, orang lain yang masih hidup berkemungkinan akan menerima masalah dan impak yang lebih besar. walaupun anda hidup berseorangan, kehadiran kita sebagai insan di muka bumi ni ada maknanya.

Firman Allah SWT,
     "Tidak Aku jadikan manusia dimuka bumi ini melainkan untuk beribadat kapada-Ku semata-mata"
setiap apa yang kita buat, niat kita mestilah lillahitaa'la, kerana Allah semata-mata, bunuh diri kerana Allah taa'la??

ringkasnya disini, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan ajal maut seseorang itu, bukan tugas kita untuk mencabut nyawa kita sendiri, sebab itu di sisi hukum Islam, HARAM BAGI MEREKA YANG MEMBUNUH DIRI.
fikir sampai masak kepala
 ajal maut mampu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, setiap kali kita teringat akan mati, secara tidak lansung kita akan takut akan balasan yang akan kita terima sesudah kita mati kelak. sebab tu, orang yang selalu ingat akan mati adalah orang yang bijak kerana setiap apa yang dia lakukan akan dilakukan dengan bersungguh dan berhati-hati supaya tidak menyesal di kemudian hari.

apa-apa pun yang kita buat, fikirkan secar menyeluruh, bukan tentang kita saja, tapi termasuk hukum halal haram, family, komuniti, maybe nature pun akan effect? mana la kita tau kan..

wallahualam
wassalam..

17 April 2011

Bila manusia buta kerana dunia

Assalamualaikum

terima kasih sahabat
anda seronok melihat rakan anda memalukan dirinya sendiri?
seronok melihat telatah si kecil bermain bersama jari kakinya?
seronok melihat keindahan alam?
seronok skodeng orang?..
ok ok, memang seronok la bila mata tu ada lagi, kalau dah hilang kang?

haruslah anda anda sekalian beringat selalu bahawasanya, (ini bukan ikrar ye), setiap apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman sementara buat kita yang tidak ada bunga atau cukai tambahan. cuma kena bayar balik je la, caranya? manfaatkan pinjaman tersebut sebaik mungkin, buat aktiviti yang berfaedah bersamanya, pergi picnic ke, bawak bersiar-siar di taman bunga ke, camping dalam hutan ke..ye saya maksudkan anggota badan anda,,bukan makwe pakwe mahupun honey baby anda.

buta yang aku nak celoteh kan ni ialah berkenaan dengan mereka yang celik, tetapi dalam tak sedar, (pakai kita lah) kita buta, kita nampak ianya tak boleh buat, tapi kita still buat, sebab apa ye para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, sebab kita dah jadi buta dek kerana kabus dunia yang terlalu tebal sehingga kita dah tak nampak mana jalan sebenar untuk ke syurga. yang kita nampak hanyalah jalan kesenangan yang serba sementara, ya, SYURGA DUNIA..

nenek kebayan si bongkok tiga~
sebagai seorang yang rabun jauh, sesungguhnya aku sangat bersyukur terhadap apa yang telah Allah tetapkan ini, walaupun aku selalu la jugak jadi bahan geletek perut member-member aku tu. mengapa ye? hah, sebab jika saya rabun, saya tidak lagi dapat melihat kemungkaran dan kemaksiatan dengan jelas, even ianya berlaku  hanya 5 meter di hadapan aku, hah, dasat tak rabun aku. same story for those who are blind either since they we're born or not. buta yang dianugerahkan ini sangat membantu mereka-mereka yang berkaitan dalam mengumpul dosa dan pahala. dan semestinya  buta ini adalah buta yang baik.

but, it is inversely propotional with 'buta kerana dunia' (tak reti aku nak terjemah dalam bahasa inggeris nya), buta jenis ini amatlah buruk kesannya, mengapa? kerana dunia, kita akan ketepikan suruhan dan larangan Allah SWT. hah, meremang bulu roma

1. kerana cintanya pada kekasih
macam dah kita  berani buat, Allah kata jangan sakiti diri sendiri,
     "demi u, lautan berapi i sanggup redahi"
suruh bergolek atas bari api pun cukup la, dah macam ulat gonggok kena goreng rupanya ha. tak payah nafikan la, even kalau korang jenguk luar tingkap tu (waktu malam) mesti ada je couple 'bersenggama', jangan salah tafsir perkataan tersebut ye, perlakuan mereka yang terlalu rapat itu membuatkan aku menggelarkan kelakuan tersebut sebegitu. ayatnya manis sesangat lah, kalau buat kopi, mau kencing manis seumur hidup.
     "awaklah cinta saya yang teragung, percayalah~ (terus masuk lagu Datuk Siti Nurhaliza)
hek eh? Allah, Rasul, parents, nyawa?? cakap main lepas je. lagu-lagunya pulak memang bagai la
     (korang selalu nyanyi kan? hah, korang pun faham lirik lagu tu kalau korang amati betul-betul)

