photo home.png  photo home.png

05 March 2012

Penggoda


Assalamualaikum

Semakin kita semua meningkat dewasa, semakin kita mengerti satu-satu perkara tu. Dan secara tidak lansung, kita mula mengenali apa itu cinta.

Aku sebenarnya menyampah nak tulis pasal benda ni, tapi memandangkan semua orang dah kemaruk dok cerita pasal cinta..aku terpaksa la mengeluarkan pendapat aku. Mana la tau..kot-kot ada yang tersalah cara bercinta, boleh tersedar bila baca post aku ni, mungkin aku juga diantaranyakan? Dan mungkin juga aku akan dapat sesuatu yang baru,tu pun kalau korang sudi meng-komen..muka mintak simpati ni ;)

Baru-baru ni, aku sendiri mengalaminya, ( ok, nampak sangat aku post ni sebab nak memperingatkan diri sendiri ) aku kini lebih memahami, kenapa lelaki suka main kayu tiga empat lima enam tujuh lapan dan sembilan.


Wahai muslimah sekalian, korang kena sedar bahawa setiap sesuatu daripada korang mampu menambat hati akan seseorang itu. Mungkin korang tak sedar tapi aku sebagai lelaki sangat lah tersedar akan perkara itu. Dan sebab tu la aurat korang lagi banyak..

Aku bagi satu contoh, yang aku rasa dah cukup untuk korang faham
 “Mat, ko tengok awek tu korek idong derh”
 “hah ha, pengotor syal”
 “tapi aku suke, cute gitu”
Lalu sahabatnya itu memandang muka sahabatnya yang sedang angau itu sambil bergerak sedikit demi sedikit ke belakang dengan niat ingin melarikan diri.
Ini cerita betul punya..betul la kot..korang korek hidung pun dianggap cute tau tak, sebab tu la Islam ada batas untuk Muslimah..

dan dari situ lah bermulanya bibit-bibit cinta, yang mana tersilap pijak, longkang masuk, apa pun tak dapat

Jadi, dah kalau korek hidung pun boleh menggoda, ni kan pulak nak dedah aurat..

Walau bagaimanapun, kita sebagai pihak lelaki, perlulah mantap jugak, dah kalau tengok tu nak cair, tengok ni nak cair, bilanya nak nampak tough ni?

Maka terciptalah ego buat lelaki, sombongtaknakkalah itu perlu supaya kita dapat menahan nafsu kita, bukan sombongtaknakkalah tak tentu pasal..pastu tambah pulak lagi dengan riakujubtakabbur, sama dengan berdosa lah jawabnya.


Every creation have a reason, cuma kita masih tak sedar apa fungsinya.

wallahualam
wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

like,like,like

Anonymous said...

klaka la ko ni..sampai tergelak la..tp bagus..InsyaAllah truskan lg menulis..go NZ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...