photo home.png  photo home.png

05 July 2012

Setia

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku masih punya idea untuk berbicara buat kongsian kita bersama, ewah
Memandangkan aku masih muda dan masih belum berkahwin, makanya, masalah couple itu selalulah berlegar-legar diruang pemikiranku, walaupun aku tak couple, aku tetap dikaitkan bersama oleh kerana ada segilintir daripada kawan-kawan aku yang pra-matang tu, cuba menghasut aku untuk mencari seorang awek,,jangan harap la, tak dapat bro, tak dapat..
Dan masalah utamanya ialah tentang kesetiaan, ada yang kata lelaki tak setia dan ada yang kata perempuan yang tak setia
Anyway..korang tau ke apa tu setia?

Jika disemak dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (please jangan tengok kamus tu, aku pakai ayat aku je nih) setia membawa maksud kekal bersama akan sesuatu, tak kira la orang ke, benda ke, binatang peliharaan ke, asal dai dok melekat dengan benda tu je, ha kira dia setia dengan benda tu la
Mari kita fikirkan sejenak, setiakah kita sebenarnya?

Ok, sila lari daripada topik, aku tak nak cerita pasal couple- couple nih, menyampah ok, MENYAMPAH

Kalau suruh korang namelistkan nama member korang semenjak sekolah rendah dulu, sah-sah fail, aku taip berdasarkan pengalaman
Masih korang ingat siapa mereka? Masih berhubungan?
 “ko gile, makhluk tu la dulu yang mengajak aku isap rokok ganja shisha bagai, sumpah aku tak nak jumpe dia dah..”
 “aku memang nak sangat jumpe kawan-kawan aku dulu tapi..aku memang dah lost contact sesangat, dah takde care laen dah..”
 “ade, baru smalam aku jumpe dia, tapi malas ah nak tego, tah dia pon tak kenal aku..tengok-tengok salah orang, gile seyh..”

Well, here’s the solution, rakyat Malaysia penuh dengan budi bahasa kan, kalau kita rasa dia tu memang syaitonirojim yang tak berubah punya, apakata kita selidik dulu, cuba tanya sesiapa yang kenal dia, mungkin dia dah berubah dan dia rindu sangat nak jumpa kita kan, mana tau..dan..tak salah sekiranya kita bertanya, asal kena dengan caranya takpe la, jangan ko sergah dia macam baru semalam maen batu seremban dengan dia, mungkin dia perlu masa untuk cam siapa kita?
Dan cara terakhir sekali yang aku rasa berpatutan, sekiranya dah memang tak jumpa lansung dah. Setiap kali teringatkan mereka, doakanlah kesejahteraan mereka, semoga hidup mereka mendapat keredhaan Allah..

 Jadi..sebelum kita kata kat orang yang mereka tu tak setia, check diri sendiri dulu..setiakah kita? Sejauh mana kesetiaan kita, pada insan, agama, Rasulullah SAW, Allah SWT? Sama-sama kita muhasabah diri..

Wallahualam
Wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...