2. kerana pangkat dan kuasa
pakcik ni baik ye,
dia selalu tolong bini dia memasak di dapur,
ok, bergurau
selalunya orang yang yang gilakan pangkat dan kuasa ni orang yang berduit, saya ulang, ORANG YANG BERDUIT. maksud aku bukan la semua orang yang berduit, tapi kebanyakannya dari kalangan mereka, i mean, kita (sesiapa sahaja yang berduit tu). kaya atau miskin tu bukan menjadi penentu, even yang miskin pun sanggup berhabis duit asalkan dia boleh berkuasa. rasuah sana, suap sini, 'sedekah' lagi, demi kuasa, kita sanggup tebal muka, sanggup beli orang lain, even membunuh pesaing kita??

3. kerana pujian dan populariti
ini memang selalu sangat jadi punca utama mengapa kita ketepikan suruhan dan larangan Allah SWT. oleh kerana kita ni chantek cun melecun kachak bergaya, satu dunia kena akui..wth? perlu ke nak tayang apa yang kita ada, redha kah Allah dengan perbuatan kita ini? especially for those muslimah, terjagakah aurat anda? disebabkan member kita tayang ke'kachak'an mereka, kita turut tercabar untuk menunjukkan yang kita punya lagi besh, pertandingan ke'kachak'an bermula dan batas aurat terus dipinggirkan..

4. kerana malas dan yang seangkatan denganya
bukan dia yang pemalas,
adik dia
alasan terus diberikan demi mengekalkan keselesaan yang dimiliki. alasan yang paling popular sekali ialah sebab malas dan panas, baik lelaki atu perempuan, sama je.
     "mengapa anda berpakaian begini ye?"
     "senang nak bergerak, pakai seluar panjang? panas ah, lagipun cerewat la nak kena sarung sikit-sikit, boxer ni sarung terus je, pastu gerak, kan mudah? hehe =)" suka pulak
     "cerewet la, lagipun tengah panas ni, eyh, awak lelaki, awak tau apa pasal tudung? awak tau tak, nak pakai tudung ni kena bla bla bla~" aku pulak kena ceramah
Allah menetapkan sesuatu itu demi kebaikan hambanya sendiri, tidak dijadikan suruhan dan larangan itu untuk membebankan kita melainkan hanyalah untuk membantu kita semata-mata. kita sendiri pun tau kan kenapa aurat itu perlu ditutup?

semoga Allah memberi kita 'contact lense' yang mampu mendorong kita ke jalan yang benar, insyaAllah..
wallahualam
wassalam

15 April 2011

Solat Mencegah Maksiat?

Assalamualaikum..


mamat ni baik, dia nak pinjam je moto papa dia
ya ya ya..bertemu kembali kita dalam rancangan, Indahnya Islam..sejak bila pulak aku ada show sendiri entah, ha..topik yang bakal kena kupas pada kali ialah berkenaan solat yang kita selalu dok buat tu, i mean for those who are Muslim, yes MUSLIM


selalu kita dengar kan,
     "solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara-perkara yang mendatangkang dosa sama ada dosa kecil mahupun besar, dosa-dosa itu dapat dihindarkan jika kita mendirikan solat, sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian~"
(sumber Forum Perdana Ehwal Islam)


bersyukur selagi mampu
but still kita tengok ada je lagi ha mamat tu, sujud dia bukan main lama lagi, sampai imam dah bagi salam pun dia masih sujud lagi, tapi..petang-petang cam kanak-kanak tak cukup sifat lari kat tengah-tengah padang tu ha, bukan perangai kanak-kanaknya itu yang dipersoalkan ye Tuan-tuan dan Puan-puan, pakaian yang disarungkannya itu yang menjadi permasalahan..nya


dan lalu persoalan pun wujud
betulkah solat itu mencegah kita dari melakukan maksiat?

