setiap kali aku masuk bilik, akan terpampanglah wajah-wajah roommates aku, walaupun dua orang, yang sedang serius mengadap laptop masing-masing, tapi bukan setiap masa la kan, ada la time-time dia, kadang-kadang tu diorang study la jugak, budak U la katakan..hek ey, ye ye je..
dan dalam masa yang sama aku terfikir, bezanya aku dekat sekolah dulu dengan sekarang ni ialah, dulu kat sekolah, aku tak bawak handset dan laptop bagai ni, but still aku boleh hidup, dan aku rasa, dugaan itu kurang menimpa
bukan aku punya |
macam ni, korang semua ada benda-benda yang terpampang diatas bukan? maka seharusnya korang tau bahawa nikmat yang korang, ok, aku sekali, nikmat yang kita rasakan ini bukan untuk dirasai semata, tetapi untuk dimanfaatkan buat yang lainnya..
dan seiringan dengan itu, ia turut membawa risiko, ya, cabaran yang menduga iman..mari kita lihat sejenak perbandingan antara Si Miskin dan Si Kaya
Si Miskin
sebuah rumah usang, sepasang selipar buruk, beberapa helai pakaian yang agak koyak rabak, makanan sekadar mencukupi..tu je
sentiasa dia akan beringat terhadap Allah agar selalu dirinya bermohon diperbaikkan kehidupannya, tiada perkara yang melalaikan, tiada apa yang perlu dijaga sehingga terlupa akan perkara yang lebih penting untuk mengingati Allah
Si Kaya
sebuah dua buah tiga buah rumah besar, kereta empat biji, superbike bersepah, basikal fixie lapan, henset tiga empat lima biji, tab dua, tv LCD 40inci tiga, kasut branded dah berterabur dah, baju oversea berhelai-helaian, dan sebagainya..
dia akan asyik bersama harat-bendanya yang melimpah-ruah bagai mencurah-curah ke ladang gandum tu, disamping menjaga kalau-kalau ada anasir jahat cuba membikin onar..lantas dia terlupa untuk bersyukur..nauzubillahi min zalik
give no prize, later Allah will payback |
wallahualam
wassalam..
1 comment:
awak ada sumsang tapi saya tak ada ~.~
Post a Comment