photo home.png  photo home.png

27 December 2013

Hai, Boleh Berkenalan? (Bahagian 2)

Assalamualaikum..

Dan ini adalah sambungan daripada post aku yang sebelum ni. Aku sengaja buat dua bahagian, takut nanti korang boring baca bebelan aku panjang-panjang kan..



Ni kes lain ni. Aku tak pasti, apa yang diorang nak daripada aku, tapi budak-budak perempuan ni add aku kat Facebook. Dan tiba-tiba keluar chat box..




"hai, thanx apprv..intro?"




bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
ni lah spesis yang selalu kena tarbiyah dengan aku. Masuk tak bagi salam kata orang, tiba-tiba tanya soalan. MasyaAllah..speechless aku! Untuk seketika, aku tenangkan fikiran..cuba kawal perasaan, dan berfikir positif..tapi sebelum aku mulakan bicara sebagai seorang Islam yang berfikiran waras, aku bagi se-das




"hai, tahukah anda akan adab berbicara atau memulakan perbualan? Ianya haruslah dimulakan dengan niat kerana Allah ta'ala, dan disusuli dengan salam. Sejurus itu, seharusnya, anda yang bertanya terlebih dahulu memperkenalkan diri. Dan bicara itu haruslah sopan bersesuaian dengan orang yang anda bercakap, dengan situasi semasa"

"alah..cowie lah..kita nak kenal2 je pown..kenapa siyez cngt"

aku cuba positif, yeah, aku cuba
"No, I'm just giving you the proper ways on starting a conversation..in case you don't know?"

barulah nak bagi salam..
"erm..ok..Assalamualaikum..hai"





aku tak tau, samada budak-budak sekarang ni memang biadap ke apa. Tapi itu bukan kali pertama aku dapat private message yang macam tu..banyak kali juga lah. Asal keluar chat box je, tanya "intro?" Apa trending ke apa? Well, mungkin jugak diorang ni kurang ajar, sebab umur baru 14 tahun..12 tahun..ye lah, kurang belajar lagi lah kan?






Yang aku nak marah sangat tu bukan sebab apa, tapi niat diorang nak berkenalan tu..untuk apa? Couple?? Aku terima friend request diorang dengan harapan yang diorang ni nak belajar dengan aku. Minta nasihat ke, motivasi ke..ni tak, dah lepas bagi salam, tanya nak berkenalan bagai, di bukaknya soalan cepumas

"Awak single?"

aku balaslah..
"Haah, saya single. Kalau awak nak jadi isteri saya, bagi saya masa untuk consider"

ha, kelam-kabut budak tu.. XD dah tu..kau nak berkenalan dengan aku buat apa? Kalau bukan nak kahwin, nak main-main? Sorry babe, I'm not that type of person~



takde kaitan, cuma aku agak terharu
dengan pemberian dari seorang sahabat
itu je



Ekceli, aku nak kongsikan, adab-adab memulakan perbicaraan..tapi rasanya tak payah kot, sebab aku dah explain kat atas tadi, kan? Ok lah, aku repeat balik

1. Betulkan niat, sebab segala apa yang kita buat adalah untuk mendapat redhoNya. Tak kisah lah nak belajar, atau nak memperisterikan dia. Janji hati itu ikhlas..

2. Bagi salam, kalau nonMuslim, ucap salam sejahtera elok-elok..permulaan bicara itu sendiri dan menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Mungkin dia tertarik dengan Islam? jeng jeng jeng~

3. Kenalkan diri sendiri terlebih dahulu. Biadap sekiranya kita bertanya kepada dia sebelum memperkenalkan diri. Seorang pembunuh pun memperkenalkan diri sebelum membunuh mangsanya, inikan pula kita, manusia yang bertamadun.

4. Nyatakan niat atau hasrat kita dengan elok. Terangkan agar dia faham. Kalau dia terima, alhamdulillah..proceed je lah. Tapi kalau dia tolak, kita respon elok-elok. Ucapkan terima kasih kerana sudi mendengar niat hati kita..aku faham kalau kau frust bro, bunga bukan sekuntum~hehe

5. Faham..aku faham kau marah, sedih, frust menonggeng kaw~tapi perangai kasi elok la..macho la sikit. Kot dia nak uji je? Ha kan..tamatkan perbualan dengan memberi salam, atau lagi elok, doakan yang baik kepada dia..semoga bermanfaat untuk kedua-dua pihak, walaupun pertemuan itu singkat dan..agak mengecewakan

nampak sangat kau tak hensem, hah hah ha~





takdelah..pasti ada kelebihan dalam diri setiap individu, yang membuatkan orang lain tertarik..

wallahualam
wassalam..

Hai, Boleh Berkenalan? (Bahagian 1)

Assalamualaikum..

Jika anda tak sedar akan tajuk yang akan saya bincangkan sebentar lagi, saya ulang semula



Hai (ek ehem), assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..saya telah terpikat pada kesempurnaan akhlak kamu..boleh kita berkenalan? ukhuwah fillah till Jannah?



tudia, lari teruih~




Bermula dari serangkap kata, kita telah mengambil risiko, sama ada persahabatan yang kita ingin jalinkan itu membawa kita kepadaNya, atau sebaliknya




Perkenalan yang ikhlas, semata-mata kerana Allah, insyaAllah diberkati dan dirahmati..tapi, perkenalan yang aku nak bincangkan disini adalah perkenalan yang lagha

Ya, perkenalan yang sia-sia al-also known as, membuang masa





Ayat diatas tadi, merupakan salah satu contoh, manisnya ayat seseorang untuk menarik hati crush dia untuk berkawan dengan dia. Atau bahasa pasarnya,
"Saje je dia nak tackle awek Muslimah tu, takde niat lain, nak ajak couple lettew~"





ni aku bagi contoh









Amacam, best layan movie? haha..tak perlu tengok video tu pun aku rasa korang dah faham maksud aku. Niat dia kat situ dah lari. Tak salah kalau dia nak berkenalan kerana Allah, nak ubah diri menjadi yang lebih baik..tapi lelaki takde ke? Apa, lelaki tak boleh layan kamu dengan cara yang sama? Atau..layanan perempuan tu hanya memuaskan kehendak kamu je? Fikir balik saudara..dah jadi lain dah kalau nak puaskan kehendak semata-mata..




