08 May 2012

Kuasa Cinta

Assalamualaikum

kadang-kadang bila aku terdiam, sudah semestinya aku tertidur, memang la, dah boring sangat, aku tidur la
ok, bukan pasal tidur yang aku nak ceritakan tapi pasal sesuatu yang aku tersedar setelah sekian lama aku meninggalkannya

 "wah Nazrin, canteknye lukisan kao, ko memang pandai melukis eyh?" kata sahabatku setelah beliau terlihat akan lukisan pada buku nota ku..macam mana ada lukisan kat buku nota aku? ha..misteri~
serabot~
tuntasnya di sini aku nak cerita bahawasanya, kini aku sedar bahawa lukisan aku tak cantik dan tak bersungguh sepertimana di suatu ketika duhulu, tapi macam mana diorang kata lukisan aku cantik tu..aku tak berapa nak faham, adakah lukisan ku yang cantik bermakna lagi cantik? haha
 "jangan riak.." kata sahabatku Haziq
ok..

dulunya, aku ada matlamat, sebab tu aku rasa aku lukis bersungguh, hasil yang memuaskan. kadang-kadang bila aku tengok balik lukisan aku dulu, terfikir jugak aku
 "pergh, dasat betol aku, cam mane la aku boleh lukis bende ni"
ini bukan nak membangga diri ye, cuma berasa kagum dengan aku yang dulu

jadi bila aku tersedar bahawasanya, matalamat aku itu adalah kerana siDia insan yang dicintai
well..zaman jahiliyah la katakan..apa, ingat aku tak pernah terjebak ke?

jadi kesimpulannya yang dapat kita lihat disini ialah, aku memang hebat melukis umpama mendapat suatu kuasa luar biasa, kita boleh melakukan sesuatu yang kita tak sangka demi sesuatu yang kita cinta

ada orang tu jadi kuat semata menyelamatkan aweknya
ada orang tu berjaya dalam kerjayanya semata cabaran dari aweknya
dan ada orang tu jadi lebih kacak setelah punya awek..
hah?

cinta itu hebat bukan
maka sebaiknya cinta itu diserahkan buat Yang Maha Agung, kerana cintanya manusia, kekal sementara, valid didunia semata..cintanya Ilahi, kekal selamanya, dibawa dari dunia hingga ke akhirat kelak..

mungkin power-nya yang kita peroleh berlipat kali ganda hebatnya?

wallahualam
wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

bravo...

nazrin izhar said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...