26 March 2015

Bercinta Tak Salah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sebenarnya aku tengah bersemangat nak buat FYP aku ni..ye lah, Final Year Student kata kau~sambil tu layanlah lagu-lagu yang ada di Youtube, penambah semangat lah kononnya..but guess what, faham sendiri lah kalau Melayu punya lagu, macam mana style dia, temanya, genrenya..tak kan lari daripada cerita cinta. Samada cerita dia bahagia bila nampak crush dia, cerita dia tersenyum indah disaat melalui hari-hari bersama yang tersayang, atau cerita sedih yang sangat-sangat bila dia brake up dengan awek/boy dia. Memang tak kan lari daripada satu tu, cinta.







Kalau korang perasan, aku ni memang jenis tak puas hati betul dengan Melayu yang lupa dunia ni. Ya, aku mengaku yang aku sendiri pun Melayu (Melayu Banjar) tapi disebabkan Melayu di Malaysia ni mewakili agama Islam, makanya, setiap apa yang dilakukan oleh majoriti, akan dinilai oleh kaum atau etnik yang lain, oleh penganut agama yang lain. Contohnya, banduan penjara. Kita tahu, kebanyakan kesnya telah di adili dan didapati mereka bersalah..tapi kita perasan atau tidak, ada segelintir daripada mereka yang difitnah, kuasa yang ada digunakan untuk memuaskan kehendak diri. Dan akhirnya, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kita rakyat yang melihat, dengan senangnya memandang hina pada mereka, tanpa tahu latar belakang mereka. Alasannya "Banduan, mereka semuanya sama, jahat!"

ah, budak-budak sangat. Matang lah sikit, tahu apa tu husnuzon?








maka kesimpulannya, korang faham maksud aku kan. Aku bencikan Melayu majoriti yang merosakkan komuniti. Kerana majoriti yang berperangai busuk, habis satu komuniti dipandang hina.









tapi apa kaitan dengan lagu yang aku dengar tu







begini kisahnya..pada suatu hari, aku sedang condemn lagu Melayu ni..aku katakan bahawa, "Melayu ni suka cari masalah, sendiri cari masalah, bercinta dengan cara yang salah. Lepas tu bila kecewa, buat lagu sedih bagai, layan perasaan yang lemah. Lepas tu kata diri sendiri tak guna, takde sebab untuk hidup lah apa lah"

dan seorang sahabat aku menegur

"Daripada hang bising-bising condemn masalah orang, baik hang bagi jalan penyelesaian"

dan aku balas

"Penyelesaian. Macam makanan yang orang hidang. Orang dah bagi depan mata, dan terpulang kepada diri sendiri untuk makan atau tidak."







lebih kurang macam tu lah ceritanya..takde lah aku nak cerita keadaan yang sebenar, nak bagi korang faham je ni

maka aku come out dengan beberapa idea untuk mengatasi masalah ini..walaupun aku dah memang selalu bagi idea ni kat sahabat aku yang minta tolong..of course secara peribadi. Tak kan lah aku nak selesaikan masalah dia secara terbuka kot, apa ingat aku tak tahu maruah orang ke. Ada masa kita perlu expose, ada masa kita kena sembunyi-sembunyi. Ikut pada keadaan, aku tak kan buat sesuatu tu tanpa sebab..termasuk lah, kenapa aku suka buat dua titik pada hampir setiap ayat, dan bukan tiga titik. Hah, faham?








untuk selesaikan masalah, kita kena tahu apa yang berlaku








Problem statement, kebanyakan Melayu Islam yang bercinta bersungguh-sungguh, sampai lupa fitrah kewujudan dan punca kehidupan. Dan bila berputus kasih, berputus jua harapan. Putus segala-galanya seperti dunia baginya telah tamat. Lantas menterjemahkan rasa kecewa dan hampanya itu kepada dunia, dengan mengilhamkan sebuah lagu, dengan harapan, seluruh dunia tahu betapa sucinya cinta beliau. Murninya hati beliau, dan jahatnya kekasih dia tu sebab tinggalkan dia. Kan? Pandai-pandai korang hadam sendiri lah.