Ok, tak salah juga kalau niat dia nak memperisterikan perempuan tu. Tapi..takde cara yang lebih baik ke? Tak terfikir langsung? Meh aku bagi contoh

1. Situasi kalau kau kenal dia lah kan (pakai kita lah), kalau kita kenal dia lah kan, apa kata kalau kita tanya kawan-kawan dia. Dia ni orang yang macam mana, ok ke tak ok, perempuan tulen ke tak..hehe
Tak pun, jumpa je parents dia. Dari hujung tudung sampai hujung sarung kaki dia cerita kau..tak payah nak hantar spy pergi skodeng dia ke apa.
Apa, takut jumpa parents dia? Kenapa nak takut pula..benda baik kan. Kau serius nak kan anak dia kan kan kan? Ke kau nak main-main je ni..ha~

2. Situasi lain, kalau kita tak kenal dia. Normalnya sekarang ni, tipulah kalau tak kenal dia. Sekurang-kurangnya, mesti kita ada nombor telefon dia (zaman dulu-dulu), Facebook? TwitterWhatsap?
Kalau takde, tak pasal-pasal la nak pergi tackle dia kan.. Ok lah, contohlah kita memang tak kenal langsung insan tu, tiba-tiba je muncul tatkala kita sedang lepak bersama-sama teman, sedang menghirup secawan teh susu di petang hari..bam! Seorang Muslimah ayu bertudung labuh berwarna biru muda melewati di depan ku bersama-sama kawan sekuliahnya..aku tak pasti akan arah tujunya, tapi hati ku berkata bahawa dialah arah tuju ku..

dah

Hantarlah seorang wakil perempuan. Macam kawan kita, saudara kita..jangan pesan kat kawan dia, nanti jatuh cinta kat kawan dia pulak. Pesan elok-elok kat kawan kita tu,
"Tolong sampaikan hajat aku kepada dia, aku ingin mengenalinya untuk dijadikan isteri ku"
Apa, nak kenal dia tapi tak nak kahwin dengan dia? Kau nak main-main ni~ Hentikanlah, kalau bukan nikah niat kau, baik tak payah. Nanti akan ada pihak yang terluka.

Nak belajar dengan dia? Tak kan takde orang lain kot..dia sorang je ke yang hebat kat dunia ni? Memang perempuan? Ok, kalau memang perempuan je..kenapa dia? Pensyarah takde? Dia pensyarah?

lillahita'ala brother, insyaAllah, niat yang ikhlas akan memberikan ganjaran yang lumayan..hehe




comel kan? (takde kaitan dengan topik)



aku ingat nak bela singa lah seekor, bawak jalan-jalan kat taman kan~


wallahualam
wassalam..


16 December 2013

Dunia Hari Ini

Assalamualaikum

Sepatutnya aku tengah update diari aku. Tapi disebabkan malas nak menulis, aku update blog. Boleh tak?






Akhir-akhir ni banyak benda yang pelik-pelik berlaku. Antaranya, banjir yang tak pernah-perahnya terjadi kat Kuantan..ramai yang tak duga yang benda ni boleh terjadi. Kata seorang pensyarah aku, "Mungkin sebelum ni takde banjir yang berlaku sebab Kuantan belum mengalami proses pembangunan. Sekarang ni, banyak pembangunan yang berlaku di sekitar Kuantan. Diorang tak tau yang diorang dah rosakkan sistem yang sebelum ni elok je.."



Kes lain, salji turun di bumi Mesir. Banyak 'Ustaz' dan 'Usztazah' yang tak bertauliah mengeluarkan pendapat. "Salah satu tanda kiamat adalah apabila wujudnya sungai yang mengalir di tanah Arab..habis tu, Sungai Nil tu bukan sungai ke?" serius, yang ni memang buat aku gelak sakan, dalam masa yang sama, aku terfikir "Kenapa makhluk ni bebal sangat" dan men-sepet-kan mata ==
Salah satu tanda kiamat ialah apabila tanah Arab menjadi subur, tumbuhnya bunga-bunga mekar dengan sungai-sungai yang mengalir..Sungai Nil memang mengalir menghala utara Afrika, sejak dulu lagi ye, sejak 8000 tahun sebelum Masihi lagi (correct me if I'm wrong). Kiamat dah ke?
Maksud ayat tersebut ialah apabila sungai-sungai mula mengalir di padang pasir yang tandus, yang tak pernah-pernah terkumpulnya barang sedikit lopak air.

Ada faham?



Baru-baru ni, kecoh sedunia tentang bunyi pelik yang datang dari langit. Ahli Geologi kata bukan dari tanah, unit Udara kata bukan dari aktiviti di langit, NASA pun dah pastikan, yang ianya bukan daripada angkasa lepas. Persoalannya, dari mana wujudnya bunyi itu? Sengaja dibuat-buat untuk mewujudkan spekulasi? Atau terhasilnya daripada makhluk Allah yang lain? Wallahualam..apa pun, kita semua harus bersedia, jika bukan dari 'makhluk' itu sekalipun, Islam sedang dikecam dari seluruh arah. Kita terhimpit sehingga sukar untuk bernafas (ni kang, ada jugak yang salah faham ==)



Kes Palestin masih berlarutan. Di Gaza, di Syria, Islam terus dihapuskan, dan bilangan kita kian sedikit..

"Akan tiba suatu masa dimana bilangan kalian begitu banyak, akan tetapi bilangan itu umpama buih-buih di lautan."

Ya, kita punya kuantiti, tapi sayangnya, kita tidak punya kualiti, jumlaj yang banyak itu tidak menakutkan musuh Islam walau sedikit. Persoalannya, dimana hilangnya kualiti itu? Tepuk dada, tanya iman.






Dan ini, kes tepuk dahi






continuous face palm






Setiap kali aku tengok remaja, anak muda di Malaysia, aku kerapkali menepuk dahi dan bertanya pada diri sendiri

"Mana silapnya?"



