photo home.png  photo home.png

12 May 2012

Salah Siapa

Assalamualaikum

macam biasa, cikgu tak kan tegur kalau takde salah, mak tak kan berleter kalau tak buat masalah, aku tak kan menaip kalau takde bahan..
betul la kan

kesalahan dan hukuman adalah dua perkara yang sinonim, seseorang yang bersalah harus diberikan balasannya, samada hukuman mahupun suatu saham, dosa la tu. namun tahukah anda, siapakah dia insan yang bersalah itu?

dua insan, seorang lelaki dan seorang perempuan, dengan beraninya melepakkan diri secara beregu di kawasan awam dimana aksi mereka itu dapat dilihat dengan jelas oleh setiap mata yang melalui kawasan tersebut
persoalannya, SALAH SIAPA?

dari mata kasar dapat kita lihat bahawa
1. Si lelaki terbabit sangat berani berdating dengan si perempuan tersebut
2. Si perempuan tersebut sangat hebat melawan hukum
3. Mak bapak diorang tak reti jaga anak
4. Adik-beradik diorang kuat main Facebook
5. Jiran tak pandai tegur, tau buat laksa je kerjanya

kita? adakah kita tidak tergolong dalam dolongan tersebut? siapa kita untuk dikecualikan, bukankah kita sesama hamba? jadi apa alasan untuk kita membiarkannya sahaja?

ha, jawab la, jawab

ada sebuah kisah dimana seorang mualaf memandang ke arah selautan manusia yang sedang mengelilingi kaabah, dengan nada yang kecewa dia bertanya
 "mengapa tiada seorang pun daripada manusia ini yang mengajak bapaku memeluk Islam?!"

walaupun ada sebilangan daripada kita ini sememangnya berani tampil untuk menegakkan kebenaran, tapi yang sebilangan lain tu? cukupkah dengan sekadar melihat sahaja? adakah mereka sahaja yang Islam? kukuhkah Islam jika mereka ditinggalkan bersendirian?

ha, jawab la lagi, jawab la

hayya amar ma'ruf nahi mungkar
sesuatu komuniti tu tak akan kukuh tanpa sokongan daripada ahlinya, sepertimana yang kita semua dah tau, tidak akan sama kuatnya sebatang lidi berbanding dengan seikat darinya

jadi sebenarnya apa fungsi kita di muka bumi ini, perhiasan semata untuk bersuka ria sahaja kah?

wallhualam
wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...