member aku cakap pulak,
maksiat dicegah dengan solat
bro, bukan sama je ke?
aku suka terbalikkan ayat da..
adess~


jadi dalam kanta lekap kasarnya, solat je, tercegah lah maksiat..
yuhuu~ korang pernah makan nasi tak? cuba try korang makan nasik, sudah semesti dan saya yakini bahawa anda tidak akan berasa puas hati, sebab korang makan nasik kucen, miau~ 
solat yang mencegah maksiat adalah solat yang sempurna, bukan tonggan terbalik macam orang sembah berhala (tidak bermaksud menyinggung mana-mana pihak, kang tak pasal-pasal muka aku naik paper), lepas solat, cao, doa tak ada, wirid nya pun entah kemana, ada je benda yang nak dibuatnya, tambah lagi waktu Asar,
    "Assalamualaikumwarohmatullah" (tak sampai 2 harakat, salam kanan je pulak tu)
kalau yang tak menyempat tu, dengan baju Melayu tu la dia turun main bola, sakai


kalau ini la yang kita dok selalu praktikkan, Allah pun buat tak kisah la kalau hamba dia sendiri pun buat kat Dia camtu, macam mana la Allah nak bantu kita mengelak dari buat dosa..


sedikit sebanyak tips mendapatkan solat yang sempurna adalah:
model paksaan, cilok kat google je
1. pakaian yang bersih dari segala jenis kotoran, yang degil mahupun yang dengar kata
yes, korang bayangkan, balik dari main konkrit (praktikal student Civil Engineering), terus solat, bukan la tak boleh, boleh je, bukan najis pun, but keselesaan tu yang membuatkan rase kusyuk tu lari, plus, akan berkaitan plak dengan point yang kedua


2. wudu' yang sempurna, sepertimana yang tercatit di dalam al-Quran
yang rukunya hanya 6 ya, niat, basuh muka, basuh tangan sehingga ke siku, basahkan kulit kepala, basuh kaki sehingga buku lali, dan tertib, maknanya ikut turutan la
sebelum berwudu', cuba hilangkan segala bendalah yang terlekat pada anggota bahagian wudu' seperti dakwat pen, liquid paper, bekas lumpur, kot ade yang suke main gam kertas tu ke, (apa la yang besh nya dengan gam tu, derh..) kalau air tak sampai kat kulit, tak sah ouh..sebab tu kuku kena pendek!


agak-agak, korang bley ke khusyuk kat sini?
3. kusyuk dalam solat, tak ada bola, tak ada awek, tak ada KFC, hanya Allah SWT
fikiran ku melayang-layang..lalalala~ STOP IT! kita ni hamba Allah yang maha lemah lagi maha kerdil, tanpa keredhaan dari Allah SWT, jadi ke apa yang kita nak buat tu? Mustahil boleh selesai dengan sempurna, so think about Allah, bayangkan yang kita betul-betul sedang bercakap dengan-Nya, umpama orang gaji mintak gaji lebey kat majikan dia, silap cakap, pelempang naik, kalo kita fikirkan benda lain masa tengah chatting dengan Allah? hampa pikiaq la sindri


4. istiqamah dalam bertaubat, cuba lawan nafsu-nafsi anda disamping itu (halamak..dah macam karangan SPM la pulak) practice make perfect, dah kalau hari-hari buat, maka jadi terbiasa la, kalau yang positif tak apa, yang negatif tu yang payah tu, dah lepas solat tu, berdoa, minta dengan Allah semoga diperkuatkan iman, agar tak berulang dah kesalahan kesalahan yang pernah kita lakukan di masa lalu




semoga kita dapat menjadi umat Islam yang sebenar, insyaAllah..
wallahualam
wassalam..

10 April 2011

Cakap Cakap Cakap

Assalamualaikum..

wah..minggu lepas study week
buku kiri kanan atas bawah depan belakang tengah, membujur lalu melintang patah
nota tak payah cakap la
umpama melimpah-ruah ke ladang gandum
dan jadi la kok~
( dah merepek dah )
emm..
nak post benda baru pun rasa cam tak ada idea
dah kepala otak fikir pasal exam je
sampai naik tepu dah otak aku ni
kata En Hakim ( roommate aku )
agaknya lembu ni pun dah bosan jadi lembu
ish, aku pun dah tak boleh nak cakap apa dah, study je la selagi termampu
kalau dah jadi gila kang baru stop
tak pun agak-agak dah nak pengsan ke, dah nak demam ke kan
tangkap gambar, tunjuk kat cikgu atau parents
betapa gilanya kami struggle untuk final exam ni
huh
( puas sikit hati )

