photo home.png  photo home.png

24 January 2012

Ilmu Hidupku

Assalamualaikum

bagaimanakah paper terakhir korang, best tak? haha, aku punya hampes, tak tau la apa nak jadi, rasanya aku tak layak jadi engineering student dah kot, agaknya la..sudah, sudah, ketepikan segala keraguan, aku percaya yang Allah akan beri balik setimpal dengan apa yang telah kita usahakan, ya, jika sedikit, maka sedikit lah yang kita dapat, aduyai..

serius, aku kesian tengok budak ni
ya, belajarlah selagi kita mampu, kerana apa yang kita ada tidak selalunya cukup, mesti ada yang kita tak tau lagi punya lah. tak percaya? mari kita buat satu kaji selidik

benda simple je, korang tau apa itu Facebook? jangan tak mengaku, jangan tak mengaku..sedangkan bayi yang di dalam buaian punya akaun Facebook, manakan mungkin korang-korang yang sudah berjanggut serta bertambah berat badannya tu takde akaun Facebook. tapi persoalannya disini, apa yang korang tau pasal Facebook, secara umumnya atau secara menyelutuh? ok tak payah tipu, kalau korang tau semua pasal Facebook, mesti korang dah buat laman sosial sendiri macam 1malaysia.commyspace.com atau SalingSapa.com

jadi tak perlu nak menafikan lagi bahawasanya kita memang tak pernah cukup dengan ilmu, dan maka perlulah untuk kita terus mencari dan mencari, jangan mencuri ya, tak halal + berdosa

aku pernah terfikir,
 "aku student engineering, tak perlu bagiku ilmu hospitaliti bagai, aku bukan nak jadi doktor pon, tambah semak memori aku je, nak bawak ennineering ni pon tak tentu lagi, huh" ya, suatu ketika dahulu, aku sememangnya seorang yang kerek, tapi sekarang tak dah, dah baik dah..(percaya la cakap aku wei)

kenapa orang suka sama dia? sebab semua benda dia boleh buat
persoalannya, adakah perkara berkaitan dengan itu sahaja yang perlu kita ketahui dan pelajari?

no no no, i don't think so, pencarian ilmu tak akan pernah berakhir, selagi kita hidup kita perlu mencari ilmu, kerana ia akan selalu diperbaharui, hari demi hari

selain daripada tu, kat dunia ni bukan kita sespesis je yang ada, pelbagai perkara yang wujud yang patut kita pelajari, kalau tak, benda tu je la kita boleh buat,
 "kerajaan memerlukan rakyat yang berkebolehan dalam pelbagai aspek agar Malaysia dapat membangun seiring dengan pembaikan modal insan yang berjaya" apekebende aku merepek entah

berbekalkan ilmu yang ada, masih banyak yang perlu kita tempuhi
ringkasnya disini adalah, belajarlah rajin-rajin, tanam rasa cinta akan ilmu tersebut, sebenarnya bukan sengaja kita dipaksa untuk mempelajari ilmu tersebut tetapi sebenarnya ia amat perlu untuk kita tahu

but surely we gonna use it, if not today, probably tomorrow?

wallahualam
wassalam..

3 comments:

Anonymous said...

ilmu sangat berharge *na*

Nazrin Izhar said...

betul betul betul, walaupun yuran tu dikire harga, tapi manfaatnya itu yg membuatkan ianya sangat berharga

Anonymous said...

:') betol,betol,betol *na*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...