Aku tak pasti, salah ibu bapa yang mendidik, salah guru yang membimbing atau salah rakan yang menghasut? Atau mungkin salah diri sendiri yang suka akan kemaksiatan?

Couple dah jadi perkara biasa, jenayah rogol bawah umur kian menjadi-jadi, halal haram makan minum tak payah cerita, arak diteguk umpama air kosong..aku sebagai seorang manusia, sebagai khalifah di amanahkan untuk mentadbir di muka bumi, tertarik untuk membimbing semula generasi muda ini yang kelak akan menjadi pemimpin. Aku tak pasti, jika perkara ini berterusan, oraganisasi yang bagaimanakah yang akan dipimpin oleh mereka?






Dakwah dan ilmu perlu disampaikan secara terus menerus agar ada pihak-pihak yang tertentu sedar akan apa yang harus dilakukan sebenarnya. Kita hidup di dunia ini bukan sekadar untuk bersuka ria semata-mata. Kita ditugaskan untuk beribadat kepadaNya, mencari redhoNya.. Ya, mungkin kita dah conform masuk neraka, tapi amalan kita akan menentukan, lama mana kita akan diseksa kelak. 1 000 tahun, 10 000 tahun 100 000 tahun, selama-lamanya? Nauzubillah min zalik. Jika tergerak hati untuk berubah, ayuh, kita masih punya masa. Selagi belum tiba kiamat, selagi belum tiba ajal, kita masih punya masa!





Dan dengan itu, aku masih tabah menyampaikan ilmu..semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaAllah..

wallahualam
wassalam..

22 September 2013

Tabah Wahai Sahabat!

Assalamualaikum

alhamdulillah..musim hujan dah berhenti di sekitar kawasan Perak, semoga tempat-tempat yang belum disinggahi hujan tu bersabarlah sedikit masa lagi, kelak mestikan sampai juga ^^





"Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan"

Lukisan Alam - Hijjaz





hidup tak selalunya indah, sepertimana yang kita inginkan. Adakala kita berada diatas, dan adakala kita berada dibawah. Tapi, sesuatu yang perlu kita ingat bahawa, yang diatas tidak akan selamanya berada diatas, dan yang dibawah tak kan terus berada dibawah. Umpama roda yang berputar setiap masa, sungguh, Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani

mungkin, dengan kemewahan itu kita diuji, samada masih ingatkah kita dengan Dia, Tuhan yang memberikan segala kemewahan yang kita ada..

dan disaat itu, peranan seorang sahabat itu juga turut diuji, masih setiakah mereka bersama kita. Saat senang dulu bersama gelak ketawa..kini saat kita sedang bersusah payah, adakah masih kekal persahabatan itu?





lain orang, lain caranya. Mungkin sahabat kita itu jenis yang betul-betul ambil berat tentang kita, cumanya dia tak tahu cara yang sepatutnya dia lakukan untuk menyenangkan hati kita. Mungkin dia juga sedang menghadapi masalah yang kita sendiri tak pasti puncanya

dan ketika itu, kita diuji kembali. Bagaimana seharusnya kita bertindak balas dengan situasi semasa, dengan masalah yang kita sendiri hadapi, dan masalah sahabat kita yang mungin lebih besar daripada yang sedang kita hadapi







ujian demi ujian akan lebih menguatkan kita untuk terus hidup didunia sebelum sampai ke persinggahan kita yang terakhir. Cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi dengan sendirian disamping memohon kepadaNya, insyaAllah, bantuan itu akan muncul dari arah yang tak disangka-sangka. Tidak salah jika kita cuba meminta bantuan, tapi jangan terlalu mengharap pada insan yang maha lemah, mereka juga diuji sama seperti kita.

tapi kita sebagai sahabat yang membantu, cuba bantu mereka yang memerlukan, sekadar mana yang kita mampu. Mungkin masalah yang kita sedang hadapi itu sangat kceil jika dibandingkan dengan masalah yang sedang mereka hadapi? InsyaAllah, Allah akan selalu bersama mereka yang yakin dengan janji-janjiNya ^^







buat sahabatku..
andai disaat itu kau perlukan aku, aku minta maaf. Aku tahu, peritnya hari-hari yang kau lalui tanpa sahabat yang menemani mu, berkongsi beban masalah yang kau hadapi. Aku terlalu sudi untuk menerima segala beban yang kau hadapi, sungguh aku sanggup untuk menerima segalanya, demi kau wahai sahabatku. Akan tetapi aku tidak pasti, apa yang seharusnya aku lakukan. Adakah dengan memberi kata-kata semangat, kau akan lebih tabah? Atau mungkin lebih membebankan, kerana mengingatkan kau dengan masalah yang sedang berlaku. Sungguh aku tersangat keliru akan apa yang harus aku lakukan, untuk mengukir kembali senyuman di bibir mu, mengembalikan nada tawa yang pernah kita kongsi bersama. Jika aku mampu, mungkinkah sama lagi dengan hari-hari yang telah berlalu?Adakah tawamu itu ikhlas atau sekadar ingin mengambil hatiku, yang cuba menghiburkan mu? Seringkali aku mencuba utnuk membuat mu tertawa, sungguh, aku tahu sakit dan peritnya hati yang kau rasa. Bukan aku tidak tahu akan apa yang sedang kau hadapi, malah aku sangat faham, dan aku cuba untuk buatkan kau lupa dengan masalah itu, meskipun hanya seketika waktu! Aku faham jika kau kata aku insan yang tidak berperasaan, tidak memahami seorang sahabatnya yang sedang susah..tak mengapa, aku terima, asalkan kau tersenyum tika bersama denganku! Sekurang-kurangnya, hatimu senang buat seketika :')
Maafkan aku sahabatku..aku tersangat keliru..dapatkah aku terus menjadi sahabat mu yang setia..

wallahualam
wassalam..

