photo home.png  photo home.png

06 March 2012

Sentiasa Berharap

Assalamualaikum


Setiap hari, mesti akan ada sesuatu yang berlaku. Dan setiap perkara tu pulak, mesti ada risikonya. Pada setiap risiko pasti ada penyudahnya. Baikkah, burukkah? Berserah pada cara bagaimana kita menghadapinya.

Ye la kan, korang dan diorang serta aku dengan korang memang tak sama serta berbeza dari pelbagai segi empat tepatnya, aku ada kelebihan aku, korang ada kelebihan korang, tapi yang pasti, kita semua perlukan pertolongan dari Yang Maha Esa, kerana kita hamba lemah tidak berdaya, diulang, KITA HAMBA LEMAH YANG TAK BERDAYA.

Sehebat mana pun kita rasakan diri kita ini, sekuat mana pun kita rasakan, yang melebihi dari kita sentiasa ada, malah lebih kekal selamanya. Jadi, apa yang kita ada untuk dibanggakan?

Berasa cukup, tak perlu apa-apa lagi..betul ke? Check balik..

Ibarat pengembara yang merantau buat seketika, kita sudah semestinya sentiasa kekurangan dari pelbagai aspek, rohani jasmani intelektualiti, kerana itu kita harus selalu mengharap pada Yang Maha Sempurna itu.

dan kita diajar berdoa, lebih-lebih lagi selepas solat

Generasi kini generasi instant, semua benda nak segera, mee segera, kopi segera, ketupat segera, agar-agar segera..kenapa semua makanan je ni..solat segera, automatik solat asar lagi lah segera, member dah tunggu lama la katakan..

Bak kata Ustaz aku
 "nak cepat punye pasal, habis solat, bagi salam kanan, tadah tangan, Ya Allah, doa cam Zuhur tadi, kena pulak Zuhur tadi pakai solat Subuh tadi punye, yang Subuh punye tu pulak, pakai yang Isyak semalam punye pulak.." budak pandai la katakan..

Korang tau, spesis yang enggan berdoa selepas solat ni dikatakan sebagai insan yang sombong dengan Allah, umpama telah cukup sempurna, dah takde apa lagi nak mintak dah, cukup segala serbi macam bagai.

Bukan susah pun nak berdoa, tadah tangan, angkat, mintak lah apa saje, Allah itu Maha Pemurah. Kalau korang nak Samsung Galaxy SII sebijik, ha mintak, insyaAllah dapat. Apa yang dipohonkan, itu yang akan kita perolehi, jika mahukan hidup yang indah di syurga yang abadi, mintak lah, tiada kuota buat penghuni syurga, hang nak, hang mintak.

Doa bukan sahaja sebagai penghubung bagi permintaan kita, tetapi juga sebagai pelindung juga senjata, sebagai umat Islam.

Mohonlah kepada Allah agar dijauhkan daripada api neraka, mohonlah kekuatan buat umat Islam agar dapat terus berjuang demi mempertahankan agama.


Tapi, jika tak diasah, manakan tajam pedangnya. Berharap umpama hamba, yakin umpama penentunya, insyaAllah akan ada jawapannya.

wallhualam
wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...