photo home.png  photo home.png

07 May 2015

Rindu

Assalamualaikum



antara anugerah yang merawat hati..atau bisa yang yang meracun? Rindu, antara penawar atau racun, rindu pada ajnabi yang berlainan jantina







maka sebuah cerita bermula..dengan pesanan ringkas melalui aplikasi sosial Whatsapp



"Assalamualaikum..?"

selang beberapa minit..

"Waalaikumussalam..ya saya, ada apa ya?"

"Tiada apa..cuma dah lama tak dengar cerita pasal awak..awka sihat?"

"Alhamdulillah sihat..saya kat sini macam biasa je, takde apa yang special..awak macam mana, sihat? Tengah buat apa sekarang ni?"

"Saya alhamdulillah..makin sihat! haha. Saya kerja di Melaka, dengan company perundingan..awak?"

"Saya tak habis belajar lagi..baru masuk semester ke empat awak..company perundingan? Company  apa tu?"

"Consultancy, kan saya belajar engineering dulu.."

"Oh ya..so sekarang ni awak dah jadi jurutera lah?"

"Not really..it is just a Junior Engineer"

"Still got the title Engineer right? haha"

setelah agak lama bertukar cerita, perbualan terhenti seketika. Mungkin kerana kehabisan idea. Dan kemudian lelaki tersebut memulakan perbualan semula

"Awak..belajar di mana ya?"

"Lepas diploma dulu saya sambung belajar di Penang..masih dalam bidang yang sama, culinary arts"

"Oh begitu.."

"Awak"

"Awak ada apa-apa nak bagi tahu saya ke?"

"Hah? Kenapa awak tanya macam tu?"

"Saja..sebab saya agak curious juga orang 'jauh' mesej saya tanya khabar..hihi"

"Lah..biasalah kalau orang jauh tanya khabar..rindu"

perbualan terhenti lagi, mungkin perempuan itu merasakan sedikit terkelu dengan pengakuan tersebut. Lalu beliau memberanikan diri untuk berbicara semula

"Rindu..awak rindukan saya ke?"

mungkin pengakuan tersebut kurang jelas baginya. Maka lelaki tersebut cuba menerangkan maksud ayatnya sebentar tadi

"Maksud saya..saya dah lama tak dengar cerita pasal awak, saya tak berniat nak keruhkan hubungan kita.."

perempuan itu sedikit tersenyum dek kerana terbayangkan betapa cemasnya lelaki itu apabila dipersoalkan tentang ayatnya sebentar tadi

"Tak, saya tak marah..cuma saya kurang pasti, apa yang awak rindukan?"

selang beberapa minit, lelaki itu cuba menyusun ayatnya dengan teliti. Takut-takut perempuan itu tersalah anggap lagi

"Saya tak pasti..cuma saya rindukan detik-detik kita bersama masa di sekolah dulu..dengan kawan-kawan kita yang lain, saling ingat-mengingatkan, bersama-sama mendekatkan diri dengan Tuhan"

"Awak..ada masalah ke?"

"Mungkin..saya sendiri tak pasti, masalah apa yang saya hadapi.."

"Mind share it with me?"

dengan sedikit keberanian, lelaki tersbut membuat pengakuan

"It is just..I can't stop thinking about you.."




kisahnya panjang lagi, cuma takut nanti korang berimaginasi lebih pula. Cukup kalau situasi itu sampai dan korang dapat rasakan apa yang sedang berlaku



I tried to hug you..but I can't
aku faham kalau kata kau rindukan dia. Aku pun manusia juga, aku pun ada hati dan perasaan. Tipu lah kalau kata aku tak pernah rasa rindu pada someone. Aku pun pernah ada zaman jahiliyah ya, zaman perpindahan daripada tidak matang kepada yang lebih baik (aku tak berani nak mengaku diri sendiri matang~haha)

pernyataan masalah, how do we handle that feeling? There is two choices given, kau rosakkan anugerah yang indah itu atau, kau semaikan ia menjadi punca kebahagiaan

here I give you some wrong practices. Yang bilamana kau buat, kau dah jahanamkan apa yang Tuhan berikan, bermaksud, kau cuba menghancurkan diri sendiri














Don'ts


Dari semasa ke semasa kita belajar erti hidup, yang perlu dan yang mana tidak. Jika aku buat begini, jadi begini. Jika aku buat begitu, jadi begitu. Tapi sifatnya manusia ni lalai, sering terleka. Adakala, kita terlajak dan terus hanyut.

Kisahnya lebih menyeramkan apabila kedua ajnabi tersebut saling merindu dan kedua-duanya gagal mengawal hati dan nafsu.









"Awak, kita rindu kat awak."

"Kita punnnnnn"

"Rindu awak sanadd sanadd"

"Kita jumpa"

"Betul?? Kat mana, bila??"