28 July 2013

Kerana Niat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

did you know the power of niat?

sebuah topik yang agak sensasi untuk dikupas pada kali ini. Bersama saya, seorang diri, bagi membincangkan kesan-kesan atau kuasa yang ada pada suatu niat, untuk merubah situasi







tu dia, forum baq ang~







most of us already aware about the power of niat, but only a few of us take an action

(betul ke aku taip ni)




bagaimana, niat mampu membatalkan pahala amalan baik yang akan dilakukan?



basically, kita tahu yang niat untuk membuat kebaikan akan diberikan pahala. Tu baru niat, belum buat lagi. Kalau dah buat, subhanAllah..pahala lagi. Mudahnya untuk mendapatkan pahala, tapi masih kita malas. 

Berbeza dengan niat untuk membuat kejahatan. Tak sama macam niat untuk membuat kebaikan. Niat untuk membuat jahat tak akan dicatit sebagai dosa selagi belum melakukannya. See, betapa kasihnya Allah pada kita? Mudahnya Dia untuk memberi pahala kepada kita, dan betapa belasnya Dia terhadap kita..




tapi apa yang kita balas?

mudahnya kita berpaling dari kurnianNya
dengan niat, hati memberi isyarat kepada otak untuk bersedia dengan apa yang akan dilakukan. Jika niatnya salah, maka berkemungkinan besar, perlakuannya juga adalah sia-sia




Situasi 1: Nawaitu nak ke masjid, nak buat solat tarawikh la katakan.
"wah, pergi mana malam ni, wangi-wangi bagai ni?"
"wa nak pegi masjid negeri, tarawikh 20 rakaat punya~"
"pergh..semangat-semangat..tapi apsal lain macam je gayanya?"
"apa salah aku bergaya, nak ke rumah Allah?"
"iye tapi..selalunya hari Jumaat ko pegi rumah Allah, takde la berserban, berjubah bagai..ko jadi imam eyh?"
"apa ko ingat, imam je la boleh berserban berjubah bagai?"
"takde la..aku risau kau pergi ke masjid tu buat benda lain pulak, kata nak solat, tapi mengorat..anak imam tu dah la comey-comey"
"aku tau"
"hah?"



Situasi 2: Menderma kepada anak yatim, plat cek besaq tv plasma 40 inci tu baq ang.
"dengan ini, saya menyerahkan wang bantuan sebanyak 30 ribu ringgit Malaysia kepada rumah Al-Ehsan ya, saya ulang, 30 ribu ringgit Malaysia, highlightkan disitu"

"bagus dia kan, bagi derma kat anak-anak yatim, besar pahalanya tu.."
"betul..banyak keuntungannya orang yang bersedekah kat anak yatim ni"
"kalau la aku kaya, aku pun nak sedekah kat anak yatim jugaklah, mesti banyak pahala yang aku dapat kan?"
"erm..tak salah kalau kita nak mengharap balasan dari Allah, tapi yang takutnya, jadi riak. Menunjuk-nunjuk kebaikan yang kita buat. Hangus pahala bro~"




Situasi 3: Share ilmu-ilmu Islamik dekat Facebook dengan Twitter.
"aku nak share benda ni dekat Facebook dekat Twitter dekat Instagram dekat LinkedIn dekat MySpace dekat Google+, dekat mana-mana lagi lah tempat yang aku boleh share, supaya awek-awek muslimah mahupun tidak, asalkan comey, jatuh hati dengan aku, wah hah ha~" berkata beliau sendirian





bila ditimbang segala amalan di akhirat kelak, ganjaran dari perbuatan baik kita masa di dunia dulu, yillek
















ikhlaskan hati, lillahita'ala

wallahualam
wassalam..

22 July 2013

Kau Puasa?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

kau puasa?



eyh of course..malu la weyh, dah tua bangka pun tak boleh puasa..apa? lapar? ko pernah puasa sunat ke dak?

amboi..macam puasa kau hebat sangat je nak compare-compare dengan puasa orang lain



sinonimnya, bulan puasa ni dikaitkan dengan bazaar Romadhon. Time ni la orang nak buat untung lebih. Puasa setahun sekali kan, berbuka mesti nak grand punya..sebab tu keluar nama makanan pelik-pelik, strategi pikat hati pelanggan gittew

"ha..boleh tengok, boleh tengok, boleh tengok!"
"ha bang, ha kak, sikit lagi sikit lagi!"
"aa..boleh boleh boleh, boleh rasa!"

oit


selain daripada makanan yang sedap-sedap dan pelik-pelik belaka tu, ada jugak orang jual diri. Bukan harga diri, tapi mencari publisiti, bak kata cikgu aku, menca-pub. Especially awek-awek yang bajet hot dan mamat-mamat yang bajet style tu, disinilah lahirnya artis tak feymes yang tak pernah berdaftar dengan kementerian artis pun

nampak, betapa menyampahnya aku dengan mereka

selalunya macam tu la, sampai ada yang buat kempen,
"ayuh jadikan bazaar Romadhon sebagai kawasan menutup aurat"

sampai macam tu sekali suasananya..



tapi dalam masa yang sama, bazaar juga punya manfaatnya yang tersendiri. Macam masjid jugaklah, tempat dimana banyak orang berkumpul. Selalunya orang tu susah sangat nak jumpa kat masjid/surau kan, tup tup, ada pulak muka dia kat bazaar ..eyh, ok la tu, susah-susah dia nak ke masjid/surau, sekurang-kurangnya dia berpuasa..