Jadi, daripada permasalahan yang telah saya nyatakan diatas, kita dapat lihat bahawa, punca utama tercetusnya lagu jiwang lagha Jahannam yang dihasilkan Melayu ini adalah kerana jalan cerita cinta hidup mereka. Penting untuk anda tahu, saya sememangnya tiada bantahan pada lagu-lagu yang bersifat keTuhanan, lagu-lagu yang mengingatkan diri yang leka, lagu-lagu yang menaikkan semangat dan lagu-lagu untuk kekasih yang HALAL, ya, kekasih yang HALAL. Walaupun hati aku membenci aktiviti-aktiviti semasa diorang couple, aku tetap mendoakan kebahagian mereka setelah mereka bernikah. Ya, SETELAH mereka BERNIKAH. Membenci maksiat itu wajib, unless hati kau tiada rasa takut pada NerakaNya?








bercinta itu tidak salah, cuma caranya yang salah. No doubt, aku juga punya seseorang yang aku ingin per-isteri-kan. Tapi aku tak pilih untuk mendekati dia dengan apa yang couple-couple sekarang ni buat. Itu bukan jalan cinta yang aku mahu.








aku selalu juga pesan dengan kawan-kawan aku yang sedang single, yang sedang bercouple, yang sedang bertunang (alhamdulillah, yang dah bernikah tu memang aku bangga sangat-sangat dengan korang! barakAllah, semoga redhoNya sentiasa bersama kalian! ^^) bahawa hidup kita kat dunia ni tak lain tak bukan, hanya untuk mencari redhoNya semata-mata. Daripada kita bangun tidur, mandi, pakai baju, berjalan, makan, keluar masuk tandas, sehinggalah kita tidur semula, kita mencari redhoNya. Firman Allah dalam surah adDzariyat ayat 56 yang bermaksud

“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.”
[adDzariyat 51:56]

Jadi, dah kalau kita buat suka hati kita, puaskan nafsu yang tak pernah cukup..rasanya, betul ke tujuan penciptaan kita ni?



Gambar ihsan Google je


Ikhtilat

Pada aku, ini elemen yang paling penting dalam hubungan dengan ajnabi. Bila kita selalu berjumpa dengan dia, macam-macam benda lain boleh jadi. Bagaimana? Mari saya ceritakan.


Mulanya kita katakan,
   "Aku jumpa dia untuk siapkan assignment yang Prof bagi"
biasa kan?

Bila dah lama bersama-sama buat kerja, kita kenal dia, dia kenal kita. Masing-masing saling selesa. Dan untuk assignment seterusnya,
   "Awak dah ada group? Kalau takde lagi, join lah group saya"
juga biasa kan?

Selepas satu, satu lagi assignment..project, presentation..semua nak buat dengan dia. Alasannya, sebab dah biasa, dah kenal hati budi masing-masing.
   "Lepas habis discussion ni, kita pergi makan nak? Saya belanja"
mustahil lah kalau selalu lepak buat kerja sekali, tapi tak pernah keluar makan bersama. Mula-mula tu memang lah beramai-ramai. Tapi last-last, yang lain semua macam nak bagi peluang kita berdua-duaan dengan dia..kawan macam ni bukannya memahami, pada aku, mereka ni kategori jahil dan kejam. Sanggup biar kawan terjerumus dalam lembah maksiat. Sepatutnya dihalang, bukannya di api-api kan, di sweet-sweet kan. Kalau betul nak tolong, tolong halalkan hubungan, bukan biar kawan tu leka dengan cinta dunia yang lagha.

Ok dah

Bila dah selalu keluar berdua, syaitan mula mainkan peranan yang lebih penting, detikkan hati keduanya. Dan masing-masing akan berfikir apa-apa perkara yang boleh buatkan mereka bersama. Tak perlu cerita panjang, bila hati dah suka sama suka, si jahil akan berkeputusan
   "Kita couple?"
Maka dari sini, jalan ceritanya sudah kotor, cinta suci anugerahNya telah bertukar keruh.

Sebetulnya, bukan itu yang patut kita lafazkan
   "Saya rasa..kita patut berhenti berhubung untuk seketika waktu ni. Kalau ada jodoh nanti, insyaAllah.."
dan mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan hatinya, dengan cara yang diredhoiNya



dan bagaimana ingin menjaga ikhtilat? Mudah

1. Berhubung ketika perlu, SAHAJA
2. Hati, tahan hati dari memilih jalan cinta yang sia-sia. Berhenti melakukan zina hati. Antaranya? Mesej dengan ajnabi, tanpa ada motif. Mesej kosong, bermain dengan hati.
3. Kuatkan iman, dekatkan diri dengan Tuhan. Bila diri sendiri dah sibuk dengan memperbaiki diri, mana mungkin ada masa untuk perkara yang sia-sia?
4. Jika terpaksa (macam mana boleh terpaksa entah) pastikan ianya betul-betul penting. Dan jadikan ia perjumpaan yang singkat, bukan berlarutan sampai kucing kat rumah kau sakit pun nak share juga.







macam dah panjang sangat..insyaAllah kalau ada masa nanti, aku sambung lagi





*kan bagus kalau aku boleh menaip sebegini panjang dalam tesis Final Year Project aku. Doakan kami, terima kasih.

wallahualam, wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...