"Sekarang..kat tempat biasa?"

padahal baru semalam jumpa, makan keropok lekor sama-sama..bajet nak pergi restoran takde, gerai tepi jalan je yang mampu










dan bila kau kata kau rindukan dia, kau jahanamkan anugerah tu dengan cara kau dating dengan dia. Ya, kau berjaya puaskan nafsu kau. Kalau kau jumpa dia pun tak puas-puas lagi nafsu kau..memang nauzubillah sungguh. Doa banyak-banyak supaya tak terlajak. Dunia ni sementara je, nak tunggu balasan Dia kat akhirat kelak, terlalu lama jangkamasanya sahabat wehh

disini terdapat peranan ikhtilat. Bila kau dah mula contact dia, di situ dah nampak dah yang kau sebenarnya lemah iman. Sebab kau tak mampu kawal rasa rindu yang membeban dalam hati. Sepatutnya kau tak payah contact dia langsung. Dah kalau tahu dia pun jenis melayan, kau pun seronok Whatsapp dia. Kata nak Love Till Jannah, jadah apa till Jannah kalau kat dunia pun dah jahanam. Macam tu Allah nak redho?

apa, aku cakap senang? Bro, apa beza aku dengan kau. Aku tak dikelilingi bidadari-bidadari dunia yang seksi sepanjang masa? Bukan nak sembang lah, tapi kalau lah kau dapat tengok, betapa hati-hati manusia yang berusaha untuk mengawal iman mereka tu, pasti kau tak kan percaya, betapa tabahnya hati mereka menolak godaan dan melawan nafsu. Jihad tuuu



jadi, apa yang perlu kau buat?












Dos

mudah, sangat-sangat mudah. Kau cuma perlu displinkan diri, paksa hati untuk rela. Memang ikhlas ni memerlukan keterpaksaan. Benda baik kot, bukannya benda tak baik. Lain lah kalau orang paksa kau buat benda yang tak baik, itu memang tak payah nak paksa untuk ikhlas dah. Kau boleh smack down sahabat tersebut, tak boleh pakai punya.





1. Kita mula dengan diri sendiri dulu. Apa yang perlu dilakukan jika ianya berpunca dari diri sendiri. Makna kata yang lain, kau syok sendiri, ye lah, kau je yang rindu dia, dia tak pun (pfft)

Begini, usahanya agak sukar bila kau ada smartphone dengan aplikasi sosial yagn bersepah. Aku sarankan kau tukar kepada henpon yang lebih murah. Macam Nokia 3310 (aku buat iklan tak berbayar ya) yang mana henpon tu boleh guna untuk call atau mesej je, dan ada game supaya kau tak bosan masa tunggu giliran kat pejabat pos. Disitu, kau boleh elak daripada tengok kenangan jahiliyah kau dengan dia, tengok gambar-gambar kenangan kau dengan dia, elak dariapada dia goda kau dengan hantar gambar dia yang latest (ingat aku tak tau ke hah)

Kau boleh cuba sesuatu yang boleh hilangkan rasa rindu kau kat dia. Apa yang kau minat? Main bola? Hah, beli bola sebijik, main 24/7 kat mana-mana pun kau ada, asalkan kau lupa pasal dia. Tapi kalau tengok bola tu pun dah macam dia..sampai tak sanggup nak sepak, aku rasa kau dah parah

Atau kau boleh kaji keindahan Tuhan dengan menghayati isi kandungan kitab suciNya, mengapa telah Tuhan tetapkan begini dan begitu..bila kau mula berfikir, sel-sel otak kau akan berhubung dan kau akan kembali ceria

Well, kau sepatutnya berdoa banyak-banyak, semoga dijodohkan dengan dia..atau kau tak nak pun dia jadi isteri kau?





dah kalau nama pun smartphone..masih mampukah ia menandingi keutuhan keluarannya yang dahulu
2. Dia hari-hari mesej kau, hari-hari call kau. Kau tak minat pun kat dia, tapi dia nak sangat dekat kau (bajet market siaaa)


Kau tahu apa aku buat? Aku tak buat apa-apa. Buat tak tahu je. Nak move on kott. Tapi jangan lah kau tinggalkan di tergantung tanpa notis amaran. Bagi tau dulu..kau buat semua ni demi kebaikan bersama. Demi kau dan dia, demi agama, demi redhoNya. Terangkan baik-baik, yang hubungan yang sebegitu tidak perlu dan ada cara yang lebih baik..dan jangan kau nak buat ayat sedih ala-ala nak pergi berjihad melawan musuh Islam. Minta tolong mak suruh pergi kedai beli kicap pun pemalas, puui

Dan lepas kau dah terangkan semua baik-baik, tapi dia masih nak contact kau lagi, kau buat tak tahu je. Semalam dah pesan kannn. Kalau dia perempuan/lelaki yang baik, dia akan faham.

Lepas tak berapa lama tu, kau dijodohkan dengan dia, bila masing-masing dah jadi yang lebih baik..subhanAllah! inilah percintaan yang manis. Bila hubungan yang dijalinkan dan dijaga oleh Tuhan.







