photo home.png  photo home.png

21 February 2012

Bila Hati Bericara

Assalamualaikum

hati
segumpal daging yang memainkan peranan mengawal keseluruhan tubuh badan kita
baik hati, baik peribadi serta tingkah lakunya
rosak hati, maka rosak keseluruhanya

hati
menyemai cinta pada insan yang bergelar kekasih
daripada Allah Rasul Ibu Bapa dan lalu pada si dia
kesabaran dihati pasti di balasi
sungguhpun bukan kini tetapi pasti, itu memang pasti

hati
sayang akan sesuatu yang sering berada disisi
segala pancaindera bersatu menjalankan tugas-tugas tersendiri
semakin hari, semakin kuat rasa sayang ini
hingga suatu saat, sayang itu akan pergi dengan sendirinya
apabila telah lama ia ditinggalkan
kadang ia baik untuk kita
dan kadang-kala, ia tak seharusnya kita lakukan
andai rasa sayang itu mampu 'membunuh'
maka tinggalkanlah ia
dan jangan sesekali tinggalkan ia
andai sayang itu membawa ke syurga

hati
tertarik akan keindahan tercipta
jangan tersalah anggap akan kata-katanya
suka bukan bermakna cinta
sayang tidak bererti mahu
namun sukanya hati membawa pada sayang dan akhirnya cinta
berjaga dengan perasaanmu itu
silap duga, bencana menimpa

hati
peneman dikala suka mahupun susah
gembira rasa kerana gembiranya hati
sedih berduka kerana terlukanya hati
maka jangan dimainkan hati ini
ikhlas dan jujur perlu sebagai pelindung sejati

hati
tak kan terhenti terus berperasaan
sehingga kewarasan fikiran tidak lagi berfungsi

wallahualam
wassalam

4 comments:

Anonymous said...

hati, kerana hati, kita sendiri terseksa rindu pada yang kita kasihi.

Nazrin Izhar said...

benar kata anda wahai insani
tetapi seksanya hati itu dapat dibatasi andai kita punya jati diri

Hamba Allah :____) said...

Hati raja kepada sebuah kerajaan yg digelar manusia... walaupun digelar sbg raja.. kadang kala akan melakukan kesilapan juga... tp ingatlah raja kpd hati pula adalah Allah Si Sang Pencipta cakrawala... ( nice post )

Nazrin Izhar said...

Siti_Acu...zZz
wah..nice quote, thanks for remind me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...