photo home.png  photo home.png

24 July 2012

Dosa dan Taubat

Assalamualaikum

manusia, biasa la, tak akan lari dari melakukan kesilapan, sedangkan para Nabi dan Rasul utusan Allah yang maksum juga melakukan kesilapan, bezanya, selama mana kita berkekalan dengan kesalahan itu, rasa selesakah dengan keadaannya?

cuba periksa hati kita, apakah sebenarnya yang kita rasa semasa melakukan kesalahan; takut, kosong atau seronok?

sepatutnya kita berasa takut, resah, gelisah, serba tak menentu tatkala kita melakukan kesalahan, itu fitrah hati orang yang beriman, dia takut akan balasan yang akan menimpanya
well, ada perkara yang kita sedar akan larangannya tapi tetap kita lakukan kerana kita yakin bahawa taubat kita diterima dan cara 'merawat'nya itu akan berhasil, tapi setiap ketentuan itu hak milik Allah, bukan 100% hasilnya seperti mana yang kita inginkan

dan permasalahan yang cuba aku ungkitkan disini ialah COUPLE, yeah, anda tahu mengapa saya suka bercakap tentang couple, ya, mereka yang berdating tu

antara alasan yang diberikan, mengapa anda berdating
 "saya sukka diyya~"
simpan la, jangan bagitau kat orang, bagi tau Allah, hanya Allah saja tahu yang terbaik untuk hambaNya
 "suka-suka saja ma"
this person is a total player, don't trust them =.=
 "bila dua hati telah bersatu, tiada apa yang dapat menghalang"
puui, apsal korang tak kahwin je
dan alasan yang paling berasap bila aku dengar
 "alah, nanti aku kahwin dengan dia jugak, kitorang memang dah janji la, mak ayah dia dengan mak ayah aku pon dah restui hubungan kitorang, lagipun kitorang dah bertunang, problem??"

think about this, aku tak kisah korang dah bertunang ke, dah buat hitam putih ke, esok dah nak akad nikah ke, tapi kenapa korang berdating, korang still belum sah lagi bukan?

sungguhpun esok kita nak kahwin, dating berduaan itu haram, jelas akan kemaksiatannya, lepas kita kahwin kang ada kita terfikir nak bertaubat dengan dosa dating kita tu, ada? jangan salah sangka, dosa dating tu tak kan terhapus dengan perkahwinan kita, ianya tetap sebegitu sehingga kita bertaubat untuknya
fikir lagi, kalau betul esok kita dah nak akad nikah, tak boleh ke kita bersabar sehari untuk dating yang selamanya sehingga ke akhir hayat itu?
kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat

wallahualam
wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...