29 July 2012

Pandainya Aku

Assalamualaikum

manusia, selagi kita hidup kita akan terus belajar, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang tak terduga besarnya, dari yang wujud didepan mata, dapat dilihat dapat dirasa, sehinggalah yang ghaib dari deria rasa kita yang lima

dan kenyataannya, ilmu yang kita pelajari tak kan pernah habis sungguh pun seluruh air di muka bumi ini dijadikan dakwat pena, dan keseluruhan pokoknya dijadikan kertas untuk ditulis

even kita guna komputer yang infiniti memorinya pun tak kan mampu mencatit setiap ilmu yang boleh kita pelajari

jadi persoalannya kini, siapa kita untuk menuduh dia yang bukan-bukan? adakah kita paham akan situasi sebenar yang dia hadapi? cukup pahamkah kita?

ada sebuah yang aku tengok baru-baru ni (walaupun filem tu filem yang agak lama) cerita di dalamnya memang menyedarkan aku akan sesuatu yang aku tak jangka. aku dah cuba fikirkan yang positif dengan apa yang aku nampak, aku cuba fikirkan sebab yang munasabah kenapa dia berbuat demikian, at last aku pun mati akal, aku pun tak tau kenapa dia buat camtu

macam biasa, rahsia terbongkar bila cerita dah sampai penghujungnya, rupa-rupanya dia menghidap diabetes, ada masanya dia kena cucuk insulin..semua orang ingat dia ketagih dadah

kalau korang, ada korang terfikir pasal benda tu? ok, yang dah tau tu memang la, maknanya korang pernah belajar pasal benda tu, but still banyak benda lagi yang kita tak tahu..
ringkasnya, layakkah kita mengadakan andaian yang buruk akan seseorang itu sungguhpun kita sedar yang kita sebenarnya bukanlah Allah, Yang Maha Mengetahui.

wallahualam
wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...