sambil sambil study tu, mesti nak relax kan fikiran punya kan
so aku pon merayap kan la jari jemari yang agak ramping ni melawati blog-blog orang-orang lain-lain
hah, teqejot qe?? (seleng ah chai)
fuh, ceritanya sangat memikat hati !
gaya penyampaian yang sangat peramah
membuatkan aku rasa nak baca lagi nak baca lagi
betul best ouh dia punya gaya penceritaan, full star lah aku bagi
alah..cerita dia maybe orang lain boleh buat tapi caranya mungkin tak sama
asalnya aku saja je nak tengok muke aku ni dalam google image
mana tau ada lagi insan yang bergelar nazrin izhar
jeng jeng jeng
memang ada kot
lepas tu aku klik la kat gambar tu, then keluar la blog mamat bernama Hakim ni
bukan roommate aku tu ya
Hakim tersebut menceritakan tentang sahabatnya yang bernama Nazrin Izhar
bagi aku, posting dia memang best
tapi bagi korang aku tak tau la
lain orang lain pendapat kan

just aku nak cerita kat sini sebenarnya
seseorang tu boleh jadi seseorang yang handal bercakap kerana pengalamannya, atau kerana kemahirannya
terutama sekali bagi mereka yang hidup secara bersosial
banyak tengok ragam manusia, kongsi cerita
then diorang dapat sesuatu untuk diceritakan kepada orang ramai
ada pulak budak kecik yang baru pandai shuffle gitu
dah pandai bercakap macam cikgu berucap kat perhimpunan rasmi pulak
lapar kot?
kena pulak dia berleter panjang macam gf yang memarahi bf nya kerana kantoi main kayu 'besbol'
mau penampar melayu melekat kat pipi budak tu kang

kemahiran bercakap ini patut ada dalam setiap diri manusia
pesan cikgu saya
dengan bercakap, macam-macam kita boleh buat
especially dalam bab meyakinkan atau menjatuhkan seseorang
maksud aku menjatuhkan semangat ye, bukan ko sepak dia sampai jatuh
tapi awas, kerana mulut badan binasa
ha..berfikir dulu sebelum bertindak
kang tak pasal-pasal kena tembak
haha
wallahualam
wassalam..

29 March 2011

PancaIndera ku PadaMu

Assalamualaikum..

korang tahu metafizik?
usah dikenang benda yang dah tiada
erm..apa maksud ayat ni sebenarnya?
macam biasa la, setiap perkara tu mesti melibatkan individu, benda, atau situasi
selalunya la kan, sesuatu yang kita kenangkan tu mesti benda yang kita sayang kan?
kalau tak sayang buat apa nak kenang, buat semak memori je
jadi, ada bebarapa sebab kenapa kita sayang kan sesuatu tu
my lecturer said to me



"we would love something more if we use more our senses to them"
ha'a, betul juga kan
kata aku dalam hati, hehe

cuba kalau kita buat tak endah je benda yang berlaku kat sekeliling kita,
sure sure kita tak kan ambil tahu punya lah
macam cikgu tengah mengajar
ambil la perhatian sikit,
kalau tak, hah, korang pun faham sendiri,
ada la kang yang terpinga pinga mencari orang untuk bertanyakan soalan

ok ok, subjek utama yang aku nak cerita kan ni bukan tu..
baru mukadimah je tu
heh heh
hah
the topics to be peeled was..
seperti yang tertera kat atas sekali tu la


sayangnya kita akan sesuatu bergantung kepada seberapa banyak pancaindera yang kita gunakan kepadanya
kita pandang, kita dengar, kita rasa, kita sentuh, kita hidu
aku jamin, korang mesti boleh ingat benda tu sampai bebila
if, korang sesungguh menggunakan senses korang tu
contoh yang lecturer aku bagi
wondering if you talk, you see, you smell, and you touch her..
hu??
mesti korang akan ingat dia
ermm..siapa pernah mengalaminya tu tau la
-,-'

dan seterusnya, kita boleh apply kan cara ni untuk mengenal Allah
Tuhan yang menciptakan kita
the more senses we use towards Allah
the more we can love Allah,
ha..

tenang air

berbalik kepada sesuatu yang kita sayangkan
nasihat aku untuk diri aku sendiri dan anda anda semua
selagi dia ada disisi kita
hargailah dia
sedaya upaya elakkan mereka berasa kesorangan
buat yang terbaik untuknya
semoga dia akan bahagia semasa saatnya mereka bersama kita
insyaAllah..
wallahualam
wassalam..