3. Masyarakat. Aku cukup menyampah dengan sahabat-sahabat yang suka mengapi-apikan member yang di-skandal-kan. Dah tahu member tu macam ada gaya nak bercinta, kau pergi laga-lagakan pula. Memang makin seronok lah member. Ye lah, dah semorang restui hubungan haram diorang tu, siapa yang tak berjoget.

Kalau orang sekeliling kau buat macam tu pada kau dengan dia..aku rasa kau patut jauhi berkawan dengan orang macam tu. Pepatah Arab mengatakan,

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya. Manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita"

ikut korang lah kalau korang nak kawan lagi dengan member macam tu..lain lah kalau korang ni spesis pengaruh kuat. Ha..tarik kawan korang, ajak diorang buat benda-benda baik.

Bagi tahu diorang..yang kau inginkan hubungan halal yang diredhoi, bukan hubungan cinta dunia yang menjadi sanjungan dan pujaan manusia yang melihat. Cita-cita kita akhirat, bukan dunia. Dunia ni hanya persinggahan untuk persiapan kita untuk alam akhirat kelak. Memang seronok orang puji kau comel dengan dia, kau secocok, kalau dapat anak nanti mesti comel-cemol..tapi kalau bercinta bagai nak rak pun buat apa kalau takde usaha. Usahanya bukan dengan menjaga hubungan haram kau tu, usahanya dengan mencari redho Allah. Hubungan yang bagaiman yang Allah redho. Bukannya bawa dia ke hulu ke hilir, tayang kat semorang yang gf/bf kau comel nak mampus dan kau sangat bertuah dapat couple dengan dia. puui


jangan ambil hati, aku taip puui tu gimik semata-mata, nak menyampaikan yang betapa aku membenci perlakuan couple.








Faizal Bin Suhaili
dulu kita sangat rapat. Masa kecil, mana tahu nak gaduh-gaduh ni. Gaduh bila kau ambil gula-gula aku, bila duit raya kau lagi banyak dari aku. Padahal kita pergi beraya sama-sama. Tapi duit kau lagi banyak..cukup aku tak puas hati. Ye lah, dah takde sepupu lelaki lain yang sebaya dengan kita, hanya ada aku dengan kau je.

tapi sekarang kita dah dewasa, kita jarang nak jumpa dah. Kalau balik kampung pun, kadang-kadang kau tak balik, kadang-kadang family aku yang tak balik. Sumpah sunyi bila kau takde kat kampung, aku tak tau nak sembang dengan siapa..nak sembang dengan atuk, bukannya dia faham aku cakap. Katanya aku cakap laju sangat.

Tapi bila sekali jumpa kau, memang terkejut. Sebab dulu kau kurus sangat. Kita sama-sama kurus weh, tapi kau dah gemuk dulu, lagi gemuk dari ayah kau. haha

Dulu sebelum kau gemuk, kita pernah jumpa..kau punya cakap Kedah, dua tiga kali juga lah aku nak faham. Pekat sangat! XD tapi takpelah..bukan selalu dapat jumpa kau..satu-satunya sepupu lelaki sebaya yang aku ada

3 tahun lepas, kali terakhir aku jumpa kau. Masa tu aku memang tak percaya gila-gila tengok kau, gemuknya lahaii. Apa benda yang kau makan? XD masa tu aku dah boleh faham apa yang kau cakap..sebab kau cakap KL dengan aku. pfft. But since that, kita dah tak berjumpa dah, masing-masing ada hal sendiri..

Hari ini aku dapat berita tentang kau, berita yang..aku tak pasti bagaimana nak digambarkan. Kauterlibat di dalam kemalangan kereta pada pagi tadi..dan kau pergi dulu, pergi bertemu Sang Pencipta. Apa yang harus aku katakan? Aku kehilangan seorang saudara yang jarang aku jumpa..tapi rindu ini? Hanya Tuhan yang tahu. Berkali-kali aku tahan sebak, tapi titisan yang mengalir ni tak mampu aku nak tahan. Aku tak mampu nak berkata apa-apa..hanya alFatihah dan doa yang mampu aku sampaikan. Tak mampu bagi aku untuk bergegas ke sana bagi menatap wajah mu buat kali terakhir..

Aku kelu, keliru, kaku..aku tak tahu..aku hilang punca sebentar..aku tak pasti apa yang perlu aku lakukan. Kau sahabat ku, kau saudara ku, kau abang ku..semoga Allah tempatkan kau bersama orang-orang yang soleh..alFatihah














aku hilang perkataan untuk diungkapkan, hilang kewarasan menyusun perkataan
aku rindu kan kau Ijai

wallahualam
wassalam

4 comments:

Anonymous said...

Takziah atas kehilangan sahabat.
Banyak "spelling error".
Sila betulkan susunan huruf keyboard anda sebelum menaip ;)

Unknown said...

Perempuan mana niiii!! cepat cakap!!!

Nazrin Izhar said...

overrrrrrr

Nazrin Izhar said...

teguran yg comel. terima kasih 😆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...