Assalamualaikum
Semakin kita semua meningkat
dewasa, semakin kita mengerti satu-satu perkara tu. Dan secara tidak lansung,
kita mula mengenali apa itu cinta.
Aku sebenarnya menyampah nak
tulis pasal benda ni, tapi memandangkan semua orang dah kemaruk dok cerita
pasal cinta..aku terpaksa la mengeluarkan pendapat aku. Mana la tau..kot-kot
ada yang tersalah cara bercinta, boleh tersedar bila baca post aku ni, mungkin
aku juga diantaranyakan? Dan mungkin juga aku akan dapat sesuatu yang baru,tu
pun kalau korang sudi meng-komen..muka mintak simpati ni ;)
Baru-baru ni, aku sendiri
mengalaminya, ( ok, nampak sangat aku post ni sebab nak memperingatkan diri
sendiri ) aku kini lebih memahami, kenapa lelaki suka main kayu tiga empat lima
enam tujuh lapan dan sembilan.
Wahai muslimah sekalian, korang
kena sedar bahawa setiap sesuatu daripada korang mampu menambat hati akan
seseorang itu. Mungkin korang tak sedar tapi aku sebagai lelaki sangat lah
tersedar akan perkara itu. Dan sebab tu la aurat korang lagi banyak..
Aku bagi satu contoh, yang aku
rasa dah cukup untuk korang faham
“Mat, ko tengok awek tu korek idong derh”
“hah ha, pengotor syal”
“tapi aku suke, cute gitu”
Lalu sahabatnya itu memandang
muka sahabatnya yang sedang angau itu sambil bergerak sedikit demi sedikit ke
belakang dengan niat ingin melarikan diri.
Ini cerita betul punya..betul la
kot..korang korek hidung pun dianggap cute tau tak, sebab tu la Islam ada batas
untuk Muslimah..
dan dari situ lah bermulanya bibit-bibit cinta, yang mana tersilap pijak, longkang masuk, apa pun tak dapat
Jadi, dah kalau korek hidung pun
boleh menggoda, ni kan pulak nak dedah aurat..
Walau bagaimanapun, kita sebagai
pihak lelaki, perlulah mantap jugak, dah kalau tengok tu nak cair, tengok ni
nak cair, bilanya nak nampak tough ni?
Maka terciptalah ego buat lelaki, sombongtaknakkalah itu perlu supaya kita dapat menahan nafsu kita, bukan sombongtaknakkalah tak tentu pasal..pastu tambah pulak lagi dengan riakujubtakabbur, sama dengan berdosa lah jawabnya.
Every creation have a reason, cuma kita masih tak sedar apa fungsinya.
wallahualam
wassalam..
2 comments:
like,like,like
klaka la ko ni..sampai tergelak la..tp bagus..InsyaAllah truskan lg menulis..go NZ..
Post a Comment