photo home.png  photo home.png

09 May 2012

Benciku Terhadapmu !

Assalamualaikum




dalam marah-marah aku ni, aku masih boleh bagi salam dengan elok lagi, bukan susah, "Assalamualaikum", bertegur sapa sesama kita umat Islam, punya la berat sangat nak cakap kenapa? dah tu buat muka 14sen pulak, ok  la, mahal sikit daripada biasa tapi aku tetap menyampah

takde lah, aku bukannya seorang yang pemarah, aku seorang positive thinker, setiap apa yang dia buat tu mesti ada sebab..at least dia mesti senyum punyalah, yang pandang ke arah lain tu mungkin..er..mungkin..adalah sebab dia

yes, bila kita marah pada seorang, nada yang tinggi itu tidak mencukupi selagi tidak keluar cacimaki. haha. segala apa yang nak ditabur, habis semua ditabur, itu la, ini la, dia kacak pun nak salahkan jugak, aku tak paham betul la..

ye silakan, anda berhak memarahi insan tersebut kerana SIKAPnya, kerana SIKAPnya yang pra-matang membuatkan mereka bertindak sedemikian. tapi kadang-kadang tu mungkin dia tak sengaja..mungkin dia terpaksa..mana kita tahu..

saya benci dia sebab dia kurus macam orang lidi

tapi yang berhak dimarahi disini ialah mereka yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan dengan sengaja lalu terkantoi, (gile seronok tengok orang kantoi) dan mereka berhak dimarahi

tapi AWAS, jangan sesekali kau hina FIZIKALnya dia, kerana itu bukan kehendak dia tetapi pemberian dari Allah SWT. seandainya FIZIKALya itu yang menjadi bahan cacianmu, maka engkau telah menghina ciptaan Allah!

fuh~ aku rasa semacam pulak..

sungguhpun kita marah akan seseorang, katakanlah bahawa
 " sungguhpun kini aku yang menderita dari perbuatan mu itu, kelak ia akan membinasakan dirimu sendiri"

sudah-sudahlah marahnya tu, memaafkan itu lebih baik dan lebih mulia berbanding membalas dendam

wallahualam
wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

keep it up bro..insyaAllah..

Nazrin Izhar said...

terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...