12 March 2011

Pengejar Dikejar

Assalamualaikum..
kemana tu Cik Nab~
kadang tersedar dan kadang-kadang tu tak
mungkin sebab kita dah terbiasa dengan apa yang ada kat depan mata kita
sampaikan benda kecil yang berlaku kat sebelah kita sendiri pun kita tak perasan
sama ada penting atau tidak
benda yang kita anggap tak penting tu mungkin akan memberi kesan impak yang besar kepada kita
dan mungkin
benda yang kita anggap penting itu sebenarnya hanya ingin melekakan kita
selalu sangat aku dengar orang-orang yang mencari pasangan ni berkata
"aku carik awek ni bakn ape, bile aku ade awek, aku rase hidup aku tenang je"
orang yang memberi ketenangan yang kita kejar tu tak semestinya kita dapat
tapi ketenangan dari Allah tu melebihi dari segalanya
orang kata
kita akan merasai perasaan yang sama terhadap seseorang tu
apabila dia rasa sesuatu terhadap kita
aku tak tau sejauh mana kebenaran statement ni
tapi sepanjang pengalaman aku hidup ni
( bajet cam dah lama je hidupnya )
memang aku rasa camtu juga
terutama sekali kalau kita benci orang tu, aku rase dia pun tak suka aku
cara dia layan aku pun aku dah tau

kau rasa?
but dont judge the book by its cover
tapi spesis aku..
judging the book by its cover
hehe
betul la kan, keperibadian menunjukkan akhlak kita
akhlak yang mantap mampu menonjolkan keperibadian yang sempurna
macam tokoh legend kita ( Muslim ) tu
Muhammad SAW
everyone recognizes that he is the perfect man
even the non-Muslim says that too
hah, kita yang beragama Islam ni berbangga la sikit
jangan cuba nak cemarkan nama Islam
kalau betul kita sayangkan Allah, rasul dan agama kita, agama Islam

ok ok, dah tersimpang dah
aku sebenarnya nak cerita tentang kita yang selalu mengejar apa yang kita
dan mencerca apa yang kita tak suka apabila memperolehinya
dari segi kebendaan atau apa-apa pun
manusia memang suka mengkritik
tambah lagi pengkritik
asyik nak mengkritik je
tapi kan, dah memang kerja dia mengkritik
mengkritik juga lah kerjanya
ah
tak kira la benda tu best atau tidak
selagi kita tak dapat apa yang kita nak
kita tetap komen komen komen
bak kata pepatah bagi betis nak paha
dah tu, apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

contoh yang aku rase best kat sini ialah..
bayagkan lah korang tengah syok same sorang boy/girl ni
dalam mase korang kejar dia
ada orang lain yag kejar korang
aku rasa lah kan, kalau dah sure sure orang yang kita kejar tu dah berpunya
dan dah sure sure punya lah korang akan dihampakan
even kalau korang dapat pun boy/girl tu
orang sekeliling mesti cakap korang ni perampas kan
haha
jadi aku rase baik korang terima je orang yang mengejar korang tu
mungkin ada kebaikan yang tersembunyi pada diri dia
fikirkan yang positif, kalau betul dia tak ngam dengan kita
tak pa lah, selagi ada yang nak berkawan dengan kita, kita kena terima
tapi kalo dia jenis orang yang sakay
anda faham kan SAKAY
jangan la gatal-gatal juga nak berkawan dengan orang camtu
tinggal kan je jauh-jauh

hujan merupakan salah satu rahmat yang besar daripada Allah SWT
mesti korang pernah terbaca, terdengar atau ter yang seangkatan dengannya

bila kita minta hari yang indah, Allah turunkan hujan
jangan lah kita cepat putus asa dengan ketentuan-Nya
setiap apa yang Allah jadikan tu ada sebabnya
hujan yang Allah turunkan tu membawa gandaan kecerian bila lahirnya sang pelangi
nyaman rasa di hati kan
bagi yang tak merasai tu..hati korang dah keras kot?
banyak-banyak la berzikir ya
kurang kan gelak sakan, habis semua ilmu keluar kang


jadi kesimpulannya
redha dengan setiap ketentuan
tabah dalam setiap dugaan
kukuhkan iman bagi menghadapi godaan
isyaAllah
kemanisan iman itu akan terasa
wallahualam
wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...