Assalamualaikum dan Salam sejahtera
tazkirah dekat masjid semalam, pasal ubat-ubatan, yang berdaftar dan yang tak berdaftar dengan kementerian kesihatan. Bahaya ubat-ubatan buatan sendiri, jenis-jenis ubat dan kesannya..4 ubat yang popular di Malaysia yang ditekankan semalam
1. Kosmetik
2. Ubat kurus
3. Ubat kuat
4. Steroid
ni antara nasihat dia
1. cara kosmetik mencerahkan kulit? umpama mencurah asid ke muka, memang pada mulanya akan mencerahkan, sebab dihakisnya kulit-kulit luar yang terdedah pada matahari. Tapi lama-kelamaan, kulit menjadi terlalu nipis dan kecenderungan mendapat kanser kulit.
2. ubat kurus selalunya 'membasuh' minda kita. Sedang perut merasakan lapar, kesan ubat tersebut memaksa otak berkata tidak lapar. Mungkin sebulan dua bulan, berat kita akan susut. Tapi kesannya pada otak kita yang terlalu banyak dipaksa, kemungkinan saraf akan rosak dan akan menyebabkan kita hilang kewarasan.
3. ubat kuat ni tak banyak yang saya boleh cakap. Cumanya perlu diingatkan bahawa jumlah dos yang perlu diambil oleh seseorang itu berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Overdose mungkin boleh menyebabkan kematian. Sebabnya, ubat kuat ni akan membesarkan salur darah kita, kalau jangtung kita tak dapat tahan, tu yang boleh jadi strok.
4. steroid lebih dikenali dengan nama ubat papan. steroid ni paling popular dekat kawasan-kawasan felda. Pakcik makcik ni selalunya kerja kuat kan, so sakit-sakit sendi tu perkara biasa. Bila ambil steroid ni, memang badan kita serta-merta hilang sakit. Malah doktor pun mungkin akan syorkan ubat ni, tapi dalam tempoh yang terhad, bukan berlarutan. Pengambilan yang terlalu kerap untuk jangka masa panjang, akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, penyakit hati. Sebabnya, bila kita makan ubat, racun akan ditapis di hati atau di buah pinggang. Bila dah banyak sangat benda-benda yang tak patut ni dikumpul, rosak la jadinya.
kesimpulannya, tak salah nak ambil ubat-ubat ni..cuma kita kena tahu lah, sah ke tidak, boleh pakai ke tidak, sesuai ke tidak, jangan main tibai je..
well, macam makan nasik. Kalau makan secara cukup, mungkin bermanfaat, beri tenaga pada kita. Tapi kalau over? Mintak sakit namanya..
wallahualam
wassalam..
No comments:
Post a Comment