Bagi yang terlalu sibuk dengan urusan harian, mungkin dapat jumpa member-member kat bazaar. Student yang study jauh dari rumah, macam aku ni kan, dekat bazaar la dapat jumpa balik member-member lama. Ada yang dah kerja, ada yang tengah belajar lagi..yang boroi sebab dah kahwin pun ada.





dan yang paling aku suka sekali time-time bulan puasa ni, tengok telatah budak-budak kecik ni ha. Benda merepek-repek dicakapnya, entah mana la belajar..tapi kelakar.

pukul 6 pun belum lagi yob~

1. Kes lapar
sedang bersiar-siar di kawasan kampung..
"Abang, kuda!"
tergelak sikit
"eh tak, kerbau"
tergelak lagi
"la..lembu"
wah haha~


2. Kes curik-curik minum air paip
suatu petang di sekolah agama rakyat
"ha..apsal mulut kau basah? kau minum air eyh?"
"mana ada, aku ambil air sembahyang kat rumah tadi"
"ouh.."
"urpp~"
kantoi


3. Kes aurat
di tempat mengambil wudhu'
"ha..nampak urat, nampak urat, batal puasa!"
"mana ada, kalau nampak urat tak batal puasa la"
"tapi berdosa..kenapa kau  tarik seluar kau?"
"aku nak ambil air sembahyang la"
"kan tadi dah ambil?"
"aku makan tadi, kena ambil air sembahyang balik"
"ouh..kalau makan, kena ambil air sembahyang balik eyh?"
"entah la"
korang ni puasa ke tak =.='


4. Kes berbuka
semasa sedang berbuka puasa
"mak, mak dah makan belum?"
"belum, kejap lagi mak makan la..kenapa?"
"ni ikan, Adik tak nak makan dah, mak makan la"


patutnya kita nasihatkan dia, kongsikan ilmu, ajar mana yang patut..bukan gelakkan










macam aku tak gelak pulak kan

wallahualam
wassalam..

Ubat Rawat Sakit atau Ubat Cari Penyakit?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

tazkirah dekat masjid semalam, pasal ubat-ubatan, yang berdaftar dan yang tak berdaftar dengan kementerian kesihatan. Bahaya ubat-ubatan buatan sendiri, jenis-jenis ubat dan kesannya..4 ubat yang popular di Malaysia yang ditekankan semalam
1. Kosmetik
2. Ubat kurus
3. Ubat kuat
4. Steroid

ni antara nasihat dia
1. cara kosmetik mencerahkan kulit? umpama mencurah asid ke muka, memang pada mulanya akan mencerahkan, sebab dihakisnya kulit-kulit luar yang terdedah pada matahari. Tapi lama-kelamaan, kulit menjadi terlalu nipis dan kecenderungan mendapat kanser kulit.



2. ubat kurus selalunya 'membasuh' minda kita. Sedang perut merasakan lapar, kesan ubat tersebut memaksa otak berkata tidak lapar. Mungkin sebulan dua bulan, berat kita akan susut. Tapi kesannya pada otak kita yang terlalu banyak dipaksa, kemungkinan saraf akan rosak dan akan menyebabkan kita hilang kewarasan.



3. ubat kuat ni tak banyak yang saya boleh cakap. Cumanya perlu diingatkan bahawa jumlah dos yang perlu diambil oleh seseorang itu berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Overdose mungkin boleh menyebabkan kematian. Sebabnya, ubat kuat ni akan membesarkan salur darah kita, kalau jangtung kita tak dapat tahan, tu yang boleh jadi strok.



4. steroid lebih dikenali dengan nama ubat papan. steroid ni paling popular dekat kawasan-kawasan felda. Pakcik makcik ni selalunya kerja kuat kan, so sakit-sakit sendi tu perkara biasa. Bila ambil steroid ni, memang badan kita serta-merta hilang sakit. Malah doktor pun mungkin akan syorkan ubat ni, tapi dalam tempoh yang terhad, bukan berlarutan. Pengambilan yang terlalu kerap untuk jangka masa panjang, akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, penyakit hati. Sebabnya, bila kita makan ubat, racun akan ditapis di hati atau di buah pinggang. Bila dah banyak sangat benda-benda yang tak patut ni dikumpul, rosak la jadinya.





kesimpulannya, tak salah nak ambil ubat-ubat ni..cuma kita kena tahu lah, sah ke tidak, boleh pakai ke tidak, sesuai ke tidak, jangan main tibai je..






well, macam makan nasik. Kalau makan secara cukup, mungkin bermanfaat, beri tenaga pada kita. Tapi kalau over? Mintak sakit namanya..

wallahualam
wassalam..

20 July 2013

Kawan Saya Bercouple

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

ketahuilah, bahawasanya aku adalah seorang yang sangat membenci dan menghalang sekeras-kerasnya aktiviti pra-matang, yakni bercouple

tengok, muqaddimah pun dah seram, ha..

don't you ever try to do this unless you're a halal married couple
yeah, ekceli aku tau, aku faham perasaan korang (ecece, macam aku tak je kan) yang ingin disayangi dan diberikan perhatian. Aku sendiri pernah mengalami waktu-waktu sebegitu, mungkin aku lagi jiwang daripada korang, who knows? Allah did :)

jadi, mengapakah aktiviti bercouple ini dikatakan sebagai aktiviti pra-matang? Sungguhpun penggiatnya adalah dikalangan mereka-mereka yang boleh digelar pakcik atau makcik, yang sudah berumur? ehem

jelas dalam firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 32, yang bermaksud
 “dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"

perlu untuk kita highlightkan disitu bahawa, JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA bukannya JANGANLAH KAMU BERZINA

tertekan Caps Lock pulak

yes yes..memang kita tak berzina, couple tu bukan berzina pun..tapi ianya salah satu perbuatan yang mendekatkan diri dengan zina

bak kata seorang cikgu aku ni,
 "apa pun alasan kamu, kamu masih bercouple. Yang mana bercouple itu sendiri mendekatkan kamu dengan zina. Matlamat tak menghalalkan cara brother.." sambil mengangkat-angkat keningnya.

tapi kenapa pra-matang? jeng jeng jeng~

pra-matang itu sendiri bermaksud, the process on getting matang. Kanak-kanak pun tak, dah matang pun bukan, di tengah-tengah.

well, dah tau couple tu mendekatkan diri dengan zina, buat jugak. See, disinilah terletaknya sikap ketidak-matang-an tersebut. Kita gagal mengawal hati, perasaan, dan yang lebih penting, gagal mengawal otak untuk membuat perkara yang sepatutnya. Semua orang ada hati, semua orang ada perasaan, tapi mengapa mereka boleh bertahan untuk tidak memilih jalan cinta yang sia-sia? Jawapannya adalah pada cara mereka mengatasi rasa keinginan itu.

