photo home.png  photo home.png

01 January 2014

Maafkan Aku

Assalamualaikum

Sebagai manusia biasa, kita tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Manusia itu sendiri berasal daripada perkataan Arab iaitu nasiya. Yang mana perkataan itu bermaksud lupa, yang sememangnya lumrah bagi manusia itu adalah seorang yang pelupa. Dan kerana itu kita diciptakan berbeza-beza dan berpasangan, supaya jika seorangnya terlupa, yang lain akan mengingatkannya.





Namun marah itu adalah sifat mazmumah. Yang berpunca daripada hilangnya sikap sabar dan ketenangan di dalam diri..yang mana, ia dicetuskan oleh syaitan. Tatkala kita sedang marah, syaitan bersorak gembira kerana kejayaannya menghapuskan sikap sabar dari dalam diri anak Adam. Sedangkan sabar itu adalah separuh daripada iman, jika hilang sabar itu? Nauzubillah..semoga tenanglah hati dengan mengingati Dia Yang Maha Esa, Yang Maha Agung.





Mungkin juga bukan niat dia untuk berbuat demikian, pasti ada sebab yang terselindung disebaliknya. Mungkin keadaan tak mengizinkan untuk dia menceritakan kepada kita. Husnuzon, jangan terlalu berburuk sangka dengan saudara kita. Kita kata kita sayangkan mereka, tapi mengapa mesti kita tidak percayakan mereka? ^^





Bersabarlah..mungkin juga kemarahannya itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri..kerana sikap kita yang terlalu tamak, hilang peradaban kita sesama manusia. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana masalah yang sedikit, rosak persahabatan indah kerana Allah taala ^^





Berbaiklah dengan saudara kita. Bukan hubungan dengan Allah sahaja yang kita perlu jaga, tetapi hubungan dengan manusia juga kita perlu jaga. Hablum minAllah wa hablum minannas, keduanya harus seimbang, kerana kita tidak tercipta tanpa pencipta, kita tidak tinggal didunia dengan sendirinya.





Jika bukan dia yang meminta maaf terlebih dahulu, apa salahnya kita yang memulakan? Sungguhpun bukan salah kita, namun kerendahan hati memohon ampun yang ikhlas telah menunjukkan sikap sabar kita. Meminta maaf tidak menjadikan kita hina, bahkan yang mahu memberi maaf itu mulia, tapi memberi maaf, jangan menjadikan kita bangga..





Kenapa kau sedih? Kenapa kau begini sahabatku? Kenapa ku lihat jiwa mu seolah-olah berbolak-balik, tidak tenteram?
Kerana aku telah jauh dari penciptaku. Aku telah jauh dari jalan redhoNya. Aku telah langgar larangan Tuhanku! Ya Allah..bimbinglah aku semula ke jalan Mu ya Allah. Sungguh, tanpa cinta, kasih dan rahmat Mu ya Allah, aku umpama musafir yang terbiar hanyut dilautan tanpa arah tuju..aku hilang arah tujuan hidupku ya Allah! Ya Allah, semoga dengan rahmat dariMu, aku dapat meneruskan hidup dengan berpendirian teguh terhadap ketentuanMu ya Allah. Ampunkan dosa ku ya Allah..andai Engkau tak ampuni ku, maka tergolonglah aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri ya Allah..selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad solAllahu 'alaihi wasallam..


wallahualam
wassalam..

1 comment:

Anonymous said...

memaafkan itu mulia, betul. but in certain situations, kemaafan itu perlu 'hold'.. kerana dengan mudahnya memberi kemaafan, people tends to take it for granted.

-just personal opinion drp orang yg level sabarnya takdelah tinggi mana..haha-

anyway, nice idea n writing. cuma pengolahan idea, tak berapa coherence. mungkin boleh work on that?

keep it up ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...