sorrylah sahabat, aku tak dapat datang majlis pernikahan kau, dapat tengok gambar ni je..
sebenarnya, aku ni bukanlah kejam sangat, sampai nak membenci pelaku couple. Dalam pada tu, aku sendiri pun berdoa jugak, semoga kawan-kawan aku yang dah terlanjur bercouple tu, cepat-cepat kahwin dan cepat-cepat dapat anak. Tu la makna sayang kan? Sama-sama membesarkan zuriat.

kalau diorang ada masalah pasal couple, takda lah sampai aku maki hamun
"hah padan muka kau, nak sangat couple kan, hah, rasakan!!"
aku faham kawan-kawan aku, even kalau aku tak faham pun, aku cuba bayangkan yang aku sendiri kat tempat dia..awek dia student medical kot, bakal doktor tu, mesti cun

uhuk

aku cuba selesaikan masalah diorang, dalam masa yang sama, cuba bagitau diorang, jalan yang terbaik selain daripada terus bercouple.

ada antaranya memberi alasan bahawa, nak kenal isi hati pasangan sebelum berkahwin..berapa tahun kau nak kenal pasangan kau? gila lama..kalau kata sebulan ke, seminggu sebelum bernikah ke, ok lah jugak. Tapi kan, berkenal-kenalan dengan lebih mendalam, selepas bernikah akan lebih suweet gitu..nak kenal basic je? Islam ada ta'aruf :)

bagi yang belum bercouple, tak perlulah dicuba-cuba, takut nanti tergoda
buat yang sudah bercouple, cepat-cepatlah kahwin, awak tu dah banyak buat dosa, kot kiok tengah jalan ke, ha..
dan buat yang bakal mendirikan rumah tangga..alhamdulillah! saya sangat bangga dan teruja dengan anda! dan sedikit jealous

(lepas habis belajar, mudah-mudahan dapat tackle dia)

dah, tunaikan mana yang tak tertunai lagi tu

wallahualam
wassalam..

19 July 2013

Wajah Baru Blog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


sepertimana yang dapat anda semua lihat, blog saya kini berwajah baru.

yeah.

special thanks to Ameera Azahari for encouraging me redesign my blog :)
sebelum ni kalau korang tengok, macam terbuang je blog ni kan, post baru takde, designnya pon sama je..takde kelip-kelip terbang bagai kan. Actually, aku agak menyampah dengan benda-benda macam tu. Satunya memberatkan page kan. Keduanya, buat semak mata je tengok, takde serinya. Aku lagi suka warna-warni, walaupun tak bergerak-gerak, ianya lebih menenangkan.



kini, blog saya lebih mesra pengguna (gittew). Jika anda menggunakan laptop yang berskrin sentuh, maka anda dapat tahu akan mesranya blog saya. hehe.



nampak tak ikon tiga ketul kat sebelah kiri ni ha, ha..disitu anda boleh ke mana-mana profil sosial saya yang mana, setiap satunya punya karakter yang berbeza-beza. Bukan tak tetap pendirian, cuma menyesuaikan diri dengan keadaan. Kadang-kadang anda boleh lihat saya sebagai seorang yang gila-gila, dan tiba-tiba serius yang menakutkan, sangat seram. Tiba-tiba jadi Ustaz segera, 5 minit bersama Nazrin Izhar.

*pfft



Actually, aku bukanlah pelajar lepasan mana-mana sekolah agama, maka ayah aku pun bukannya Imam masjid, Ustaz ke Ustazah..cumanya, aku suka berkongsi ilmu yang ada. Aku selalu ingatkan diri aku sendiri, apa yang aku ada, tak semestinya orang lain ada. Dan apa yang orang lain ada, tak semestinya aku ada. Sebab itu perlunya perkongsian ilmu, saling ingat-mengingatkan. Lumrahnya manusia ini adalah makhluk yang pelupa, perlu sentiasa diingatkan..dan mungkin kerana itu juga kita diciptakan berpasang-pasangan, agar yang satunya mengingatkan yang lain.




kejap saya kejap aku

aku menyesuaikan diri dengan keadaan, ye lah, bukan kau sorang je baca post aku ni

bukan anda seorang saja yang membaca post saya..


cara nak didik anak pun perlu mengikut kesesuaian. Dari lahir hingga umur 6-7 tahun, berikan kasih sayang sepenuhnya. 7 hingga 13 tahun, ajarkan perkara-perkara yang perlu sebagai seorang manusia, jika perlu dihukum, hukum secara berpatutan. Beritahu dia akan menfaat disebaliknya. 13 hingga 18-21 tahun, jadikan mereka sebagai kawan kita. Kongsi suka duka bersama, supaya mereka lebih terdedah kepada dunia, ajarkan mereka yang mana perlu dan yang mana tidak. Sesudah 21 tahun dan ke atas, biarkan mereka memilih cara hidup mereka sendiri. Andai perlu dinasihatkan, nasihat dengan cara yang bersesuaian.




dah tiba-tiba cara mengasuh anak pulak kan




well, alam perkahwinan adalah saat-saat yang kita tunggu. Untuk menjadi seorang isteri/ibu atau suami/ayah yang berkualiti, kita perlu bersedia dari awal. Perlu tahu akan hak-hak seorang isteri/ibu, suami/ayah, seorang anak. Dan jangan lupa, hak ibu dan bapa yang telah membesarkan kita, sehingga mereka telah pergi pun, masih ada hak mereka. Doakan kesejahteraan mereka disana, semoga anak kita jua akan berbuat yang sama.




sedikit peringatan untuk kita bersama

sentiasa ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan

wallahualam
wassalam..

17 July 2013

Perempuan, Pendidikan dan Pencapaian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apabila bercakap tentang puasa, sinonimnya adalah berbuka. Bila bercakap pasal berbuka, of course perempuan akan dijadikan sasaran utama. Kalau kat rumah, para ibu dan isterilah yang paling sibuk dekat dapur, macam-macam dimasaknya, kalau tak sedap, macam-macam kritikan yang keluar, terserah pada individu.
 "yang, hari ni kita makan kat luar la"
 "la, saya dah masak dah bang"
 "er..buat lauk sahur lah"
last-last, terbuang je lauk tu, dah kalau berbuka pun tak lalu, sahur lagi la~
promote sikit..
so, disinilah terletaknya perbezaan antara setiap isteri/ibu di muka bumi ni, how they perform as a wife, a mom, a Queen of the family.

sebenarnya, tak banyak yang aku nak bincangkan, ye lah, hampir 90% manusia kat bumi ni adalah perempuan, silap cakap, faham-faham je lah

a statement said that,
 "perempuan belajar tinggi mana pun, akhirnya akan ke dapur juga"
dan, kata balasnya bagi kenyataan di atas
 "pendidikan tu membezakan besar mana dapur dia"

aku selalu berhenti, dan berfikir sejenak. Aku cuba kaitkan saiz dapur yang besar, dengan pendidikan yang tinggi untuk seorang perempuan
pendidikan, dapur, besar, erm..ok, ni yang aku fikirkan

Dia Arkitek yang berjaya, jadi dia renovate rumah dia, kasi besar sikit. Bahagian dapur. Je.
Dia Engineer yang hebat, dia buat dapur dia yang kecik, nampak besar.
Dia Lawyer yang cemerlang, dia berdebat dengan laki dia, beli rumah yang dapurnya besar.
Dia Doktor yang cantik, er..

sepertimana yang anda lihat, aku gagal untuk menghubungkaitkan pendidikan dengan saiz dapur

but then, I came with another statement
 "education for them differentiate how they manage their family"

here I give you some example

Dia Arkitek yang berjaya, dia pandai kemas rumah, dia tahu mana nak sorok baju yang bersepah-sepah.
Dia Engineer yang hebat, dia tahu cara nak selesaikan masalah dalam rumahtangga dia, dia boleh jadi guru kaunseling, dalam rumah dia sendiri.
Dia Lawyer yang cemerlang, dia pandai tawar-menawar dalam berbelanja, dia tahu ambil kesempatan, sebab dia tahu pro dan cons-nya.
Dia Doktor yang cantik, dia cantik (speechless) hehe, takdelah. Well, family dia boleh save kos perubatan untuk masa depan. Kalau perlu bedah, no hal, on the spot jugak boleh kasi belah.
Apa-apa pun, doktor memang cantik.

haha

basically, it's not only about how well they can cook, or how well they can perform at their kitchen, it's about how well can they perform as a wife, a mom, a Queen of the family

tak salah untuk seseorang itu belajar tinggi-tinggi, bahkan Nabi sollAllahu 'alaihi wasallam pun menggalakkan kita menimba ilmu. Carilah ilmu walau sampai ke negara China, dan Nabi sollAllahu 'alaihi wasallam tak pernah kata pun, hanya lelaki saja yang boleh belajar tinggi-tinggi :)

mungkin 'dapur besar' tu ada makna lain kot

Selamat Berpuasa ^_^

wallahualam
wassalam..

20 June 2013

PakaianKu

Assalamualaikum

semakin aku dewasa, semakin aku mencari erti kebenaran yang sebenar. hari demi hari demi aku menanti kebenaran itu muncul, terutama sekali di kalangan masyarakat, dan bangsa aku sendiri, Melayu Islam.

 "apa masalahnya dengan Melayu Islam? macam Cina India x buat je.."

ternyata bezanya, kita Islam dan mereka tidak.

Islam punya cara hidupnya yang tersendiri, dari segi pemakaiannya, cara pemakanannya, cara amalan aktiviti sehariannya..sama sekali berbeza dengan mereka, dan mengapa perlu kita bandingkan dengan mereka, bukan dengan sesama kita sendiri?


"ni ape hal ko pakai seluar pendek ni, ko tau x lutut ko tu aurat? bukan perempuan je ade aurat.."
"lah apsal pulak, main bola memang kena pakai seluar pendek. ko tau, susah nak bergerak kalau pakai seluar panjang"
"masalah ape pulak..takde pulak aku dengar orang mati terseliuh, kaki patah, masuk ICU jahit 14 jarum, semata-mata sebab pakai seluar panjang main bola"
"memang la tak..tapi nanti tak boleh perform la bila tersangkot-sangkot bagai..lagi pon, orang lain, ramai je yang pakai seluar pendek masa main bola. ni aku sorang pakai seluar pendek ko dah kecoh, macam dunia nak kiamat.."
"ouh..orang lain..diorang tu Islam ke? tak tau pulak aku agama lain pon ada batas aurat..kiamat? haah, mana tau kejap lagi ko yang kiamat"
"mati?"
"kiamat kecil"

non-Muslim tak tahu apa itu maksud aurat, jadi tak kisahlah kalau mereka nak pakai-pakaian yang terdedah-dedah. Mungkin ini satu ujian buat kita yang bergelar Islam. Jika tiada ujian lagi dari Allah, mungkin masa kita telah tiba?


"pergh..style gila baju kau, beli kat mane?"
"Butik Deodoran, ada diskaun, so aku rembatlah banyak-banyak"
"tapi aku tengok, tak elok la perempuan pakai baju ni. Warna dah ok, labuh, labuh dah..tpi mcm ketat sangt je kau pakai?"
"eh, memang macam ni la. Memang style dia body fit"
"body fit? erm..bukan ke bentuk badan perempuan tu aurat, kenapa kau nak pakai jugak.."
"dah kau ni kenapa? jealous la tu. Alah, kalau kau nak, beli je lah, tak payah la nak tarbiyah aku"
"bukan nak tarbiyah, cuma nak ingatkan kau je, yang bentuk badan kita ni aurat jugak..kau tau, berdosa ouh~"
"Ustazah, saya tau la dosa pahala semua tu. Yang lelaki, sape suruh pergi tengok, kalau diorang tak tengok, takdenya jadi benda pelik-pelik, diorang la yang carik pasal"
"macam ni, cuba ko bayangkan, berjalan sambil menutup mata. Ada 2 laluan kat depan kita, satu laluan tu berbau harum dan satu lagi berbau sangat-sangat busuk. Tapi baunya mengelirukan, kita tak tau yang mana satu laluan yang berbau harum, jadi kita percaya pada hidung kita, dan berjalan sambil menghidu. Tanpa kita sedar, kita dah termasuk laluan yang berbau busuk"
"dah ape kaitan dengan baju aku pulak.."
"aku cuma bagi perumpamaan untuk lelaki yang kat luar tu..kadang-kadang iman kita boleh terkunci dek kerana tergoda dengan nikmat dunia. Tanpa kita sedar, nikmat yang diorang kejar tu membawa pada kehancuran pada diri sendiri"
"baju aku?"
"kalau kau tak pakai baju yang 'style' macam ni, takdelah lelaki nak tergoda.."

Islam tidak menghalang penganutnya untuk bergaya, asal kena dengan cara dan fesyennya. Islam sebuah agama yang sempurna, terdapat garis-garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang merugikan diri kita sendiri.

Dan sesungguhnya, perbuatan itu tidak merugikan Allah barang sedikit pun. Kelak kau akan rasa balasan yang setimpalnya, sesuai dengan amalan yang telah kau lakukan di dunia.

wAllahua'lam
wassalam..

10 February 2013

Garis Masa

Assalamualaikum

Allahuakbar allahuakbar..
terdengar seruan azan di telinga ku
laung bapa ku dengan penuh rasa kesyukuran
lahirnya insan yang bakal memberi perubahan di dalam hidupnya..

langkah pertama tercipta dengan seribu makna
tari ku ini menghibur hati mereka bergelar ibubapa
setiap detik tersimpan indah di dalam minda
"semoga kelak kau berjasa duhai anakku"

hari pertama, aku belajar erti menimba ilmu
siapa guru, siapa kawan, dan apa gunanya pengetahuan
cukup mengasyikkan
setiap satu yang berlaku itu satu kepuasan bagiku
seronok belajr perkara baru
aku harap, setiap hari ku seperti ini

mereka kata, remaja itu zaman yang sukar
benar, aku mula liar dengan ajakan dan hasutan rakan
segalanya perlu bagiku untuk dicuba
apa tu dosa? bagaimana rupanya neraka?
alhamdulillah, hadir saudaraku memimbing ku semula
menyelamatkan aku dari terus terleka bersama mereka

cinta pertama berputik
indah, ternyata indah cinta yang ku alami..
namun ternyata pengakhirannya perit
sekali lagi syukur, syukur dengan hidayah mu ya Allah
aku terselamat dari terus terjerumus dalam lembah cinta dunia yang mengasyikkan..

semakin dewasa
aku lebih matang dengan sikap berdikari yang tersemai
aku semakin mengerti makna sebenar cinta, musuh dan sahabat
aku semakin faham akan tujuan mereka tercipta
untuk apa mereka berdamping dengan ku
dan untuk apa aku berpijak di bumiNya ini

satu demi satu sahabat ku mula mencipta sejarah mereka
ada yang menjawat jawatan biasa
dan ada yang ada yang terus berada di atas
mungkin itu rezekinya
rezeki ku jua turut diberikan sama rata olehNya
bergantung pada usaha

zaman aku mengakhiri zaman bujang ku telah tiba
sahabat di sekeliling ku telah selamat mendirikan rumah tangga
dan kini, tiba saat ku pula
dengan jodoh pemberianNya
mendetikkan hati kami untuk berjanji setia hidup bersama sehingga ke akhirnya
alhamdulillah, sungguh bermakna teman yang Kau kurniakan ya Allah!

beberapa lama setelahnya
Kau melipat gandakan lagi rezeki yang telah Kau kurniakan
alhamdulillah, aku kini bergelar seorang bapa!
betapa seronoknya rasa di dalam hati ini
"ayah, abang juga kini seorang ayah!"

namun masa terus berlalu
tanpa ku sedar, ibubapa ku jua turut lanjut usianya
betul, mungkin Allah lebih menyayangi hambaNya itu
aku redho dengan pemergian mu Raja dan Ratu hatiku
"terima kasih, terima kasih untuk segalanya mak, ayah.."

hidup perlu diteruskan
walau bagaimana pun cubaan yang datang
aku masih perlu teruskan hidup
kerana di bahuku terletak seribu macam jenis tanggungan
jika aku rebah, bagaimana pula mereka?

hari demi hari
aku semakin tabah, lebih gagah dari semalam
ya, aku kini berbeza, jauhnya berbeza dari aku yang dulunya
aku mampu berpijak di atas kaki ku sendiri
bukan lagi anak-anak kecil yang sentiasa ingin dijaga
terjatuh menangis, ditinggal sesat
tidak, itu bukan aku!

kejayaan demi kejayaan hadir bersilih ganti
turut diselangi dengan beberapa kegagalan
namun aku tahu, aku yakin
Allah itu Maha Penyayang
tak kan aku dibiarkan terkontang-kanting sendirian

puas, hatiku lega setelah mencapai tahap tertinggi di dalam hidupku
keluarga ku besar, zuriat ku kian bertambah, hartaku sentiasa stabil
tanpu rahmatMu, mana mungkin ini semua terjadi ya Allah
aku sangat bersyukur dengan jalan cerita yang telah Engkau coretkan buatku ya Allah
sungguh aku redho dengan ketentuanMu, alhamdulillah..

sikit demi sedikit, ia datang kepadaku
satu demi satu, sahabat ku pergi bertemuMu
kini ceritanya berbeza dari zaman mudaku
yang hari demi hari menanti saat gembira dalam hidupku
bertemu kekasih yang kau kurniakan..

saatnya semakin tiba
aku tak pasti akan perasaan apa yang perlu aku rasa
seronok, takut, gembira, menyesal?

ya Allah..gembirakan hatiku untuk bertemu Mu ya Allah
sungguh aku tahu, dosa ku tersangat lah banyak denganMu ya Allah
dengan dosa-dosa mereka di bawah tanggunganku ya Allah
ampunilah aku ya Allah, ampunkan dosa mereka ya Allah
matikan kami dalam redho Mu ya Allah
jauhkan kami dari azab neraka Mu ya Allah
tempatkan kami bersama orang-orang yang beriman ya Allah
sungguh Engkau Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
perkenankanlah doa kami ya Allah..aamiiin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...